25 October 2011

Jauh di sudut hati...

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. 

Sedih. Hancur luluh hati saya bila mendengar dan membaca berita mengenai anak-anak kecil yang tidak berdosa, yang tidak berupaya untuk melawan membela diri, dan tidak tahu membezakan baik mahupun yang kurang baik. Menitis air mata saya bila setiap kali membaca hal-hal mereka. Mungkin entry kali ni mengenai berita yang kata orang sudah lapuk, tapi saya tetap juga menitipkan  perihal mereka dalam laman ini. Apa dosa mereka? Apa daya mereka? 3 berita tergempar dalam seminggu yang lalu. Pertama : Bayi yang berusia 23 hari di liwat oleh bapa.  Kedua: kanak-kanak yang berusia 2 tahun, berasal dari China, dibiarkan oleh 18 orang yang lalu lalang selepas digilis oleh van. Dan ketiga : bayi cukup sifat dikelar oleh ibu sendiri selepas kurang dari 24 jam dilahirkan. Nauzubillah... Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Yer!! Dunia akhir zaman. Semua orang akan memberi jawapan yang sebegitu. Tak dinafikan. 

Jangan tanya kenapa saya begitu beremosi bila bercakap mengenai insan yang tidak berupaya ini. Jauh disudut hati saya, saya sangat-sangat geram pada mereka yang tidak tahu menghargai ANUGERAH dari Allah s.w.t. Astaghfirullahala'zim. Kenapa mereka sanggup melakukan sedemikian rupa? Jangan kerana kesalahan diri sendiri, kesalahan pasangan kita, kita sanggup menjatuhkan hukuman kepada mereka yang tidak berdosa. Dah la melakukan perbuatan zina, lepas tu pulak membunuh. 2 dosa yang berturut-turut. Kalau kalian tak suka sekalipun pada bayi tersebut, janganlah kamu membunuhnya. Mereka tidak berdosa. Berilah pada insan-insan lain yang masih mengharapkan kelahiran cahaya mata sendiri. Mungkin itu merupakan 'rezeki' dari Allah Taala. Jangan pula kalian beranggapan apa yang saya coretkan ini, menghalalkan apa yang haram. Tidak sama sekali. Ini adalah kerana saya tidak mahu, pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dari hari ke sehari, pembunuhan bayi semakin berleluasa di luar sana. Dan juga perdagangan bayi semakin rancak diluar sana. Kita ada badan kebajkan masyarakat. Tidak perlu kamu membuang bayi tersebut di mamah ulat-ulat kecil yang semakin lama semakin besar, nyamuk, mahupun anjing2 liar. Kasihanilah mereka. Mereka hanya mampu menangis menahan kesakitan, mengigil sampai lebam menahan kesejukkan. Apalah daya mereka. 
Bayi yang dikelar student berusia 16 tahun...
Kadang-kadang saya terfikir, kenapa mereka sanggup mengendong perut selama 9 bulan 10 hari kalau semata-mata ingin membunuh bayi tersebut? Selama tempoh mengandung, tentulah morning sickness, sakit sana sini, akan dilalui. Tapi kenapa mereka masih sanggup membunuh bayi sendiri? Dimana letaknya naluri keibuan mereka? Takkan tiada walau sekumit perasaan belas kasihan terhadap anak sendiri? Takkan tidak tersentuh sedikit pun di sudut sanubari mereka apabila lahirnya bayi dari rahim mereka sendiri? Takkan mereka tak dapat merasa setiap kali pergerakkan 'roh' dalam perut mereka? Kadang-kadang berputar seperti jam, bermain bola, tendang sana sini, takkan tak tersentuh sedikit pun naluri mereka? Dan yang paling tersentuh, apabila lahirnya satu nyawa baru di muka bumi Allah ini dengan tangisan dihujungnya, takkan mereka tidak terharu? Ya Allah, kenapa semua ini berlaku? Jawapan yang selalu saya perolehi --> bila perasaan tak menentu, tekanan perasaan, macam-macam tindakan bodoh diambil, itu ini, bla. bla..bla....

Ini lain pula ceritanya. Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves. Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. Tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya. Ibu mangsa terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam dan mendapati mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. Ya Allah. ni bukan lelaki dah. ni JANTAN s**lan. That's the words. Saya difahamkan bahawa, jantan s*** itu dibawah pengaruh dadah. MasyaAllah. Si anak kot yang dok menangis. Eeee..geram ! geram! budus tahap cipan.

Dan yang terakhir kes kanak-kanak 2 tahun yang digilis dengan van. Kebetulan 18 orang yang lalu lalang samada yang berjalan kaki, menaiki basikal, motor, mahupun kenderaan lain boleh buat bodoh saja. Ya Allah. Takkan la anak kecil tu dah pandai tipu korang dengan meminta sedekah? eee, tak masuk dek akal. Di mana korang letak sifat-sifat kemanusiaan korang ek??? Klik sini. Apa perasaan korang diluar sana yang melihat utube tadi? Tapi saya pasti, korang dah berkali-kali menontonnya. Termasuk saya. Dan setiap kali saya tengok, saya akan sedih. Bohong kalau kalian tak sedih kan? Semasa entry ini di'post', kanak-kanak cilik, Yue Yue itu telah meninggal dunia. Takziah untuk keluarganya. 
Insiden mengerikan dan tragik yang menimpanya yang terakam kamera pemantau di sebuah jalan sempit di kota Foshan, Guandong. Gambar video yang begitu menyentap emosi saat dia dilanggar sebuah van dan kemudian diabaikan oleh belasan orang yang berjalan atau berkendaraan di dekatnya ketika ia tak berdaya di jalanan itu telah membuat kemarahan di China dan seluruh dunia. Dua pemandu yang melanggarnya telah ditangkap. Namun, pengguna internet telah membanjiri situs microblog dan mengecam sikap apatis orang-orang yang membiarkan kanak-kanak itu kesakitan. Kedua lelaki pemandu itu beserta orang-orang yang mengabaikan dia di jalanan mengaku tidak melihat gadis kecil itu di jalan yang gelap.


Media-media China melaporkan, salah satu dari pemandu itu diduga baru saja putus dengan kekasihnya dan ia tengah menelefon ketika melanggar kanak-kanak tersebut. Sementara Shanghaiist melaporkan, salah seorang pemandu itu telah menelepon ayah Yue Yue untuk menawarkan wang. Tawaran itu diajukan sebelum orang itu tertangkap. Shanghaiist, sebagaimana dikutip Daily Mail, melaporkan bahawa orang berkata, "Anda lihat kanak-kanak itu di tayangan CCTV, dia tidak tahu hendak ke mana. Saya sedang menelefon ketika itu terjadi, saya tidak sengaja (melanggarnya). Ketika saya sedar bahawa saya telah melanggarnya, saya berfikir saya akan melihat bagaimana keadaannya. Kemudian ketika saya lihat bahawa ia sudah berdarah, saya memutuskan untuk menekan minyak dan melarikan diri kerana (saya) melihat tak ada seorang pun di sekitar saya."

Dalam tayangan video, van yang pertama kali melanggar kanak-kanak itu hanya sempat memperlahankan kenderaan sejenak. Setelah itu melaju lagi dan tayar belakangnya menggilas kaki kanak-kanak itu. Pihak berwajib di Foshan telah memberi Xianmei Chen (57), seorang pemunggut sampah yang membantu Yue Yue, wang sebanyak 1.570 dollar AS sebagai hadiah. Xianmei adalah orang ke-19 yang melintas. Dia satu-satunya orang yang tergerak hatinya untuk menolong. Perempuan itu mengangkat kanak-kanak malang itu ke sisi jalan. Sebuah perusahaan lain di kota itu juga menawarkan untuk menyumbang 7.500 dollar kepada keluarga kanak-kanak itu dan si penolong.

Ayah Yueyue, Wang, kepada televisiyen China mengatakan, "Yue Yue sangat menyenangkan. Jika saya bertengkar dengan ibunya dan jika ibunya menangis, dia akan memberi tahu kami untuk tidak menangis, ia selalu berusaha untuk menghibur kami. Saya hanya berharap anak saya akan sedar dan memanggil saya Papa lagi."


Kehebatan ekonomi China dan jarak yang luas antara yang kaya dan miskin telah membuat perubahan nilai-nilai sosial menjadi topik perdebatan. Sejumlah orang meratapi apa yang mereka lihat bahawa materialisme telah menggantikan moral. Ramai orang di China jadi ragu-ragu untuk menolong orang yang nampaknya sedang dalam kesusahan kerana khutir mereka akan disalahkan. Dalam sejumlah kes yang mendapat perhatian, orang yang baik harus membayar denda besar kepada individu yang ingin mereka bantu.

Untuk anak-anak yang sangat saya @ kakak @ untie sayang sangat-sangat, terimalah poem ni kay!! lebiu semua..(khas buat anak-anak saja ok....)

Reactions:

0 comments: