09 October 2011

:: Vacation to KK, Sabah - Part III ::

BY Fath_n!e$@ IN 3 comments

Assalamualaikum semua.
Selamat pagi. Selamat berhujung minggu.
Wah, hari ni satu tarikh yang cantik saya rasa. 09.10.11. Akan menyusul lagi lepas ni tarikh2 yang menjadi pilihan pasangan yang hendak mendirikan masjid iaitu 11.11.11 dan 20.11.2011. Ok la, sekarang saya nak sambung penceritaan saya mengenai perjalanan saya bersama teman-teman ketika bercui ke Sabah. Dah masuk part III.

30.09.2011 ~ Jumaat

Hari ni, perjalanan bermula seawal 6.30 pagi. Hari ni, perancangan kitaorang adalah untuk ke Kundasang, Ranau. Selain tu, nak ke Hot Spring, Canopy Walk, War Memorial, Fish Spa - Ikan Kelah,  dan National Park. Semalam pak cik Joe (driver kitaorang) dah remind, kalau nak tgk gunung kinabalu, awal-awal pagi cantik. InshaAllah kalau rezeki kitaorang, dapat ler tgk. So dengan semangatnya pagi ni, kitaorang pun turun seawal 6.30pagi. Kalau di Penang, masih gelap ok?? Tapi kat sini, 6.30 pagi diorang dah macam pukul 8.00 pagi di Penang. Seperti biasa, saya ler yang akan bangun awal dulu untuk bersolat subuh. Kali ni, lepas saya mengambil wuduk, terus saja saya mengejutkan mereka yang lain utk terus bersiap-siap. Kalau tak buat macam tu, kitaorang akan lambat. 
 Jam 6.30 semua dah ready dan siap bersarapan dgn minum air milo yang panas dalam bilik yang disediakan oleh saya. Hehehe. kitaorang bawa stok ok... Pakcik telah pun berada di bawah. Sedikit lewat selama 10 minit. Opptts, sorry pakcik. Semalam, sepanjang perjalanan saya tidoq dalam kereta kerana penat dengan perjalanan yang lama ke Kudat, tapi this morning saya tak tidoq ok.. Yeay!!! Dapat menikmati permandangan yang best, sejuk, flora yang menghijau, kalau tidoq rugi kot. Mungkin teruja nak tengok gunung Kinabalu yang menjadi gunung tertinggi di Asia Tenggara (if sy tak salah ler. tapi dgn yakin, betul). Di seberang jalan, sedikit perlahan kerana, hari bekerja, so ramai yang sudah keluar dari rumah. Tapi yang pastinya, jalan yang kitaorang lalui berjalan lancar. Cuaca pun cantik. Alhamdulillah tak hujan.

Perjalanan ke Kundasang mengambil masa 2 jam 30 minit sahaja. tak ler sejauh ke Kudat. Apabila kereta mula mendaki jalan yang berbukit, hati saya berkobar-kobar. Tak lama selepas itu, saya dapat melihat depan mata saya sendiri Gunung Kinabalu. Subahanallah..Itu saja yang mampu saya ucapankan. Tak tergambar perasaan saya ketika itu. Cuma saya menanam impian bahawa, suatu hari nanti, gunung ini bakal saya jejaki. Yeay!!! Azam2. Dan pakcik Joe dah sudi untuk membantu kalau saya bersama team saya hendak mendaki G.K ni. Terima kasih pakcik... Pada dasarnya, memang terasa tidak mampu untuk mendaki kerana memerlukan stamina yang banyak untuk pendakian kali ni. Kalau setakat Bukit Bendera, saya leh gagah lagi. Tapi itu bukanlah alasan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Yeah!!!! Think postive k.
Perhentian pertama kitaorang adalah di satu tempat, yang saya tak igt. Tapi kt sini emmang menjadi perhentian semua orang. Landmark dia, ada nanas yang besar kt entrance dia. kawasan ni jugak ler kalu korang nak shopping souvenir. Ada menara tinjau gitu. Dalam 3 tingkat. So, dari sini, kita leh tengok view G.K berada betul-betul depan kita. Then perhentian ke-dua kt mana ek..hehehe...lupo la. Tak dak signboard kot kt situ. Tapi sedikit atas pada hentian sebelum ini. Aksi melompat wajib dilakukan berlatar belakangkan G.K. Saya memang fail bab lompat, so rakan-rakan jer la yang wat aksi ni. Saya snap jer.
Perjalanan kami diteruskan lagi ke pekan Ranau. Di sini, ada pasar tamu. Kami hanya singgah sekejap sahaja. Tak menyeluruh berjalan ke pasar ini, kerana kami hendak ke War Memorial yang terletak tidak jauh dari pasar ini. Memorial ni menyimpan kisah-kisah askar dari Australia yang mati di sini. Entrance fee RM2.00 for Malaysian. Di sini, ada terbahagi taman-taman. Ada English Garden, British Garden. Dan yang best, banyak roses ok. Tayangan video kitaorang tak sempat nak tgk, dah terlepas.
Selepas hampir 1 jam berada di War Memorial, kami meneruskan perjalanan ke Hot Spring. Perjalanan dalam 30-45 minit, berapa km, saya tak igt. Di sini juga, terdapat butterfly farm, air terjun, dan canopy walk. Best wow....Seperti biasa, nak masuk kena ler bayar fee dia. Bayaran utk entrance fee rm3.00. Tiket ni juga boleh digunakan untuk masuk National park. Make sure tiket kalian tak hilang ok? So, selepas membuat pembayaran, kitaorang pun apa lagi, bergegas ke toilet untk menukar pakaian. Mandi ayaq panas plak. Di hot spring ni, kitaorang spent time 2 jam. Kita boleh memilih untuk mandi di private kolam, atau open kolam. Kalau private kena bayar. Tak tau brapa RM, sebab kitaorang mandi kt open punya. Ada rock pool. Tapi rock pool ni berbau klorin kuat sangat, so memang kitaorang tak pi mandi kat situ. Kita pergi open kolam punya. Setiap kawasan ada 4 kolam kecik2.. So pilih jer mana-mana kolam yang kosong.
Sebelum penuhkan kolam tu, bilas la sikit dengan ayaq, then baru tadah bagi penuh. Nak tunggu penuh memang berejam ler. Ada ayaq panas, dan ayaq sejuk. So nk bagi cepat kolam korang penuh, bukak jer 2-2 pili tu. dalam 30- 45 minit penuh la kolam tu nanti. Sementara menunggu kitaorang lepak sambil makan. Zanna p beli manggi lagi. Lapar wei. Roti, nugget semua habis dibedal. Toilet, tip-top. Korang tak payah risau. sepanjang berada di sana, tiada masalah bab-bab toilet ni. Selepas 2 jam mandi, kitaorang pun bersiap-siap untuk ke canopy walk, tak jauh dari situ.

Tidak jauh dari kolam air panas, kami ke canopy walk pula. Butterfly farm kitaorang tak masuk sebab mengejar masa. Untuk ke pintu masuk canopy walk, kita kena melalui butterfly farm dahulu. Entrance fee RM 3.00. Tapi untuk entrance fee ke canopy walk RM3.00 + RM5.00 untuk camera. Pada mulanya saya ingatkan boleh terus naik canopy tersebut. Jangkaan saya meleset sama sekali. Kami terpaksa mendaki bukit, tapi bagi saya tak dak masalah. Best dengan xtvt ni. Sesekali keluar peluh. Saya cadangkan supaya, kalau kalian datang sini, better pergi naik canopy walk dulu, then baru singgah mandi di hot-spring. At least, dapat meregang-regangkan otot selepas pendakian tadi. Dan berpeluh-peluh. Pendakian mengambil masa dalam 10 minit jer ikutkan tu. Tapi atas dasar perikemanusiaan pada teman-teman, sian diorang, saya banyakkan hentian. hehehe..Bila dah sampai entrance nak naik canopy tu, wah!! best nyer. Sangat teruja ok. Tapi dalam keterujaan pun, dalam hati still berdoa, jangan la ada menda-menda yang tak diingini berlaku. Gayat tidak, cuak saja. Hehehe... Perjalanan di canopy walk mengambil masa 30 minit. 5 titian. 5 pit-stop. Berpeluh, tak payah cerita. hahaha.
So selepas canopy walk, kitaorang meneruskan perjalanan ke Tagal, Sg. Moroli, Ranau (fish spa).  Entrance fee RM 5.00 dan RM5.00 lagi untuk yang membawa camera. Perghh, kt sini betul-betul buat duit. Kat sini, banyak gila ikan kelah. Mereka mengkomersialkan ikan ini dengan membuat ala-ala fish spa. Saya selalu ber'fish' spa ni dengan ikan kecik-kecik jer. Sekali mak ai, ikan dia, sebaq wei. Sebesar ikan keli, ikan haruan. Berjanggut-janggut. Eeee, geli-geli. Mula-mula memang geli, sampai terpeluk-peluk aku kt zanna. Tapi bila dah lelama tu, ok skit. Tapi still geli. Diorang ada yang bagi makanan guna tangan. Ya Allah, berkocak-kocak ayaq sungai tu. Saya tak berani ok. Macam sakit. nampak rakus jer ikan-ikan tu.Eee, geli-geli. hahaha.
Selepas hampir 30 minit di Tagal, Sg. Mogoli, kami meneruskan perjalanan ker National Park, Kundasang. Otw ke sana, tetiba hujan lebat dengan guruh sekali. Sedikit cuak menyelubungi saya ketika itu. tapi pak cik Joe kata, biasa dah berkeadaan begitu. Sebab kami berada dalam awam. So titisan ayaq awam tu la menjadi hujan. Yer!!! Ayaq awan. hehehe....Jalan plak tak dak lampu. Yeay!!! Gerun sudah. Baru pukul 5 lebih kot. Tetiba perut terasa amat lapar. Singgah di National park, mula-mula decide nak makan kat situ. Tapi bila tgk menu semua RM 20++. So kami pun bagi tau pak cik selain kt sini kt mana lagi yang boleh singgah utk makan. pakcik kata di tempat yang ada menara tinjau tadi. Ok, so we decide makan kt situ, if not, mmg kami dh lepak mkn kt national park, dh tak heran mahal ker murah ker. Janji perut terisi. Di National Park, terdapat sejarah mengenai pendaki-pendaki G.K. Ada batu-batu G.K macam mini muzium gak ler. Selepas hampir 45minit di Nasional Park, kami pun mula bergerak turun dari Kundasang. Sebelum itu, singgah dahulu di kawasan menara tinjau untuk makan. Sekali bila sampai, semua kedai tutup daaa... Kedai sourviner masih bukak. Singgah di sini dulu untuk bershopping sedikit sourviner utk kaum kerabatku. Membeli t-shirt yang agak berkualiti sebanyak 8 pasang, seperti biasa juga untuk diriku...hahaha.. kenangan kot. I luv Sabah. Sekarang ni gila kumpul t-shirt i luv  mn2 negara yang saya pergi. 8 pasang utk saya, my sister, my nepfew,s my niece and also my SIL. Berhabis jugak ler RM 143.00. untuk Fridge magnet + key-chain + box = RM 50.00. 
Bila dah selepas membeli, Zanna bagi roti. Wah!! Zanna, thank ko memahami perutku. hahaha..makan ler muffin apollo yang tak pernah saya makan. tapi bila dah terdesak, semua nampak sedap. Bedal saja. Lepas shopping, kitaorang direct turun dari Kundasang menuju ke KK. Jalan gelap. Dan still hujan. Saya sms my friend di KK, Abg Fid (kebetulan bercuti ke KK jua bah...) bertanyakan samada hujan atau tidak di KK, Alhamdulillah, respon darinya mengatakan tidak hujan sepanjang hari. Hurm, pakcik Joe kata, kt sini jer. Dalam perjalanan balik, kitaorang siap bagi suggestion supaya, suatu hari nanti kan ada cable-car utk naik ke G.K hehe. Kesian pada mereka yang tak larat nak naik dan turun nanti. Dan paling penting, lampu sepanjang jalan. Tiang dah ada, kasi masuk itu lektrik ok. Lepas tu, kami semua terlelap sudah. Sejuk punya pasal. pakcik kata tak per, sampai kedai, dia kejutkan. hahaha. So, sesampai di medan makan, area KK,dengan tamaknya kitaorang memesan makanan. hahaha. Malu jer kt pakcik. Arghh!! tak heran dah aih. Pakcik pun dah mcam our daddy. thanks pakcik jaga kitaorang dengan baiknya. Yeay!!! Dalam 20km lagi sampai la bandararaya KK. 

Selepas perut diisi, pakcik membawa kitaorang ke Signal Hill. Niat dihati ingin melihat suasana malam sekitar Kota Kinabalu. Memang cantik, dengan lampu2 dari bangunan. tetapi niat terpaksa dibatalkan. Lampu area situ tak dibuka. Gelap gelita. Dan Pakcik kata jangan turun dari kereta selagi dia kata turun. Didepan kenderaan kami ada sebuah kereta lagi, Eee, boleh plak dok wat project kt sini. Depa tak takut hantu ka??? kehkehkeh....dah ler kawasan berbukit. Hehehe. tak senonoh. maunyer saya letupkan kereta mereka. biar mati dengan dosa. Memandangkan tak jadi utk singgah di Signal Hill, akmi meneruskan perjalanan ke Tanjung Aru. Tanjung Aru terletak berdekatan dengan airport. kat sini ada dataran kedai-kedai makan yang menjual pelbagai jenis seafood. Tapi, kitaorang memilih untuk tidak makan, kerana sudah kenyang. Kami hanya lepak di tepi pantai saja. Melihat aksi-aksi anak muda Sabah berlibur.

Jam menunjukkan 9 malam. Penat sudah seharian berjalan. Malam ni memang tak decide nak p Pasar Filiphino dah. Esok mungkin. Kitaorang terus balik ke bilik untuk mandi dan rehat. Kerana esok nak kena guna tenaga untuk ber snorkling pulak. Ok lah, sampai di sini dulu catatan perjalanan bagi hari ke-3 saya di Kota Kinabalu. So, dibawah ni ada summary yang dapat dibuat sepanjang xtvt hari ni.

Tempat yang dilawati:-
  1. Kaki Gunung Kinabalu, Kundasang
  2. War Memorial (RM 2.00)
  3. Hot-Spring (RM 3.00)
  4. Canopy Walk (RM 3.00)
  5. Tagal, Sg. Moroli, Ranau, Fish-spa (RM5.00)
  6. National Park
  7. Signal Hill
  8. Tanjung Aru
Kos Perbelanjaan :-
  1. Kenderaan = RM 280.00
  2. Camera = RM 10.00
  3. Bfast + Lunch + Dinner = RM 10.00
  4. Shopping = RM 193.00 
 Jumpa di next entry

Reactions:

3 comments:

Cik Bambam said...

mahal gak ek transportation tuh..huhu..kita InsyaAllah bulan Januari nak gi KK.. :) guide jugak nie!! tq~!!

Fath_n!e$@ said...

CB. ini pun kira murah...tp kalau drive sendiri lagi murah la. kami sewa sekali dengan driver...kalau charted 1 teksi, diorang charged RM350.00

Fath_n!e$@ said...

CB. ini pun kira murah...tp kalau drive sendiri lagi murah la. kami sewa sekali dengan driver...kalau charted 1 teksi, diorang charged RM350.00