28 November 2011

L.I.M.A 2.0.1.1

BY Fath_n!e$@ IN 4 comments

Assalamualaikum semua.
Selamat beristirehat yer. Esok dah kerja.
Korang dah pernah pergi lom tengok LIMA a.k.a The Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition . ?Saya belum. Kesian kan? Dulu teringin, tapi tak pernah berpeluang, sebabnya tak suka bersesak2. Tapi kali ni, hopefully dapat p. dan bertekad utk sama bersesak2. =) Kalau x, memang takkan pernah pergi tengok la. Klik sini.

Teringan akan zaman kecik-kecik dulu, kawasan perumahan saya ni memang dipenuhi oleh orang-orang TUDM. Bukan stakat dari technician, tapi sampai ke officer, kapten (juruterbang jet). Best time tu. Best kenapa? Sebab, masa habis LIMA (tahun tak ingat, rasanya time tu umur saya 6-7tahun), semua jet2 akan balik ke pangkalan Butterworth. Uncle Din (kapten) & Uncle Fauzi (kapten) akan wat acrobatics kt kawasan bendang rumah saya. Tapi tak seperti sekarang, sekarang dah tak dak bendang depan rumah, dah naik rumah dah. Best... Diorang siap lepaskan asap warna warni. 
Kadang-kadang tu, kalau Uncle Din bawa pesawat yang besaq tu (alamak, tak igt la, tapi pesawat yang macam dok angkut orang) akan merendahkan pesawat, mahupun helicopter area bendang. Habis daun2 bendang, sebab kipas pesawat. itu la untungnya bila kenal rapat dengan diorang. dah la baik. Tapi hayat Uncle Din tak panjang. Beliau terkorban semasa bawa balik menteri dari Sarawak. Masuk paper dulu....Sedih.. Al-fatihah untuk arwah uncle Din. Uncle Fauzi dah pindah. Dulu, rajin dok pi rumah dia kat pengkalan Butterworth tu. Swimming kt pool, makan chicken chop dalam TUDM tu..best....

Itulah kenangan masa kecik-kecik saya. Tetiba teringat balik sebab rasa nak pi tengok LIMA'2011. InshaAllah, semoga segala perancangan dirahmati oleh-Nya. Amin.




Reactions:

4 comments:

mdsaf_kyo said...

Bila lima 2011? saya pon tak pernah gi, tapi teringin sangat nk gi....

ntah bila la dapat gi...

Fath_n!e$@ said...

start 6-10hb December..tp utk public diorg bukak 9 dan 10hb....6-8 utk dagangan

mdsaf_kyo said...

TQ fath...teringin nk gi, tapi duit dah buat repair kete la baru ni...

Fath_n!e$@ said...

ur most wlcm bro. xpa, next time boleh p lagi...nnti fath g tau k if next yr wat lgi..tp selalunya cuti skolah, hujung tahun