05 October 2011

:: Vacation to KK, Sabah - Part I ::

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi dan membenarkan hamba-Nya ini bernafas di muka bumi yang sangat indah ini. Mencuri-curi masa yang ada untuk mencoretkan sesuatu yang amat berharga dan bermakna dalam setiap kehidupan sehari-harian saya, begitu juga kalian bukan? 
Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja balik dari percutian selama 5H 4M ke Kota Kinabalu, Sabah. bersama 2 lagi teman saya. Dan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di negeri dibawah bayu ini. Macam tak percaya, kerana percutian kali ini dirancang bersama-sama teman melalui pertolongan Uncle Google. Terima kasih uncle. Hahaha... Semua tempat-tempat yg sempat dilawati adalah atas bantuan mr.google. Bermula selepas penempahan tiket Air Asia, secara online 7 bulan yang lalu, iaitu pada bulan February 2011, kalau tak salah saya, 2-3 minggu selepas kepulangan percutian saya ke Sarawak. Disusuli oleh penempahan penginapan pada bulan 6, dan kenderaan seminggu sebelum berangkat ke KK, Sabah.

Nak kata destinasi budget, tak juga, sebabnya kenderaan sewa di sana sangat mahal. Tetapi, untuk entrance fee, sangat murah, tak seperti Sarawak. Lagipun saya pergi hanya 3 orang sahaja, so price sedikit increase. Dulu pergi Sarawak, saya pergi 11 orang. That's why murah. Tapi tak kesah, janji berbaloi-baloi. Ok, jom kita tengok point-point dibawah  tempat yang saya lawati utk hari pertama, beserta dengan perbelanjaan saya di sana. Hopefully semuanya boleh membantu korang yang berkeinginan untuk ke KK.

28hb September 2011 ~ Rabu
  • 0700 - 0815 = Bertolak dari rumah ke PIA (mom hantar)
  • 0830 - 1000 = Check-in luggage, lepak dan breakfast diMc'D, PIA (RM 10.00)
  • 1030 - 1315 = Perjalanan mengambil masa 2j 45min. Terdapat goyangan sepanjang perjalanan, tapi biasa-biasa sahaja. Sepanjang pejalanan, saya tak leh nak tido, terasa nak muntah dan fenin. So layan game dari Galaxy Tab, my fren. Beli mechandise from AA (RM10.00), snack (RM 8.50)
  • 1345 - 1415 = Ambik teksi menuju ke Promade Apartment Sevices (di Jln Api-Api). Teksi dari airport ke town KK (RM30.00 + RM20.00). Dan utk penginapan kitaorang, 4m (RM105.00 x 4m / 4person = RM 105)
  • No more activity lagi utk hari pertama, kerana kitaorang menunggu ketibaan teman dari KL lagi seorang. So banyak lepak kt tourism Malaysia, waterfront, shopping complex parkson.
  • Lunch = RM 7.30 (nasi goreng sangat banyak okey, tp still hbs, sbb lapaq)
  • Tea-time = KFC (RM6.95)
  • Dinner di pasar Filipino (RM10.00)
  • Supper (RM5.20)
Untuk pengetahuan korang, sepatutnya flight dari Penang malam 28hb tu, tapi AA reschedule balik semua fligth from penang. Kitaorang memang tiada plan utk 1st day smpai tu la. So byk masa dihabiskan di sekitar waterfront, shopping complexs, dan juga toursim Malaysia utk mengetahui tempat yang best kt KK ni. Service tip top ok. Teksi dari airport ke town KK, dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Tak dak kereta-kereta sapu. Pada sebelah malam, kitaorang pergi jemput teman di airport sekali lagi memandangkan hnya dia sorg, so utk keselamatan, better kitaorang pergi jemput dia. Ikutkan perancangan, percutian ini disertai 4 orang, tpi last minute canceled atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kerana ada kematian. SO hanya 3 power puff gurl sahaja dalam percutian ini. Yeah!!!!

Dan untuk pengetahuan korang juga, subuh di sana 4.48 pagi, zuhur 12.09, asar 3 lebih, maghrib 6.10, isya; 7 lebih. Tidoq jangan kata cukup. Biasa la. Jam 0100pagi baru nak boleh tido. then jam 5 bangun subuh, dan 6 lebih dah bersiap-siap utk bergerak keluar. Kalau 6.30 di KK dah seperti pukul 8.00 pagi di Penang. Bayangkanlah. Ok lah, summary kt bawah ni, hopefully dpt bantu korg. (Gambar2 akan di upload secepat mungkin, bergantung pd kelapangan saya. sorry)

Tempat yang dilawati:-
  1. Waterfront
  2. Pasar Filiphino 
  3. Tourism Malaysia
Perbelanjaan:- (untuk sorg)
  1. Ticket flight = RM200.00
  2. Penginapan = RM105.00 (4 malam)
  3. Teksi = RM 35.00
  4. Makan = RM57.95
  5. Total = RM397.95 (tapi utk tiket flight dan penginapan dah lama booking, so tak include pun xpa juga)

Reactions:

0 comments: