10 October 2011

:: Vacation to KK, Sabah - Part IV, Chapter II ::

BY Fath_n!e$@ IN No comments


Continue from Chapter I
Menjejakkan kaki di pasiran yang memutih, menambahkan lagi kekaguman saya pada ciptaan-Nya. Sebelum bersiap-siap untuk turun ke pantai, saya mengambil peluang untuk merakam gambar buat kenang-kenangan sebelum basah. Iyolah, terasa rugi pulak bila tidak memiliki camera waterproof. After this, saya kena dan mesti milikinya. Kalau tidak, nyesal weyyy. Tak dapat nak rakam memory dengan Nemo. Hahahaha. Memang sedikit ralat. Tapi takper, saya pahatkan ia dalam-dalam jauh disanubari saya. Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kalau boleh menangis dalam air masin tu, bias aja. Tapi karang pedih kot mata. Saya ingin berterima kasih pada Alex, safety guard a.k.a beach boy di Pulau Manukan itu. If saya tak silap, dia orang Tamparuli. (Utk Alex kalau kamu jumpa blog saya ni :- tengok tiada yang kurang baik mengenai kalian yang diperkatakan bah…semuanya baik-baik saja bah. Blog mana ler yang kata korang yang mesra alam tu. BTW, TQVM ok. Selamat mencari gadis lawyer k?)
Kenapa saya berterima kasih pada Alex? Kerana dia la yang membawa saya meninjau ke dasar lautan dengan lebih jauh untuk lebih mengagumi ciptaan-Nya dan menjaga keselamatan kitaorang. Rekod paling baik, snorkeling tak pakai life jacket. Pada mulanya pakai, tapi disarankan bukak supaya pergerakkan lebih selesa. Yer, saya akur, dan telah membuktikan bahawa tidak perlu pakai life jacket. Tapi nasihat saya, kalau di laut lepas, better pakai.  Sesekali hampir lepas juga, tiba-tiba tertelan air masin. Rupa-rupanya goggle dah masuk dalam air akibat saya terlalu menyelam sehingga air masuk dalam corong goggle tu. Apa yang perlu dititik beratkan di sini, make sure apungan kamu betul. Google corong, jangan sampai masuk ke dalam air. Alhamdulillah, dengan ilmu berenang yang tak seberapa, memudahkan saya utk terus bersama Alex meninjau ke dasar laut. Dia boleh ler wat diving semua. Saya? Hekhek. Nak mati, buat la. Tapi serius, jauh saya pergi rupanya. Sedikit cuak juga, takut-takut obor-obor datang, jenuh saya. 


Di dasar laut, saya diberi peluang untuk memegang gamat, batu karang. Berdiri atas batu karang yang besaq2. Tapi beralaskan kaki angsa si Alex la. Kaki saya mana beralas. Tak pasal-pasal luka plak nanti. Sampai saya pijak kaki dia.hahaha. Padan muka. Yang paling best, saya dapat tgk NEMO yang warna oren + hitam disamping rumpai laut yang panjang2 tu.  Cantik weyyy!!!  4-5 ekor jugak ler. Then ikan-ikan yang banyak. Macam-macam colour. Dan paling saya takut bila terjumpa  dengan landak laut. Banyak gila. Tambahan saya tak pakai kasut, tetiba kalau apungan saya terlalu dalam, saya takut kaki saya akan tersangkut pada landak tersebut. Nasib safety guard ada. Dia yang tolong tarikan saya. Air dalam laut tu, sejuk saja. Tak panas pun. Tapi bila naik ke pantai, panas sudah. Dekat 1 jam jugak ler saya ber’snorkling’ Rakan2 lain? Ntah tak dapat dikesan. Diorang tak nak ikut saya. Takut katanya.  Walau apapun, saya ucapkan terima kasih buat safety guard saya tu kerana menjaga keselamatan para pengunjung di Pulau Manukan ini.
Kami berada di Pulau Manukan sehingga jam 11.45 pagi. Dengan baju yang basah-basah, kami meneruskan perjalanan ker jetty untuk ke pulau sapi pula. Bot tiba jam 12.00p.m. Sementara menunggu bot datang, kami mengambil kesempatan merakam kenang-kenangan di jetty ini. Dari Pulau Manukan ke Pulau Sapi, tidak lah jauh, 5 minit dah sampai. Dan dari Manukan, kita dapat melihat pulau Mamutik. Yer!! Kecik saja. So saya cadangkan uols p 2 Pulau ni pun cukup, dan lebihkan masa di Manukan. Tak rugi. Di Pulau Sapi, bagi saya, tak secantik Manukan. Tapi dia ada tarikan tersendiri. Pasir cantik. Tapi tak banyak coral yang mati. So tak sakit sangat ler kaki tu. Kali ni, saya mandi dengan pakai croc from Bata saya. Hehehe. Sebab tu kot tak sakit. Di Sapi, kami mandi sampai pukul 1.00 tengahari. Bot akan tiba pada jam 2.15 ptg. So, kitaorang berkemas-kemas dengan mandi dan menukar baju serta bersolat zuhur dan jamak sekali. Surau ada disediakan di sini. Toilet not bad, but need to improve it. 


Kami bergerak jalan ke Jetty dalam pukul 2.05 petang. Dan sampai di Jetty Jeselthon tepat pukul 2.30 petang. Perut minta di isi. Dan kami telah janji dengan Uncle Wong (driver teksi) pada pukul 3.00 untuk xtvt C.T.2. Sebelum itu, kami singgah makan tengahari di Restoran Nasi Minang Bunda (erk, if saya tak silap). Not bad. Sedap. Dan memandangkan kami lapar punya pasal semua kami bedal. So total our lunch for today is about RM53.++. Isokay, sebab makan dalam air-corn. Lagipun masakan minang, memang ler stok2 itu jer harganya. 3 orang makan, saya rasakan sangat berbaloi. (kalu kt Penang, KRR pun belasah jer)

On the way balik ke Jetty Jeselthon. Tgk, dah tukar baju jejalan..(",)
Continue next chapter - final

Reactions:

0 comments: