03 November 2011

Kelajuan

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments

Assalamualaikum semua.
Salam sore.
hahaha..cakap indon plak yer.
Sihatkah kalian di sana?
Saya, Alhamdulillah. Syukur pada-Nya kerana memberi kesihatan yang baik pada saya.
Hari-hari hujan di petang hari. Jadi pada uols, jangan lupa pakai payung k.

Kelajuan?
Yer, saya sangat suka akan kelajuan.
Kelajuan dalam apa?
hahaha..cer teka..
Yes!!! ofkos la kelajuan kereta. 

Sejujurnya, saya suka bawa kereta laju-laju.
Yes! Kepuasan tahap max.
Erk!! bahayakan.
Tapi tak ler selaju uols semua.
Pencapaian (kehkeh, kunun. r) terbaik di highway hanya 150km/j
Kereta apa saya pakai? Myvi LE jer. 
Modified kalu, sure bleh pergi lagi. Gila ker apa kan??
Kalau 10-tion, lagi laju. Hurm, nampaknya saya memandu mengunakan emosi. Kan?

FYI, saya bawa laju time tu pun sebab sakit perut sangat-sangat.kehkeh
Time tu nk g family day kt Bukit Merah. Anjuran office saya ler. 
Dah ler sesorang drive, mula2 ingatkan saya dah kena tinggal dgn mamat-mamat yang kunun nak konvoi sesama, sekali, saya yang sampai destinasi dulu. Memang tak nampak diorang atas highway. Tunggu lagi, pecut ar, di tambah dengan kesakitan keperutan akibat keracunan makanan di malam sebelumnya.
Tu yang leh cecah 150km/j.
Biasanya purata kelajuan saya pun hanya 140km/j jer. 
(^________________^)

Tak laju kan?
Sebab saya tau, korang lagi laju.
Walaupun laju, member-member yang pernah naik dengan saya tak takut.
Pemanduan secara berhemah.
Diorang tak tolong tekan 'break' sesama, macam sesetengah orang tu.
Hurm, kenapa saya suka kelajuan?
Mungkin sekeliling saya, mereka turut membawa laju.
Saya pernah naik dengan my eldest brother, dia bawa 190-200km/j, so mcm mn tu?
Kakak, 150-160km/j.
BIL, 150-160km/j.
Youngest brother 140-150km/j.
Habis macam mana, dah terbiasa. Tunggu nak masuk litar jer.
cuma....





cuma...



Mommy jer seorang yang patuh akan signboard. (*_*)


Yer, dengan ini, saya mengaku, saya suka bawa kereta laju-laju.
sekian......

Semoga saya sentiasa dilindungi oleh-Nya.
Amin.
Baca doa naik kenderaan ok, sebelum memulakan perjalanan kita.
Al-Fatihah jangan lupa. Dan mengucap awal-awal. Itulah yang saya selalu praktikan sebelum memulakan perjalanan saya.
Beringat sebelum semuanya terlambat.
Betul x?

Renung-renungkan, jangan sampai termenung k..
Bye...

Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

Reactions:

2 comments:

Cik Bambam said...

viva aku leh smpi 120-130 jek.. bergegar stereng aku.. ahhaha.. tp pernah bw kete wira mak smpi 160.. ghway xde org.. siukkkk jek..kekekek

Fath_n!e$@ said...

CB, ok la tu..laju gak per....hekhek..kalu 30km/j, apa kes?