13 October 2011

:: Vacation to KK, Sabah - Part IV, Chapter Finale ::

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum semua.
How are u? Speaking plak dak Misz FN ni kan. 


Alhamdulillah, semangat untuk meneruskan catatan perjalanan ke negeri dibawah bayu, Sabah makin membara selepas beberapa hari ‘mood’ untuk menulis telah disentap dengan serta merta. But now, dah ok. Yeay!!!! Syukur2 pd-Nya. 


Ok lah, saya teruskan Chapter – Finale (Part IV) dengan beraktiviti ke C-T-2. Sebelum ni, pada sebelah pagi, kita dah ber’snorkling’ ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi, now kita ronda-ronda Bandar KK plak. Sebenarnya, untuk pengetahuan korang, teksi-teksi sekitar KK ada menyediakan perkhidmatan charted 1 kereta bagi tempoh 3 jam. Diorang akan bawa kita berjalan-jalan sekitar Bandar KK. Bagi 1 jam, charged yang dikenakan RM40.00. So, kitaorang ambik 3 jam. For me, RM40.00 boleh diterima murah. Ke kitaorang yang ‘terkena’?? Tapi yakin, tidak. Sebabnya, sebelum kitaorang decide nak charted 1 teksi, kitaorang dah wat survey dah. So, uncle teksi tu namanya Uncle Wong. Dia la yang tlg bawa kitaorang p ambik Miss Zanna di airport masa 1st day di KK. He’s nice person. Untie Wong pun baik. Mula-mula dia bawa naik teksi, tapi lepas uncle drop-by kitaorang, dia balik rumah tukar kereta Avanza sementara kitaorang jejalan sekitar muzium.
Alamak, tetiba takdan nak mula, dah cerita smpai ke muzium dah. =) Perjalanan kitaorang bermula selepas selesainya makan tengahari di Jetty Jeselthon. Kami janji dengan Uncle Wong (teksi driver) pada pukul 3.00p.m. Dan kebetulan masa tgh makan, Uncle Wong kol, kata lewat sedikit, sebab dia p hantar passenger dari airport ke hotel. Isokay!!! Saya just inform pd dia yang kami tengah lunch sekarang. Dalam pukul 3.30 petang, kitaorang bergerak keluar dari jetty Jeselthon. Sebelum tu, C-T-2 ni, merangkumi Yayasan Sabah, UMS, Masjid Jamek, Heritage Village, Muzium Sabah, Muzium Islam Sabah, Kampung Warisan, Tanjung Aru, dan Signal Hill. So, tempat pertama yang kami lawati adalah ke bangunan Tun Mustapha, atau lebih dikenali dengan Yayasan Sabah. Kebetulan pada ketika kami sampai di kawasan tersebut, terdapat ramai orang yang baru keluar dari perut bangunan tersebut. Dan saya difahamkan ada seminar yang baru sahaja selesai. Ok, patut la ramai. Opposite bangunan Tun Mustapha ini, ada bangunan rasanya seperti Wisma Persekutuan, dan di situ, menurut Uncle Wong, disitu terletaknya pejabat KM, Sabah, iaitu Datuk Musa Aman. 
Selepas bangunan Yayasan Sabah, kami menyusul ke Signal Hill. Dari sini, boleh lihat seluruh bandaraya Kota Kinabalu. Kalau malam lagi cantik. Tambahan pula, sehari sebelum selepas pulang dari Kundasang, Pakcik Joe dah bawa kitaorang, time malam la. Tapi hari ni, tgk masa siang pulak. Kitaorang bukan pergi di kawasan dataran, tapi kali ni, Uncle Wong bawa ke Habiba Hotel sebabnya dari sini juga, kami boleh melihat sekitar KK. Dan paling Nampak jelas adalah Jetty Jeselthon. Berada di situ lebih kurang 15minit menikmati keindahan panoramanya. Kami bergerak menuruni Signal Hill dan menjenggah sebentar ke Istana TYT Sabah. Dan kebetulan hari ni, iaitu 01.10.2011 adalah hari kelahiran beliau. So, adat istiadat pengurniaan darjat kebesaran telahpun selesai. Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Sabah, Heritage Village, Kampung Warisan, dan Muzium Islam Sabah memandangkan jam hamper menunjukkan pukul 4.00 ptg.

