14 October 2011

:: Vacation to KK, Sabah - Finale Part ::

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Entry kali ni merupakan entry yang terakhir bagi perjalanan saya ke Kota Kinabalu, Sabah bersama Hanim dan Zanna. Diharap semoga semua info yang saya sediakan ini banyak membantu pihak kalian yang baru pertama kali mahupun dah dah banyak kali sampai KK tapi tak berkesempatan untuk sampai ke tempat-tempat yang saya pergi. (tapi rasanya korang sampai kot). Ok lah, jom layan hari terakhir di bumi KK, Sabah.

02.10.2011 ~ Ahad

Setelah semalam penat ber'snorkling' dan malamnya proses packing memacking bagasi memasing, today is the day. Hari terakhir untuk menghabiskan uang. kehkeh. Seperti biasa, perjalanan kami bermula pada pukul 7.30a.m. Yes, agak lewat sebabnya, ikutkan di Penang, matahari dah macam pukul 9 pagi. Tapi tak pa, kami meneruskan perjalanan di pagi yang indah dengan berjalan kaki, menghirup udara yang nyaman. Hari ni kami decide nak menjenggah ke Pasar Gaya a.k.a Gaya Street. Setelah minum pagi (milo panas bahhh..) kami pun melangkah meninggalkan katil yang empuk.
Ingatkan dokat, sekali berpeluh jugak la. dua kali kena melintas jalan raya yang besar. Fiuhhh, peluh ketiak den. Nasib pakai rexona..kahkah..tak senunuh betoi yer...Berjalan hampit 20 minit, akhirnya kami sampai di destinasi Gaya Street. Ramai seyyyy!!! Dan kat sini, macam-macam ada. Anak kucing, anak anjing, anak tikuih, anak ikan, pokok-pokok, makanan, sourvenier, pearl, dan lain-lain. Saya shopping apa yer? Tak shopping dah, sebab semalam dah bershopping sakan. Pada mulanya macam malas dah nak jalan p sana, tp Zanna dan Hanim memujuk jua den ke sana. Diorang kata, memang tak complete datangSabah, if tak singgah Gaya Street. Ok fine. Akhirnya saya sampai. Jalan-jalan, jamu mata. Yang diorang jamu poket. Hahaha..
Selepas habis ronda 1 pasar tu, di mana kami menghabiskan masa 2 jam 30 lebih utk meneroka Gaya Street, kami bergerak untuk mencari teksi. Fenat weyyy. Dah ler jap lagi nak balik pun dengan baju yang sama..busuk karang. hekhek. So naik la teksi bertiga-tiga. Macam biasa, teksi RM10.00. Kali ni, kami singgah dahulu di Jamilah Jewellery. Kat Sabah ni, Jamiliah Pearl agak terkenal. Dia ada 2 kedai, 1 kedai yang agak mahal harganya, dan 1 kedai yang harga nya boleh layan. Ikut hati memang nk beli, tapi tak beli. Sebabnya dah shopping banyak pearl semalam. Sementara menunggu Zanna shopping, saya dan Hanim, lepak di luar kedai. Sebelum itu, kami singgah breakfast dahulu di kedai mamak yang bersebelahan dengan kedai Jamilah. Agak sedap nasi gorengnya dan mee goreng. Saya mende apa pun belasah, asalkan halal.

Dalam pukul 10.00 lebih, kami pun mula bergerak ke apartment. Sesi mengemas beg untuk terakhir kalinya bakal dilangsaikan. Berjalan hampir 10 minit utk sampai ke apartment. Zanna dan Hanim singgah beli beg tambahan untuk mengisi barang2 yang byk. hehehe. 10.15pg, kami tiba di bilik. Zanna dan Hanim pergi ambil kami punya laundry kt dobi yang bersebelahan dengan bilik kitaorang. Yer!!! kami hantar dobi ok. Mana tak nyer, setelah berfikir-fikir, kami decide hantar jer memandangkan esok kami semua terus masuk kerja. Tak daknya nak cuti-cuti tambahan. At least bila sampai semenanjung, tak ler penat sangat nak membasuh baju.

Lepas ambik baju di dobi, proses packing macking dijalankan. Saya tak banyak. Skit jer. Beg pun siap diletakkan di muka pintu. Flight tengahari, jam 1.25p.m So kami semua decide kuar awal. Janji dengan Uncle Wong aroung 11.30pg.  Sekarang jam baru pukul 10.30pg. Hurm, tidoq pun sempat lagi nih. Saya p tidoq dulu. Bangun2 rupa-rupanya Zanna dan Hanim pun tidoq sama. Ikut hati nak jer sambung tidoq. Sekali terkezut tengok jam dan kol 11.15pg. Aduih, ada 15 minit jer lagi nak siap. Semua bangun mengejut. Kehkeh. Yang pastinya saya sempat mandi lagi. Merasa air yang terakhir di Sabah (boleh ek mcm tu). Yeay!! Dah wangi kembali.
Di lobby, Uncle Wong telah pun menunggu ketibaan kitorang. hekehk...Ok.. sebelum bergerak pulang, snap-snap dulu di signboard Promande Hotel Apartment senung utk korang rujuk plak. Tiba di airport around 11.50 pg. Alhamdulillah, awal. So tak que di self check-in (after this korang dah leh check-in sendiri kt rumah. 7 hari sebelum fly. so tak payah nak tunggu check-in kt airport dah. Boarding pass semua korang print kt rumah jer. return boarding pass ok??). Macam saya, saya tak berani utk check-in kt rumah. tapi bila prove from zanna dah der, after this leh wat mcm tu jer. Just line-up utk drop ur luggage jer. Dalam jam 12.00 urusan check-in , drop luggage semua settle. Masuk dengan hati yang senang. Yeay!!

Yang best nyer, masa nak timbang beg masing2, saya punya beg datang 10 ++ kg jer. balik saya ambik sampai 25kg, tapi bila timbang dalam 16kg jer...hahaha..rugi2..then campur beg zanna dan hanim, lepas ler 25 kg. Jumlah dia 26++ kg. Tak kena charge pun. Beg hanim dengan zanna pun sama juga. Semua ada balance kg lagi.hehehe.. Beg kitaorang  punya le berat sampai jari Ms. Air Asia berdarah okeyyy!!! but it's not our fault. Dia yang pegang tak betul. tapi kesian, luka sudah. Nasib la kitaorang ni spare plaster dalam beg. Hurm, berguna kan?
Kat Sabah, Zuhur masuk kul 12.09p.m. Masa Zanna dan Hanim bershopping perfume di free tax shop, saya pergi solat jamak siap2 sebabnya flight pukul 1.25 pm. Selesai semuanya, kami pun lepak di ruang menunggu. Tetiba dalm syiok-syiok berfesbuk (pinjam zanna nyer ipad) ms.AA wat announcement. Flight ke Penang di tunda 20 minit. So, kami semua berlepas pulang ke semenanjung pada pukul 2.00ptg. Yeay!!! Alhmdulillah dalam flight kali ni saya tak penin macam mula-mula datang. Tapi, walaupun begitu, sepanjang journey di awangan, mmg teruk gila. Paling teruk sepanjang saya naik flight. Bergoyang sakan.

Tapi sebelum tu, sebelum ni kan saya ada mention, my friend, from penang, abg.fid and family pun datang Sabah, bercuti. Terjumpa masa dok nak masuk flight dan tak sangka diorang pun dok kt sebelah line kitaorang jer. Ada budak comel kot. His niece. Namanya Auni (kalu saya tak silap). Sepanjang penerbangan tu, relax jer dia, Member-member then lak yang fenin-fenin. Siap gelak-gelak. Saya, Alhamdulillah. Layan galaxy tab hanim selepas bosan membaca sebab bergoyang sangat flight tu. Dari satu game ke satu game saya main. Sampai bosan. kalih2 sebelah, si kecik tak tidoq lagi. Her dadda and her Paksu, selamat sampai KL dah kot. hahaha.

Hanim dan Zanna apa jadi? Layan fenin. sian diorang. Saya gak yang maintain. Tapi bila terlalu bergoyang sangat, sy pun apa lagi, tutup galaxy, dan smbg zzzzzz..tgk kiri kanan best nyer tidoq, tergugat iman kejap. Tengok jam baru jam 3.30pm. Hurm, bosan, lena, zzzzzz... Saya, tidoq musti tutup muka. Dah biasa berkeadaan begitu. Even di rumah jua bahhhh. Terjaga bila tetiba bergoyang lagi. Tengok jam baru kul 4.00pm. Arghh!! tak jadi tidoq la. tak lama lepas tu, pramugari announce kata dah nak sampai. bla bla.....Hurm, Alhamdulillah. tepat jam 4.30 ptg, flight pun landing dengan selamatnya. YEay!!! sampai sudah bumi Penang.
Muke orang-orang yang pening

So, begitulah pengalaman saya dan teman-teman sepanjang percutian kami ke KK, Sabah. Pada kalian yang berhajat nak p, sila-sila la pergi. Best wow tengok tempat orang selepas penat bekerja sepanjang tahun. Happy holiday ok. Dan semoga entry-entry ni dapat membantu korang semua. Yeay!!!!

Reactions:

0 comments: