08 October 2011

:: Vacation to KK, Sabah - Part II ::

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Sambungan:-

Assalamualaikum semua.
Bertemu kembali pada part II percutian ke KK, Sabah (29/09/2011 ~ Khamis).
Ready to go Kudat
Xtvt kitaorang bermula pada jam 8.30 pagi. Saya bersama teman-teman planning untuk pergi ke Kudat. So mana-mana orang Sabah yang bertemu dengan kitaorang yang tahu kitaorang hendak ke Kudat, diorang pasti terkejut. Sebab jauh sangat. Perjalanan mengambil masa 4jam 30 minit utk sampai ke sana. Di Kudat, kitaorang pergi ke Tip Of Borneo, Kota Belud, Rungus Longhouse, dan singgah makan di Esplanate. Untuk ke sana, kami menaiki kereta dan di sewa sekali dengan driver. Untuk sehari dia charge RM280. Kitaorang sewa 2 hari, so RM560.

Sepanjang perjalanan, jalan memang teruk. Berlubang-lubang. Kami terpaksa berhenti disebabkan kondisi kereta yang tidak membenarkan utk kami meneruskan perjalanan. Kereta sampai panas, so kena bg cool dlu. Keputusan untk menyewa sekali dengan pemandu adalah tepat bagi kami. Sebabnya, signboard terlalu jauh dan jarang2 ada. So kita yang tak biasa akan sesat, unless kalau korang ada GPS.  Untuk pengetahuan korang, jalan kt Sabah ni, satu jer jalan yang menghubungkan semua daerah. Contohnya, jalan yang kita org pergi ke kudat tu, mcm jalan a.k.a highway utara selatan. Jalan tu jugak yang akan akan membawa kita ke  Inanam, Kudat Kota belud, dan lain-lain. Dan highway timur - barat, kita akan menuju ke Kundasang Ranau, Tamparuli, Sandakan dan lain-lain.
So Kalu jalan tu ada tahah runtuh ka, ada kenderaan berat ka, jenuh berbaris la wa cakap lu. Dan saya paling noticed 1 thing, stesen minyak. Susah kot nak nampak stesen minyak. Toilet apatah lagi. Lain la kalau ke kundasang, banyak gerai. Lagi satu, mengenai gereja a.k.a church. Surau susah nak jumpa ok... Saya difahamkan, setiap 5km, pasti ada church. So, itu menunjukkan bahawa, penduduk di sana ramai yang non-muslim. So be careful dengan pemilihan gerai makan k. Nampak jer muka-muka lebih kurang sama, tp sebenarnya diorang non-muslim. Otw, ke Kudat, kitaorang selisih dengan seorang makcik di mana dia sedang mandi di luar rumah betul-betul tepi jalan raya utama sambil berkemban. Kami difahamkan oleh pakcik Joe, kalau kita tegur akan perilaku mereka, kita akan di denda. Atas sebab menegur kelakuan mereka. Itu adalah cara hidup mereka, so kita tak leh simply2 p marah or tego k.
Dari Kudat ke Tip Of Borneo mengambil masa 4 jam lebih. Tapi bila sahaja kami terlihat signboard Tip of Borneo, saya dan teman-teman sangat teruja. tapi itu pun lagi 14km dr signboard tersebut. Semuanya kena masuk kawasan pendalaman. Tapi bila sahaja memasuki kawasan pantai, Subhanallah, tersangat cantiknya ciptaan Allah s.w.t. Sangat cantik OK??? Nanti korang layan jer gambar-gambar yang akan saya upload ok. So korang akan tau ler dan dapat berkongsi kesyukuran terhadap Pencipta kita. Kami berada di sama hampir 2 jam. Patut la perut terasa sangat lapar dan minta utk di isi. Sebelum itu, untuk pengetahuan korang, hanya kereta kitaorang saja yang berada di situ. Mungkin bukan musim cuti skolah kot. Rugi sangat bagi sesiapa yang datang ke KK, jika tidak ke Kudat, Tip of Borneo ni.

Selepas beberapa jam di sana, kami meneruskan perjalanan ke pekan Kudat. Dalam 30minit utk sampai di pekan kudat ini. Kami singgah di Esplanate untuk makan tengahari. Saya dapati di sini merupakan 'pot' menaikkan ikan, hasil nelayan. Saya dan teman-teman memesan Nasi goreng ikan masin. Cara penyediaan nasi goreng ikan masin, adalah di mana, mereka meletakkan ikan masin goreng di atas nasi goreng. Dan paling best, jus apple yang kitaorang oder besaq bapak dianyer cawan. Jenuh minum. Lepas makan semua, kami menjenggah sebentar ke tepian lautan. Subhanallah. Ayaq laut dia jernih weyyy. Nampak ikan-ikan semua. Eee..geram2x.. tak sabar untuk pergi snorkling nanti.

Selepas makan, kami singgah sebentar di sebuah masjid. Alamak, tak igt la nama apa. Kami singgah utk solat jamak zuhur + asar. Settlekan dahulu urusan kepada Maha Pencipta. Selesai menunaikan kewajipan kepada-Nya, kami meneruskan perjalanan ke Rungus Longhouse. Nak sampai di sana, adalah dalam 45 minit jugak perjalanan. Entrance fee RM3.00 bagi rakyat Malaysia. Bagi Non-Malaysian, RM 5.00. Kat sini korang leh tengok rumah panjang yang di jaga sendiri oleh anak tempatan. Nanti korang layan gambar k.
Destinasi seterusnya, ke Kota Belud. Kat sini, pakcik Joe kata leh tengak sunset yang cantik dr Gunung Kinabalu. Dia kata sangat cantik. Tapi hari tu bukan luck kita orang. So, we just lepak2 tangkap gambar jer la.Kat Sabah, pukul 5 lebih, dah macam pukul 7 lebih kalau kt Penang. So korang bayangkan la, kegelapan yang melanda. Hek hek.... Setelah 30 minit berada di Kota Belud, kami pun bergerak pulang menuju ke Kota Kinabalu. Hari yang memenatkan bagi saya. Sepanjang perjalanan tidoq saja. Pening wei. Ingatkan tak nak keluar dah malam ni. Siap take away Mc'D segala. Sekali bila sampai bilik, makan dan mandi, dia terus jadi fresh. So apa lagi, we decide utk turun ke waterfront malam tu. Melihat-lihat suasana malam pula. Bila dah bosan tak dak mende pun kat situ, we decide ke Pasar Filiphino sekali lagi. Tak makan. Tapi shopping jer. My friends semua shopping pearl. Saya shopping souvenir utk rakan-rakan di Penang dahulu. Apa lagi kalau bukan key-chain.
Macam biasa. Jalan-jalan malam sampai pukul 11 malam. Kalau di Penang kul 1 pagi kot. Untuk sampai ke bilik kami dalam 15 minit berjalan kaki. OK? Otw balik, suasana di waterfront meriah. Sebab banyak pub + disco. Apa-apa pun, better anda berjalan dalam kumpulan. Jangan sorang-sorang, lain la kalau korang tu lelaki. Tapi kalau yang perempuan-perempuan di luar sana, better berteman. At least sorg kumbang kena ada bersama korang. Itu nasihatku. Kami? Mesti la semua perempuan. Nama pun trip power puff gurl. Alhamdulillah, keselamatan kami sepanjang berada di sana terjamin dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada pada semua orang.

Ok. Jumpa di next n3. Hari ke-3. Menuju ke Kundasang. So setakat ni dulu catatan bagi perjalanan saya dan teman-teman bagi hari ke-2 ke Kota Kinabalu dengan xtvt ke Kudat. Di bawah ni, saya ada senaraikan kos yang perlu di tanggung sepanjang hari ke-2 ini.

Tempat yang di lawati :-
  1. Tip Of Borneo
  2. Pekan Kudat
  3. Rungus Longhouse
  4. Esplanate
  5. Kota Belud
  6. Pasar Filiphino
Kos tanggungan:- 
  1. Kenderaan = RM280.00
  2. Rungus Longhouse = RM 3.00
  3. F&B = RM25.00
  4. Shopping = RM45.00

Reactions:

0 comments: