26 September 2011

My Minds

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum semua (“,)

Lagi 2 hari saya akan terbang ke negeri di bawah bayu ~ Sabah. Ini adalah pertama kali dalam seumur hidup saya untuk menjejakkan kaki di Kota Kinabalu. Seperti entry saya sebelum ni, saya telahpun bagi tentative program sepanjang di sana. Hopefully, semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Dan percutian kali ini hanyalah di kalangan teman-teman rapat saya. Yeah!! Inilah kali pertama percutian paling jauh kitaorang. InshaAllah akan ada lagi susulan lepas ni =). 

Hurm, rasanya ini entry terakhir saya bagi bulan September 2011 ni memandangkan masa yang ada ini pun saya gunakan untuk ‘closing’kan account company. Bukan apa, tak nak nanti banyak benda pending disebabkan ketiadaan saya. Dan last2 saya juga yang akan dipersalahkan sebab bercuti (FYI, saya jarang ambil cuti tau. I lebih rela bekerja. Sebabnya bila saya cuti, even 1 hari, banyak dokumen2 akan berada di atas meja untuk saya semak dan tandatangan. Haiyak!! So ada ler modal2 utk saya dipersalahkan…Cuti saya orang Nampak, orang lain cuti, diorang tak Nampak. ) So, bila saya kata saya nak bercuti, anyone tak leh nak tolak or argue okey? 

Dan saya sangat-sangat berharap agar tiada panggilan dari pejabat nanti. Saya nak tutup handphone, aci tak??? (mungkin tak nak jawab terus, kalau dr office, takut lak tutup2 nanti ada emergency kol dr family saya).  Saya nak cuti puas-puas bagi penutup tahun 2011 ni. Sebabnya, saya sendiri akan membekukan cuti saya selepas ini sehinggalah February 2012. Tapi bergantung pada keadaan juga, Jika ada urgent or emergency case yang memerlukan saya bercuti, nak wat genoo.. Saya hanya mampu merancang, tapi yang di atas menentukan segala-galanya. Dan bila saya beri tahu pada rakan-rakan kerja, diorang membuat kesimpulan, saya menyimpan cuti tahun 2011 utk di bawa ke tahun 2012 adalah untuk kahwin. Hahaha..!!! Doa rakan-rakan. Amin. Mana la nak tau kan, kot2 p Sabah nanti terjumpa plak prince charming kat sana. Who knows, rite? =)

2012 bakal meninjakkan usia saya ke-27. Saya muda lagi kan? Since skrg ni pun (contoh terdekat sewaktu open house di wisma) one of this untie kata, saya baru habis belajar. Oh so sweet!!! Thanks untie. Bukan tak dapat terima kenyataan yang usia semakin meningkat, tapi tak dapat terima kenyataan bila orang kata saya ni baru graduate. Wink!!! Apa yang penting, saya happy dengan life saya, happy go lucky di samping teman-teman yang kepala pun
gila-gila. Smile…!!! Mungkin itulah rahsia nya even pada 1st impression orang yang belum kenal saya, saya seorang yang sombong dan serius (itu dah biasa sangar dengar). Apa-apapun, orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal, jangan plak jatuh cinta dengan saya tau (poyo). Dan berharap, akan ada perubahan pada tahun 2012 nanti. InshaAllah. 2011, banyak impian dah tercapai. Contohnya untuk memiliki apa yang diimpi (that’s why ler rancangan utk mempunyai PC tiada dalam kamus hidup setakat ini, sebab terlalu byk sangat vision dalam hidup ni. Tapi teman saya kata, saya ni menunggu sangat itu ‘olang’). Hurm, mungkin. Sebab tu kot, bila orang ajak ‘kawan’ saya buat lebih kurang jer. Bagi pandangan saya, better jangan kalau hati tak rela dan kesian pada pihak di sana. So peace no WAR!!! Argghh dah ler cakap pasal hati dan perasaan ni. 

Sekarang kita cerita mengenai ‘inssiden’ pada Jumaat lepas. My boss, kalau saya tak jumpa dia dalam sehari tu, mesti dalam jam 5.00 lebih akan intercom saya (jangan fikir bukan2 na, he likes my father). Panggil untuk hadap dia. I thought sebab ada hal-hal urgent ker? Dah ler hari tu memang hari sibuk saya. Nak settle kerja-kerja sebelum cuti, dan Jumaat tu adalah hari last saya puasa 6 dalam bulan syawal, tentu-tentu la saya akan balik sharp (even hari tu balik kul 6 lebih jugak..) Korang nak tau, dia just nk ajak sembang. Aduih, boss2, u so funny la. Lagi pun hari tu pun dia puasa jugak, Biasala, bila bapak bertanyakkan anaknya. Sembang pasal percutian saya nanti, dan dia siap suggest kat saya untuk pergi Europe plak lepas ni, sebab dia dah pernah pergi, 7 buah Negara, dalam masa 2 minggu. Perghhh!!! Terbaik. So perbualan kami semakin rancak la. Kehkeh. 

My boss said, saya ni kaki jalan. Yes!! Off course. Peluang dah der depan mata, buat apa kita nak tunggu. Kalau tunggu, memang tak pergi la. FYI, kalau ikutkan, saya yang booking ticket flight pi Sabah dulu (dalam bulan February) dan boss saya booking dalam bulan May, kalau tak salah saya. Sebabnya, saya yang tolong booked kan. Hahaha. Dan dia fly bulan June. So, dia berkongsi la tempat-tempat yang dia dah sampai. Thanks boss. Saya ada bertanyakan soalan private pada my boss (sbbnya ada khabar angin dr pihak lain), mengenai kontrak beliau, samada ada beliau nak continue or not. But dari 6th sense saya, dan pandangan peribadi saya, beliau tidak akan menyambung contrct beliau. Oh!! No!! He’s a good boss, even kekadang saya ter’tension’ jugak. Tapi dari segi lain, beliau sangat baik dan bagus. Tapi, bila saya bercakap dan beri pandangan sebagai seorang anak kepada ayahnya, better my boss tak continue. Pandangan ini, hanyalah pandangan seorang anak. Saya tak nak dia pressure dah dengan kerja-kerja. Tambahan pula, lately beliau nampak tak larat. Biarlah dia berehat di rumah bermain dengan cucundanya. Dan begitu juga bila mana, bonda saya sendiri akan bersara tahun depan. Hoyeaahhh!! I loike. Sangat suka ok!!! Bukan apa, sian mom, dah berpuluh tahun mom kerja untuk menyara kami adik beradik. Now semua anak-anak mom dah pun bekerja. Even my lil.bro, AB further study balik. Tak pa, AB, kak cik dan kak ngah boleh support you. Jangan risau. Tak dak masalah. 

Anak mana yang tak suka bila parents diorang ada banyak masa lepas ni. Hahaha!! Dan taman perumahan saya bakal menjadi taman pesara. Hahaha!! Ramai dah jiran tetangga yang mana saya kenal sejak lahir yang masih tinggal di sini. Hurm, ramai-ramai. Tak dak tak berpindah. Semuanya orang lama-lama. Best wow!!! Siap boleh tubuh kelab pesara taman kot lepas ni…=)

Alamak!! Panjang berjela dah rupanya entry kali ni. Sure korang borink kan? Sorry bangat. Okey2x, saya stop kat sini dululah entry untuk kali ni. So berjumpa lagi minggu depan dengan cerita mengenai percutian saya. Yang tu akan banyak part by part + gambar yang best. Sebelum itu, saya ingin memohon 1000 keampunan pada kalian semua sepanjang penulisan saya ini ada yang terguris perasaan samada secara sengaja mahupun tidak. Doakan perjalanan dan percutian saya bersama teman-teman selama 5 hari nanti dilindungi oleh-Nya. (baik minta maaf awal-awal, takut gak apa2 terjadi, malang tidak berbau, betul x?). Pada my family, kak cik minta maaf byk2 k dan halalkan makan minum.

Chop!!! Saya nak gak selitkan liri lagu ni. Sebabnya masa taip entry ni, saya dok layan lagu ni. So, agak menjiwang jugak ler. Korang layan jer k! TQVM

Cintai aku dengan hati mu seperti aku mencintai mu,
sayang aku dengan kasihmu, seperti aku menyayangi sepenuh hatiku.
I will the last for you, and you will the last for me
(Song by UNGU, title : Dirimu Satu)

See you next entry, InshaAllah. Bye bye…
Salam Sayang buat kalian,
Ikhlas dari :- Fath_Niesa (26/09/2011)

Reactions:

0 comments: