16 September 2011

Tip Of Borneo ~ Sabah

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua..
Sekali lagi kita bertemu..

N3 sebelum ni me bagi tau tentatif program sepanjang me berada di sana. Dalam n3 tu ada Tip Of Borneo kan? ha..me nak story skit sal tempat tu. Sebelum-sebelum ni, me tgk gambar member2 yang dh sampai kt sana sangat cantik dan best (mungkin aku ni seorang pencinta alam sekitar kot, sukakan view yang cantik,. tenang). Info ni pun me dapat dari Pejabat Daerah Kudat.. Apa-apa info tambahan, korang klik jer kat sini ok...

Sempang Mengayau ( Tip Of Borneo ) : Sempang Mengayau merupakan titik hujung bagi kepulauan Borneo ( Tip Of Borneo ). Ianya boleh dihubungi melalui jalanraya sejauh lebih kurang 25KM daripada Pekan Kudat. Selain dapat menikmati udara segar, anda juga boleh melakukan aktiviti scuba/diver. Pelbagai kemudahan di sediakan seperti restoran dan juga untuk penginapan. Bentuk bulat yang terdapat dalam gambar tersebut merupakan replika globe besar peta dunia yang menunjukkan dimana anda berada ketika itu.



Dah kebetulan dalam tentatif tu agak gak me story sal rumah panjang dan pantai kelambu, so ini ler infonyer. Gambar search kt pakcik google la k.
Rumah Panjang Bavanggazo : Rumah Panjang Bavanggazo merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati. Ianya terletak di Kg. Tinangol dalam daerah kecil Matunggong. Selain melawat, anda dan keluarga boleh menyewa bilik untuk bermalam, dengan kadar bayaran sewa bilik yang berpatutan. Pelbagai kraftangan suku kaum Rungus dijual disekitar penginapan tersebut. Pada sebelah malamnya anda akan disajikan dengan tarian tradisional suku kaum Rungus. 

Pantai Kelambu : Salah satu pantai yang menarik dan indah. Pantai ini mempunyai keunikan tersendiri dimana ianya menghubungkan pulau kelambu seperti dalam gambar. Keadaan lautnya yang tenang amat sesuai untuk para penggemar divers.

Reactions:

0 comments: