14 September 2011

Ilmu ~

BY Fath_n!e$@ IN 3 comments

Salam semua...
Apa khabar? Hopefully semuanya dalam keadaan baik2 belaka.
Sihat tubuh badan, waras akal fikiran.
Actually, n3 ni me nak post dah lama. Cuma bila ada input baru masukkan sedikit demi sedikit. Buat sikit, save as draft, wat skit, save as draft. Dekat 2 minggu jugak ler. Bila nak wat posting mengenai ilmiah ni, research kena lebih. Bukan simply2 post jer kt dlm blog ni. Jom kita baca skit pengertian ilmu ni, even ramai yang dah tau kan?

Artikel ni me dapat dari Mr. Wikipedia :-
Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.

Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.

Sebenarnya, tujuan post me kali ni adalah untuk menyatakan bahawa, "yang membezakan seseorang itu dengan orang lain adalah ilmunya." Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;
1. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”

2. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.
Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana”

3. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.
Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

4. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

5. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

6. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

Sumber dari JKIM...

Jadi, dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk. (",)

(Tetiba teringat lagu masa pi kursus motivasi UPSR ~ Ilmu itu pelita hidup, kunci setiap kejayaan.......)

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Reactions:

3 comments:

Sang pemerhati said...

‎"Katakanla (wahai Muhammad) , " sekiranya lautan menjadi tinta untuk menuliskan kalimah-kalimah Allah (nikmatNya, ilmuNya, rahsia2 alam semesta yg diciptakanNya), nescaya tinta itu aka habis (lebih dahulu) sebelum selesai ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, sekalipun Kami mendatangkan tinta sebanyak itu lagi.."

(surah Al-Kahfi ayat 109)

Sang pemerhati said...

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(Luqman 31:27)


subhanallah....

Fath_n!e$@ said...

thanks en.saf