31 October 2011

Mood : S.i.l.e.n.t

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.

Sihatkah kalian? Hopefully semua sihat-sihat belaka. Lately ni hujan di petang hari. So, nasihat saya, jaga kesihatan memasing k?
Silent??? Yes! Itulah tindakan yang sebaiknya.. Memilih untuk berdiam seketika dari semua hal. 
Kenapa? Tak semua kot yang suka pada kita. Kan? hahaha..no la. tak dak masalah papepun. Cuma kadang-kadang letih dengan keadaan diri sendiri dan sekeliling. Bukan bosan. Cuma hanya ingin memberi ruang kepada diri sendiri. Saya tak pernah bosan dengan diri dan kehidupan saya. For me, kalau kita ada TUJUAN dalam hidup, kita tak sempat pun nak merasa bosan. Enjoy dengan life sendiri, lagi best kot. 

Apa itu BOSAN??? tanya diri kalian sendiri. 

Berdiam adalah lebih baik dari berkata-kata. Kadang kala, dengan kata-kata sahaja, kita boleh menguris hati dan perasaan orang. Btul x? Berdiam diri juga, adalah salah satu cara untuk kita bermuhasabah diri kita. Berdiam diri juga, merupakan cara untuk kita mengurangkan dosa. Dalam erti kata lain, berdiam diri merupakan salah satu ibadah paling senang. Dengan berdiam diri juga, kita dapat menutup aib diri kita. Kita juga dapat memberi rehat kepada para malaikat yang menjadi pencatat amalan kita. Betul x?

Dalam konteks lain, berdiam diri bukanlah bererti kita kalah dan mengalah. Kadang-kadang dengan berdiam diri juga, kita boleh mengurangkan kekeruhan yang berlaku. So, just silent for a while. 

Dan berdiam diri juga, bukan bererti kita melarikan diri dari masalah yang datang. TIDAK sama sekali. Cuma kita perlu mencari dan memberi sedikit ruang dan waktu untuk kita sama-sama memikirkan apa jalan penyelesaian yang TERBAIK yang bakal diambil. Bukan dengan bertindak secara melulu.  Kadang-kadang, tindakan secara melulu ini, merupakan tindakan yang beremosi. Bertindak ikut perasaan. 

Reactions:

0 comments: