30 October 2011

Wani's Wedding

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamulaikum semua.
Selamat Pagi.
Macam mana hari ni, ada plan ke mana-mana kah?
Saya baru balik dari bfast dgn adik saya yang sorang tu. Semalam dia ajak gi makan roti canai Aziz yang femes kat kepala batas - TAT. Tapi serius, memang sdap. Saya hanya mampu makan 2 keping saja. Tu pun jenuh paksa suh masuk gak. FYI, tahun ni, kali ni la kali ke 2 saya makan roti canai. Bila dihitung berapa keping utk tempoh 10 bulan, baru 3 keping okey..!!! Napa, tak cayo? lantak uols ler. Bukan diet, tapi kurenggg. Oiling maaa.. Bila usia makin meningkat ni, tahap kolestrol dan kesihatan perlu la jaga. Betul x?  O, jom layan tujuan saya wat entry kali ni.

Firstly, saya nak ucapkan tahniah kepada x-classmate saya semasa di TI Penang a.k.a Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (TARPPP), Hazwani Ibrahim dan pasangannya Ady, kerana telah selamat mendirikan sebuah lagi 'masjid' bagi tahun 2011. Semoga kalian tabah menjalani kehidupan seharian, setiap waktu dan detik dengan penuh kesabaran, ketenangan, ketabahan dan bertolak ansur each other dalam melayari bahtera yang indah ini. Dugaan dan cobaan pasti ada dihadapan kelak, cuma bagaimana kita mengatasinya, bergantung pada kebijaksaan suami dan isteri tersebut. Saya mendoakan kalian berbahagia hingga ke syurga. Amin. Saling melengkapi antara satu sama lain. Kita bukan mencari kesempurnaan dalam perkahwinan, tetapi kita cuba untuk menyempurnakan perkahwinan tersebut. Tahniah kalian, semoga perkahwinan dan kehidupan kalian dirahmati oleh Allah s.w.t. InshaAllah.

Semalam (29.10.11 ~ Sabtu) best sangat dapat jumpa dgn mommy to be (Mulan a.k.a Mas2ra a.k.a Mami J), Maintain (Dayana), Fitri Nurul Ain, Wife to be (Suhaili) dan ofkos la dengan pengantin, Wani. Syima kitaorang tak sempat nak jumpa. Yang lawaknyer, bleh plak saya tersalah jalan. Ingat2 lupa nk ke Kompleks Tabung Haji. Last ke sana 3 tahun lalu Masa tu teman mom gi wedding anak x-staff tempat mom keja. Pastu dah tak pi. Nampak signboard dia, tapi tetiba lost. Tapi Alhamdulillah sampai jugak akhirnya. As a usual, bila dah p kenduri member2 ni, lepak kat sana memang lama. Kol 3 sampai, kol 5 lebih baru gerak balik. Sebab tunggu Pn Mastura otw. Ok la, jom layan gambar sepanjang wedding Wani dan Ady kay...


Ikhlas Dari:- Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: