30 November 2011

Derma Darah???

BY Fath_n!e$@ IN 3 comments

Assalamualaikum semua.
Kempen derma darah???
Korang pernah menderma darah korang tak?
Adik saya pernah, buku yang diberikan pun rasanya dah nak penuh.
Saya?
Sejujurnya tak pernah dalam seumur hidup.
Tak berkeinginan menderma ker?
Bukan tak berkeinginan. 
Saya teringin sangat nak mendermakan darah saya, 
kerana saya tau, darah saya ni, adalah darah pemurah. (paham2 jer ek, darah jenis apa).

Cuma, saya setiap kali ingin tampil ke hadapan, darah gemuruh saya datang, then pitam.
So mcm mana? bukan tak nak derma, tapi tak leh nak derma.
Tambahan pula, tekanan darah saya rendah, sebab tu dok pitam jer.
Tak kata la, time jadiplayer hockey pun dulu, boleh pitam
So, jangan ingat orang yang active bersukan, tak sakit ok.
Sebab tu la, hajat dan impian saya untuk menderma darah saya ni, tak pernah tercapai. 
Impian hanya terpahat di hati.
InshaAllah, hari itu akan tiba jua.

Ok, kat bawah ni, ada sedikit panduan bg mereka yang berhajat untuk menderma.
So, baca elok2 ok.
Anda layak menderma sekiranya:
  1. Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan:
    • Sihat pada hari menderma
    • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
    • Tidak mengambil ubat aspirin atau antibiotik tempoh satu minggu sebelum menderma
    • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
    • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
    • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu sebelum hari menderma
    • Tidak hamil dan tidak haid
    • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
    • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
    • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
    • Tidak mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam
    • Tidak mengidapi Hepititis B atau C

Anda Dilarang Menderma sekiranya:
  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar -tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Ok, sampai di sini dulu yer kengkawan, entry sya.
Jumpa di lain tajuk, plak.
Assalamualaikum.

Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

    Reactions:

    3 comments:

    mdsaf_kyo said...

    Derma jangan tak derma... nak lebih rase berkat, derma = sedekah

    jom: Perbanyakkan sedekah

    Fath_n!e$@ said...

    inshaAllah..semoga niat murni fath tu dipermudahkan..amin. asal p ja, tekanan darah rendah..cam ner tu

    mdsaf_kyo said...

    makan berat2 dulu masa sarapan tu boleh kot....

    saya pon kalau gi dekat tengahari, belum lunch lagi, doc tanya sarap apa? kalau sarap takat minum, kuih, dia soh makan dulu baru derma...