27 November 2011

Maal Hijrah 1433

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Selamat tahun Baru Islam pada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
Salam Maal Hijrah 1433.
Teringat lagu 1 Muharram. 
Masa sekolah arab dulu, kena masuk nasyid.
So time sambutan maal hijrah, lagu wajib ofkos la 1 Muharram.

Bait-bait lagu macam ni yer kengkawan :-
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Haaa..kan? Ingat tak?
Ok lah, sempena tahun baru ni, saya berharap tahun ini akan memberi 1001 kenangan yang manis, baik dalam kehidupan saya. Semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. Amin. Dan semoga, ketemu 'seseorang' yang boleh menjadi 'encik suami' dalam hidup saya. Saya juga berharap agar saya terus menjadi seorang muslimah yang solehah dan terbaik diantara yang terbaik. Amin. Bagi tahun-tahun lepas, semua akan dijadikan panduan dan pengajaran untuk saya terus lebih melangkah jauh, dan berani untuk menempuh kehidupan di hadapan sana. InshaAllah.

Korang tau ker tokoh Maal Hijrah 1433H? Meh saya bg tau.
TOKOH MAAL HIJRAH 1433H | SAMBUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN | Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Fouad Abdul Salam telah dipilih menjadi penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi kategori antarabangsa pada tahun ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin telah dipilih untuk menjadi Tokoh Maal Hijrah bagi kategori kebangsaan.

Dan kalian tau enggak, tema Maal Hijrah tahun ni?
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
 
Ikhlas Dari :- Fath_Niesa
 

Reactions:

0 comments: