21 September 2011

Salary ~ Gaji

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Dah breakfast belum? Me baru jer lepas. Tadi masa makan tadi, topik yang diutarakan berkaitan dengan gaji, salary yang kita dapat setiap bulan bagi mereka yang bekerja. Tapi yang takdok ghejo, takdok gaji la yer.

Sekali lagi isu in selalu menjadi 'hot topic' di kalangan teman-teman me. Hujung minggu lepas dikalangan kaum adam, kitaorang bincangkan dan berbahas mengenai isu gaji. Dan pagi ni, dikalangan kaum hawa pulak. Kitaorang bincang bukan mengenai brapa gaji yg kitaorang dapat, tapi bincang kemana hala tuju gaji itu dibelanjakan. Korang sure terror kan? ke tak tau nak hbskan gaji korang tu ke mana. Berapa gaji yang korang terima, saya tak nak tau.. Tapi macam mana korang distributi gaji korang tu. Bawah ni list yang cuba sy senaraikan, mungkin sama dengan korang mungkin tidak. Ni hanya pendapat saya semata-mata.
  1. Beri pada parents
  2. Bayar bill utilities - air, elektrik, astro, internet + telephone (rumah parents, bg yg belom ada family)
  3. Bayar installment kereta
  4. Bayar personal loan (if ada)
  5. Bayar bill telephone (personal)
  6. Beli keperluan peribadi ( duit minyak, makan + minum )
  7. Saving
  8. Tak dak dalam senarai
  9. Etc
Saya sangat hairan dikalangan orang-orang yang tak tahu mengukur baju di badan sendiri ni. Sebabnya, ada sesetengah tu, gaji tidak la seberapa, tapi bergaya mengalahkan orang yang bergaji riban-riban. Dan ada pulak tu, gaji melebihi dari gaji saya, plus dengan elaun yang mereka dapat, tp still tak cukup. Nak kata dah berkahwin, belum, dan nak kata beri pada parents masing-masing, tentu-tentu tidak (because i know thier lifestyle macam mana). Yang dah berkahwin pulak, sanggup tak makan, sebab no money dan berhutang pulak tu. Tapi untuk maintenance diri mengalahkan perempuan. If tak dak anak lagi ok la, tapi yang bakal mempunyai anak, macam mana?

Bayangkan anda kerja penat-penat, berpanas, berpeluh semua, kira gaji yang diterima setimpal dengan apa yang anda lakukan, tiba-tiba, gaji yang baru diterima sehari boleh settle tak sampai seminggu. hoooo!!!! No saving. No income any more.

Apa-apapun, for me, sebagai seorang yang berada dalam line account, tiada masalah untuk manage duit sendiri, even utk saving tu, tak sebanyak orang lain, but still have. Kira duit tak putus. Alhamdulillah. Untuk yang lain-lain orang diluar sana, cuba lah manage duit masing-masing. Anda bakal berkeluarga. Banyak lagi duit yang akan digunakan untuk masa hadapan. Dan jangan lupa berkongsi gaji anda untuk golongan yang kurang mampu. Dalam 3 bulan sekali, apa kata, kita menghulurkan sedikit bantuan pada golongan yang kurang berkemampuan, ataupun, tolong ahli keluarga masing-masing. Orang kata, sedikit kita memberi, banyak kita menerima.

InshaAllah, dengan membantu orang lain, rezeki kita tidak putus. Alhamdulillah, itulah selalu yang dipraktikan dalam kehidupan saya dan juga teman-teman lain. Kadang-kadang, tak sangka juga diorang ni, nampak jer gila-gila, tapi jauh di sudut hati, ada kebaikannya. Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh teman-teman yang baik perilaku mereka. Amin. banyakkan amal jariah sementara kita masih bernafas.

So bila sampai satu-satu tahap, walau kita tiada simpanan sekalipun, duit kita tidak putus. Akan ada rezeki didepan. Itulah kebaikan apabila kita banyak bersedekah. Jangan terlalu berhabis-habisan dengan gaji yang diterima untuk keperluan sendiri.

Wallaualam...

Reactions:

2 comments:

Hafiz Blog's said...

Lain orang,lain cara mereka menguruskan kewangan depa..=) tak sama fath..

Fath_n!e$@ said...

yer tau..lain org lain cara diorg manage income diorg. Mslhnya, setiap bulan, pasti ada complain dr pihak lain (yg terpaksa advancekan duit diorg) utk 'golongan' ini. yg bila dpt gaji tak smpai seminggu dh bolh hbs. berbeza time ada duit dengan tak dak duit. cthnya : bila ada duit, restoran mahal pun diorg layan. if tak dak duit, makan pun nasi + telur goreng + kicap. kadang2 tu, nak isap rokok pun minta kt orang...

yg pandai manage itu tak kesah la. tp yg 'golongan' ini..kesian pun kesian....kesian tgk sikap mereka