Entrance fee yang perlu dibayar untuk masuk Muzium Sabah adalah sebanyak RM3.00. Tapi memandangkan kami semua masih ‘student’, so FREE…yeay!!!! Di sini, kami kejan masa, sebabnya muzium akan tutup pukul 5.00 ptg. Aduih, rugi-rugi. Tak sempat nak tengok dan baca betul-betul. Di Muzium Sabah, terdapat kawasan-kawasan yang ditutup disebabkan under renovation. Besar, tapi tak leh nak masuk la. Sob sob… Masuk2 jer pintu muzium tu, replica ikan paus menyambut kedatangan kami. Ikan betul tau, bukan tipu2 na… selepas muzium Sabah, kami ke muzium seni. Di sini banyak la lukisan-lukisan anak tempataan yang dipamerkan disitu. Tak besar, kecik sahaja. Ingatkan sempat untuk ke Muzium Islam, tapi tak sempat, sebab jam telah menghampiri jam 5 petang. So pada kalian diluar sana yang teringin sangat nak jejalan kt muzium2 ni, bagus untuk penambahan ilmu yang semakin kurang itu, amatlah digalakkan supaya spent time lama skit. Dalam 2 jam lebih. Baru syiokkk. Diingatkan sekali lagi, muzium tutup pukul 5 tau. So try to manage your timing ok dear?
Walaupun untuk ke Muzium Islam tak sempat kami lawati, kami tetap meneruskan perjalanan ke Heritage Village dan Kampung Warisan. Di kawasan ini, hampir 15 buah rumah suku kaum yang terdapat di Sabah ini. Termasuklah rumah Brunei. Berbanding di Sarawak, di sini banyak rumah-rumah suku kaum Sabah. Tetapi di sini, tiada yang memberi penerangan secara detail kepada para pengunjung. Yang ada hanyalah penerangan secara penulisan, signboard. Tak sempat untuk melilau seluruh kawasan, kerana amatlah besar dan luas kawasan dia. Kebetulan Uncle Wong telahpun menunggu kami di kawasan parking kereta, jadi kami pun bergerak keluar dari rumah-rumah tersebut. Rasanya, kami la pengunjung yang terakhir pada hari tersebut. Nasib tak kena kurung, kalau tidak ka, jenuh.
Perjalanan kami diteruskan lagi memandangkan jam hampir menunjukkan 5.30 petang, jadi masa berbaki lagi 1 jam. Uncle Wong membawa destinasi kami yang terakhir, iaitu ke Tanjung Aru. Kali ni melihat sunset pulak (macam la tak pernah tgk sunset, kot la sunrise, best skit.) Bayangkan lah, masa sampai di Tanjung Aru, parking semua penuh. Orang sangat ramai. Pada mulanya ingat nak pekena air nyiok kt dataran Tanjung Aru. Tapi memandangkan terlalu leka melihat aksi-aksi anak muda mudi Sabah, masa telah tiba untuk pulang ke apartment. 
Sampai di apartment dalam pukul 7 lebih. Lapar? Jangan cakap ler. Last kitaorang makan masa kat Jetty. Lagi pun malam ni, malam terakhir kami di KK, Sabah. So, we decided to go to Pasar Filiphino. Yeay!! Makan lagi. Seafood lagi. Dok kat Sabah ni, makan banyak wow!!!. Kulit pun golap wow!!! Tapi best wow!!! So malam ni, lepas saya selesai solat maghrib dan isya', around pukul 8.00 kitaorang pun mula meninggalkan katil terchenta. Sebelum menerjah ke PF, kami singgah dahulu di Centre Point. Perghh!! ramai siot manusia di sana. Adik-adik ramai gila. Parents depa tak marah ker? Hurm... Tujuan kami ke shopping compleks ni bukan la apa, cuma Misz Zanna nak cari barang di Kaison. Menurutnya, di semenanjung tak de Kaison dan barang-barang murah katanya. Ok,ikut jer.

Melilau juga kami mencari. 1st floor. 2nd floor. 3rd floor. 4th floor. Last-last ke 3rd floor balik. Tersembunyi di sebalik secret recipe rasanya. Dia 1 floor dengan FOS. Ok find. sampai-sampai, seyes besaq. Harga? tak tengok lagi. Mula-mula nak cuci mata jer. Sekali bila tengok price tag dia, fuhhh, gugat sebentar keimanan utk bershopping den. Fuhh!!!! Serius murah. Box for gift, bayangkan kt popular ker, kat kedai RM5.00 ker tak dapat price macam ni. Saya kat sana dapat RM2.90. Ha!!! Murah kan? Apa lagi, saya shopping 3 box gift, 1 paper bag for birthday present, tag utk bag, dan juga frame. Hehehe. Total semua barang less than RM20 ok???
Selepas bershopping2 benda yang tak pernah dibuat orang (sbb kt penang pun boleh dapat benda tu, cuma price jer tak sama), kami meneruskan perjalanan kakian kami ke PF. Masa untuk isi perut.Yeay!!! Tapi sebelum tu, teman dulu Misz Hanim p cari udang kering. Sekilo RM38.00. Round 3 kali gak lak nak cari udang yang terbaik. Selepas membeli udang, kami pun menjenggah ke meja makan. Seperti malam sebelum ini, kami lepak di tempat yang sama. Dan seperti biasa, sesi rakaman pun dijalankan. Hahaha. Macam VJ dah i ni..oppttsss!! gedixs jap. Yer la, mn tak nyer, kami buat rakaman, semua orang dok tengok. Later-later i akan uploadkan video tersebut kay? Banyak wow, since 1st day. Banyak part and chapter. 
Makanan yang dipesan adalah ikan siakap bakar + sotong dan Misz Zanna order ayam panggang. Sedap tak terhingga. Selesai makan, kami menjenggah pula ke lorong 'gelap'. Nak tau napa panggil saya panggil lorong gelap? Sebab tak hingat nama, dan time tu pulak gelap (sbb malam) dan nak hujan (tapi dah rintik2). Masa hujan rintik2 tu, angin kuat. Saya dan teman-taman agak cuak juga. Sebab takut taufan Nesat serang KK lagi. Korang ingatkan entry mula-mula saya ada story pasal taufan Nesat yang datang serang KK sehari sebelum kami semua tiba di KK. Hati memang berdebar-debar, dalam dok bershopping pearl dan kristal. Memang malam tu, last saya shopping pearl. Sebelum ni teman Zanna dan Hanim jer, so malam ni malam untuk saya pulak. Yeay!!! Sesi buang duit. 
Dalam pukul 10.30mlm, kami pun mula bergerak balik ke apartment. Kali ni, on the way balik, kami terserempak dengan bapak polisi. Sebelum-sebelum ni, masa mula jer nampak, time balik dah tak nampak sebabnya mungkin kitaorang balik lambat kot. So malam ni terserempak dengan diorang. Seperti biasa, budi bahasa budaya kita, senyumkan satu sedekah paling mudah (tp korang jgn ingat lak kami semua ni main senyum kat semua org. tengok jugak. g pun diorang polis. dalam berseragam plak. takkan nak buat yg bukan2 kan. satg kata sombong tak tentu pasal lak) Kami ditegur. Tanya dari mana semua. Rupa-rupanya salah sorang dari bapak polisi tu orang kedahan bahhhh..kahkah...so panjang la ooooo nya. Argghhh!! sudehh cerita bab orang yang tiada kena mengena dengan percutian ini.
Sampai saja bilik, sesi mengemas bagasi bahhhh.... hahaha.. My bag tk beranak pinak. Alhamdulillah. Masih kurang membeli yer. Dan bag saya jugak tidak memerlukan saya untuk xtend lagi 1 portion. Yeay....Lagi 1 situasi yang menunjukkan saya kurang mmbeli. hahahaha.(esok saya akan cerita bab keberatan bag saya di counter check-in bag). Ntah la, sesi pengemasan bag saya selesai pukul berapa. Penatnyer pasal, zzzzz...
 
Tempat yang dilawati:- 
  1. Pulau Manukan
  2. Pulau Sapi
  3. Jetty Jeselthon
  4. Menara Tun Mustapha a.k.a Yayasan Sabah
  5. Muzium Sabah
  6. Muzium Kesenian Sabah
  7. Muzium Sabah
  8. Signal Hill
  9. Istana TYT Sabah
  10. Tanjung Aru
  11. Heritage Village / Kampung Warisan
  12. Centre Point (Kaison)
  13. Pasar Filiphino
Perbelanjaan :-
  1. RM37.00 - Island Hoping
  2. RM3.60 - Jetty
  3. RM10.00 - Teksi (1 teksi)
  4. RM3.00 Entrance Fee pulau
  5. RM40.00 per person - Teksi C-T-2
  6. RM17.00 - Lunch
  7. RM10.00 - Dinner
  8. RM 13.30 - Bfast (3org dan kena tipu)
 Oklah, sampai di sini dahulu catatan terakhir saya bagi Part IV. Jumpa di next entry. Final Part okey???

Reactions:

0 comments: