07 November 2011

Hari Raya Aidiladha ~ Family Gathering

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua. 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini.
Yeah! Raya-raya juga, jangan lupa pada sejarah pengorbanan pada zaman Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim k? Dikesempatan ini, saya ingin memohon beribu-ribu keampunan di atas semua kekhilafan yang pernah saya lakukan secara sedar apatah lagi yang tidak sedar.
Alhamdulillah, hari raya qurban kali ni, memberi 1001 kenangan kepada saya dan semua ahli keluarga arwah wan dan tok saya, iaitu Tn.Hj Ahmad & Hjh. Nuriah. Perhimpunan yang buat julung kalinya diadakan dengan kehadiran yang begitu ramai pada 1-1 masa. Berjaya mengumpulkan 10 anak daripada 11 anak arwah tok dan wan. Family Gathering ini diadakan di rumah pusaka wan & tok, iaitu di Pajak Song berhadapan dengan Masjid Pajak Song. Perasmian dilakukan oleh anak sulung dalam keluarga besar kami ini, iaitu long a.k.a Hj.Mohd Noor. Sebelum itu, gotong-royong masak memasak dilakukan secara beramai-ramai sementara menunggu ketibaan para jemputan yang datang jauh dari KL, Serdang, Kulim dll.
Perasmian dan ucapan dari Long, Ngah, & Pakcik selaku tuan rumah penuh bermakna dan sayu serta hiba untuk seketika apabila tiba-tiba nama arwah tok dan wan disebut. Kami semua menyedekahkan Al-Fatihah pada kedua-dua insan yang begitu bermakna dalam hidup kami semua. Bukan senang menjadi anak, cucu, cicit dan piut pada seseorang yang begitu disenangi di kawasan ini, Setiap tutur kata, batas pergaulan perlu dijaga agar nama baik sentiasa terjaga. InshaAllah. Kami berzikir bersama-sama. Alhamdulillah.
Terima kasih pada yang datang. Next time kita buat lagi di luar kawasan, InshaAllah
 Entry kali ini saya dedicatekan pada semua ahli keluarga saya yang besar. Walaupun tak semua yang datang, it's ok, banyak masa lagi. Semoga long, ngah dan semua mak serta bapa saudara saya dipanjangkan usia mereka. Amin...
Total semua yang hadir adalah seramai 102 orang, dan yang tidak dapat hadir seramai 52 orang. 
Senarai kehadiran :-
  1. Long = 17 orang (5 orang x dtg)
  2. Ngah = 3 orang (13 orang x dtg)
  3. Lang = 26 orang (5 orang x dtg)
  4. Pak Njang = 5 orang (all)
  5. Pak Teh = 3orang (7 orang x dtg)
  6. Pak Ndak = 2 orang ( 20 org tak dtg)
  7. Mak Teh Munirah = 15 orang (2 orang tak datang)
  8. Mommy a.k.a Maktam = 11 orang (all)
  9. Pakcik = 7 orang (all)
  10. Mak Wa = 7 orang (all)
  11. Mak Niah = 6 orang (all)
Selesai makan-makan, sebelum hujan turun, sesi bergambar. 
Patutnya nak wat 1-1, family, tapi sebab hujan, tak sempat. 
Ni pun tak semua yang masuk dlm gambar sebab, ada yang dok lena n jaga anak.


Ok la, uols layan jer gambar kay!!!

Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: