10 October 2011

:: Vacation to KK, Sabah - Part IV, Chapter 1 ::

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.

Salam sore. Dah malam dah ler. Saya skrg ni dah pun ready nak tidoq. Tapi memikirkan lagi 2 part kena settlekan by this week. This part and another part, finale nyer part. Kena juga pulun buat, if not, tak tau ler bila. No more postpone2x. Tiada istilah penangguhan dalam kerja saya. Nanti akan jadi lambakan pulak.  Ok , entry kali ni paling saya suka. Kenapa? Sebab dalam entry kali ni, saya akan share dengan semua orang mengenai pengalaman saya ber’snorkling’. 

Tapi kali ni saya wat chapter k. Mungkin 3 chapter jer kot. Sebab tgk entry sebelum2 ni, panjang berjela sangat. So korang mesti borink baca kan? Tapi di akhir chapter, baru saya akan buat summary untuk tempat-tempat yang dilawati dan juga perbelanjaan sepanjang 1 hari perjalanan. 

01.10.2011 ~ Saturday

Meneruskan catatan perjalanan saya ke KK, Sabah, untuk hari yang ke-4, iaitu 01.10.2011, jatuh pada hari Sabtu, saya bersama teman2, zanna dan hanim memilih untuk menjenggah ke luatan pulak. Memilih destinasi ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Mengikut perancangan awal, kitaorang hendak ke Pulau Mamutik, Manukan, dan Sapi. Tetapi apabila mendapat penerangan dari pihak yang berkenaan, apa kelebihan setiap pulau, akhirnya kata putus terus dibuat. Jadi, pulau yang menjadi pilihan adalah Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kenapa tidak Mamutik? Ini adalah kerana, Pulau Mamutik lebih kecil berbanding Manukan. Dan tarikan adalah lebih kurang sama dengan 2 pulau yang lain. Dan kami memilih untuk spent time lebih lama di Pulau Manukan. Memilih ejen Aparu sebagai pengendali bot. Dalam erti kata lain, mereka yang akan menghantar dan mengambil pelancong dari satu pulau ke pulau yang lain. Terdapat banyak ejen di Jetty Jeselthon, tapi kami memilih Aparu. Kenapa? Tiada jawapan. Hehehe.
Sebelum itu, aktiviti kami bermula sedikit lewat, iaitu pada jam 9.00pagi.  Memandangkan penat semalam ke Kundasang belum redha, so kami semua memutuskan untuk memulakan perjalanan aktiviti pada jam 9.00pg. Jam 8.20pg, kami turun untuk sarap di salah satu restoron 24hrs, Yusuf’s Curry yang terletak di bawah Promenate Apartment. FYI, kami semua telah di’charge’ dengan harga yang tidak munasabah. Makan roti canai yang keseriusannya TIDAK sedap. Memandangkan kami dah lambat, dan saya pulak malas nak ambil pusing (tp agak menyakitkan hati dgn layanan yang diberikan), saya halalkan harga yang di’mark-up’  itu. Kedai itu tersangat ti direkemen utk pergi makan. Saya tak tau la, kenapa ramai sangat yang makan di situ. Nauzubillah.. Tak nak pikior yang –ve. Meneruskan catatan ini, kali ni, pergerakan kami hanya dengan menaiki teksi. Tepat jam 9.00 pagi, teksi tiba betul2 depan kedai tersebut. Charge tambang ke Jetty Jeselthon adalah sebanyak RM10.00 untuk 1 teksi. Bukan seorang ok. 
Kami tiba di Jetty Jeselthon pada pukul 9.10 minit. Tak jauh pun. Tapi kalau berjalan kaki, maunya mengambil masa 45 minit gak ler. Setibanya di jetty, kami terus ke salah satu ejen bot, iaitu Aparu. Pakej yang ditawarkan agak berbaloi saya rasakan. Untuk ke 2 pulau harga yang dikenakan RM27.00. Tetapi, jika mahu ke 3 pulau, up RM10.00. So utk 3 pulau harga RM37.00. Murah bukan? Lain-lain charge seperti life-jacket, goggle sepatutnya berharga RM15.00. Tetapi kitaorang menggunakan daya memujuk supaya harga dikurangkan menjadi RM10 sahaja. =) Yeay!! Jimat sudah. So seorang kena bayar hanya RM37.00. Selesai proses pembayaran, kami dikehendaki untuk membayar entrance fee pulak. Bayaran sebanyak RM7.20 utk orang Malaysia, dan untuk student, dapat half-price. Memandangkan kami adalah ‘student’, so, kami layak untuk mendapat separuh harga, iaitu RM3.60 seorang.  

Selesai bayaran, kami menuju ke kaunter yang terletak diluar untuk mendapatkan life jacket dan goggle. Sungguh ramai hari ni. Terlupa sudah bahhh, hari ni kan weekend, hari minggu, ramai la orangnya. Untuk menaiki bot, kami terpaksa menunggu hamper 10 minit. Apabila cukup masa bot berjalan, mereka akan memanggil nama ejen. So dengar betul-betul. So, kitaorang tak ler lama sangat nak kena tunggu. Dalam 10 minit jer. Bot kami bergerak dari jetty dalam pukul 9.45pg. Dari jetty ke Pulau Manukan mengambil masa 15 minit sahaja. Tak jauh pun. Best. Save sangat. Dan most important, tak berombak. Alhamdulillah. 

Saya difahamkan, sehari sebelum penerbangan kami ke Sabah, taufan Nesat dari Filipina datang menyerang. Yer! Betul, saya dapat melihat kesan-kesan taufan tersebut di bandaraya KK. Pada mula bila mengetahui dalam bandaraya pun kena, sedikit takut juga dengan keselamatan kami di sana. Serius, saya tak baca news sebelum tu. Pokok semua tumbang. MasyaAllah, betapa hebatnya kuasa Allah. Hanya doa yang menjadi pelindung sepanjang keberadaan kami di sana. Tambahan tiada sesiapa yang kami kenal, dan tiada kaum lelaki bersama-sama kami dalam percutian ini. Isokay, itu tak dak masalah. We’re independent gurls. Yeay!!!  Setiap hari saya berdoa supaya sepanjang keberadaan saya dan teman dilindungi oleh-Nya. Alhamdulillah, di KK, tiada hujan. Cuma di Kundasang sahaja. Itu pun sekejap Cuma. Dan saya juga difahamkan bahawa angin taufan akan melanda pada sebelah petang hingga ke malam. Yer, angin kuat dapat kami rasai pada malam ini. Iaitu ketika kami membeli belah di pasar Filipina dan jalan lagi satu tak ingat. 
Berbalik pada asal, kami tiba di jetty Pulau Manukan selepas 15minit membelah ombak. SubhanaAllah. Jernihnya air laut dia. Sampai menampakkan ikan-ikan di dasar, menampakkan coral yang keperang-perangan. Sungguh cantik ciptaan Allah. Inilah nikmat dunia yang dapat saya rasai. Betapa indahnya ciptaan dan kurniaan-Nya. DIA menciptakan semuanya sesempurna mungkin. Tak tergambar perasaan saya ketika ini. Rugi, sungguh rugi bagi mereka yang ada peluang tetapi tidak menghargai peluang yang diberikan itu. Jika diberi kesempatan lagi untuk masa akan datang, ingin saja saya menginap 1 malam di chalet yang disediakan. Itu baru dijetty. Belum xplore dasar lautan lagi, kekaguman hanya Allah sahaja yang tahu. Sesampainya kami di jetty, kami terus ke pintu gerbang utama. Untuk masuk, bayaran dikenakan sebanyak RM3.00 sebab kami semua masih bergelar ‘student’. =) sekali lagi. Peringatan pada kalian, make sure, jangan hilangkan tiket tersebut dan minta tiket tersebut, jika kamu tidak diberi tiket apabila pembayaran telah dilakukan. Ini kerana, jika untuk ke pulau-pulau seterusnya selepas pulau pertama, kita akan dikenakan lagi bayaran, tetapi bila kita menunjukkan tiket semasa di pulau pertama tadi, kita tidak perlu bayar untuk kali keduanya. Remember ok?

Continue di next chapter....

Reactions:

0 comments: