22 October 2011

Sedetik cuma...

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus mencoretkan sesuatu buat tatapan kalian semua. Maaf jika kalian menantikan entry terbaru dari saya. Akibat kekangan masa yang tidak mengizinkan, saya hanya sempat untuk membuat posting video sepanjang percutian saya ke Sabah. Itu kerja mudah, sambil bekerja, saya boleh upload je. Tapi tak sempat ler nak story panjang-panjang. Hanya video semata. Kalau kalian mau baca lebih lanjut, sebelum2 tulagi saya dah cerita panjang. Tak per la, saya malas nak story dah mengenai percutian tersebut, kerana sedikit mencetus kontrovesi, tapi hakikatnya pada saya tiada mana-mana part pun yang boleh dikontroversikan kerana saya bukan artis. Sekian harap maklum. Past is past, life must go on. Mungkin ‘mereka’ sekadar mahu men’cuit’ saya, tapi tak pa, saya sangat-sangat berterima kasih pd ‘mereka’ itu kerana telah membuatkan saya ‘berperang’ sebentar dgn my beloved mommy. Apa yang saya tau, my mommy sgt sayangkan semua anak-anaknya. Jadi, kalau ada mende2 crita yang tak syiok, ofkos dia pun akan terasa kan? Hurm…(^_^)

Dan pada saat-saat genting, di mana saya sangat memerlukan seseorang untuk berkongsi kesedihan, kesakitan, kemurungan, ketidakpuasan hati, saya tahu, masih ramai ada yang berdiri disebelah saya untuk menenangkan saya. Terima kasih Dayah a.k.a Mern, Aisya, Atie, Kak Akma, Kak Erna dan ofkos my beloved sister, Kak Ngah. Mungkin banyak sangat yang tak ‘tertanggung’ di hujung sanubari ni. Sebab itu, bila dapat releasekan sedikit kesedihan itu, setiap kali pasti ada titisan dihujungnya. Sekali lagi, saya tewas dengan diri sendiri. Thank you very-very much. Korang selalu meminjamkan ‘bahu’ korang untuk saya merehatkan kepala saya untuk seketika.

Tiba-tiba bila jadi benda-benda yang tak dijangka, kita akan rasa upset gila. Yes! Itu lah saya. Saya sangat mudah menyesal dengan apa yang berlaku. Mungkin itulah orang yang berzodiaq Aries. Orang kata cepat menyesal dalam tindakan. Dan saya juga teringat akan pesanan seseorang, Abg.Fid à blog ni, jangan terlalu menceritakan hal-hal peribadi. Perlu seimbangkan. Baik..!!!! Saya ambil dan pegang pesanan itu. Tapi, bila di baca-baca semula semua entry yang saya post dalam blog ni, keseimbanagn itu ada. Sometime, it’s can become as travel-log. Selain itu, saya ada postkan entry mengenai mutiara kata, lagu, lirik lagu, info mengenai kesihatan, current issue, politik, investman, and etc. So apa lagi? Personal, ofkos ada. Itu memang tak dapat lari. Kalau bercakap bab meminang, nikah, kawin, pun ada. Itu semua pendapat saya.

Saya banyak berkongsi mengenai tempat-tempat yang saya lawati beserta dengan kos-kos yang boleh menjadi panduan pada orang lain untuk turut travel ke tempat yang pernah saya lawati. Tak dinafikan, saya juga turut melayari bloger-bloger yang pernah ke tempat yang ingin saya lawati. From there, I can get more information. And most important, saya boleh buat budget sendiri dan membuat perancangan sendiri. For example, saya pernah berkongsi cerita semasa bercuti ke Vietnam, Jakarta, Bandung, Sarawak dan Sabah. Dan hopefully next year akan ada lagi entry like travel-log saya. Perancangan utk tahun hadapan adalah ke Singapore, Hopefully menjadi. Dan 2013 ke Korea. So, from today, kena saving yang sgt byk utk ke Korea ok..!!!

Dan untuk kalian, kalian boleh judge blog saya macam mana. Dan saya sangat berharap, setiap penulisan saya ini tidak mencetuskan sebarang ketidakpuasan di hati kalian. Jika berlaku ketidakpuasan dihati kalian, just email, give feedback dlm blog chat, ataupun comment entry mana yang kalian tak bersetuju. OK? Mudah jer kan? Jangan menjaja cerita orang. Kerana bila sampai di telinga yang ke 3 atau ke 4, cerita tersebut akan menjadi lain. Dan orang yang menfitnah itu dosanya lebih besar dari dosa orang yang membunuh. So cepat-cepatlah bertaubat nasuha. Saya pun bukanlah bijak untuk berlagak alim, kerana diri sendiri pun belum cukup sempurna. Saya Cuma memperingati antara satu sama lain. Jika saya memperingati kalian, bererti saya juga memperingati diri saya juga.

Wallahualam…
Sekali lagi, saya ingin memohon kemaafan pada kalian jika entry-entry sebelum ini telah menguris hati dan perasaan kalian. Dan pada ‘mereka’ itu, saya telah memaafkan korang. Siapalah saya… Semoga saya dan kalian terus diberi hidayah oleh-Nya. Amin. Peace no war.

Reactions:

0 comments: