23 September 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

BY Fath_n!e$@ IN 3 comments

Assalamualaikum semua.
Salam 1Malaysia.
Tajuk n3 saya kali ni, mengenai Budi Bahasa Budaya Kita. Kenapa saya memilih tajuk ni adalah kerana, rentetan dari satu kes saya sendiri hadapi dalam minggu ini. Bukan sekali dua kes ni berlaku. tapi dah banyak kali. Tapi kali ni, sangat menarik minat saya untuk postkan n3 ini.

TIDAK.. tidak. Bukan, saya bukan nak cakap pasal kempen budi bahasa budaya kita tu tapi saya nak cakap tentang sikap segelintir dari manusia yang tiada budi bahasa, yang tak tahu nak hormat orang lain walaupun orang tu tidak dikenali, tetap tidak wajar untuk tidak menghormati individu lain. Eh, apa yang saya marahkan ni sebenarnya ya? Sebenarnya tak marah cuma nak meluahkan perasaan tentang apa yang saya alami 2 hari lepas. Kadang-kadang saya rasa kesian dengan golongan-golongan ini. Bukan tak pandai, pandai. Tapi disebabkan sikap mereka itu, menampakkan mereka itu seorang yang b***h.

Budi bahasa melambangkan keperibadian seseorang. Setinggi mana pun kita berada, sehebat mana pun jawatan kita, samada kamu itu seorang CEO, COO, MD, IR sekalipun, jika sikap kamu yang tidak tahu hormat akan orang lain, you are nothing!!! Apa la salahnya, jika kita bercakap secara berhemah. Hal ini terjadi, ketika mana 2 hari lepas (21/9/2011) saya kol salah seorang konsultant hanya untuk bertanyakan beberapa soalan sahaja. Biar saya namakan dia sebagai Mdm.A. Inilah satu-satunya manusia yang saya jumpa, menjawab panggilan client dengan nada yang tidak dapat saya gambarkan. Ego!. Kerek! Sombong! Jika company saya mempunyai staff begini, rasanya ia satu kerugian pada company. Itu jer yang mampu saya katakan.

Memang tak dinafikan kesabaran saya sangat teruji pada masa itu. Kalau nak cari pasal, memang tak dak masalah. Tapi bila difikirkan balik, Alhamdulillah, saya masih rasional. Tahap kesabaran saya dapat dikawal sebaiknya. Kalau saya argue dgn Mdm.A, saya juga seperti dia. Hanya kerana saya bertanya macam mana boleh tiada dokumen tersebut sedangkan pihak saya telah mengepilkan sekali bersama-sama report yang dihantar, dan telah terang2 dalam surat tersebut menyatakan yang dokumen tersebut telah dihantar bersama-sama report. dan dia berkata --> "Are you asking me????" Menyirap darah juga time tu. Istighfar panjang jer aku time tu. Disebabkan saya malas nak layan orang macam tu, cepat-cepat saya minta untuk undur diri. Ikutkan hati nak jugak bahasa dengan dia. Hurm.. Sebagai kaum sejenis dia, malu kot. malu dengan sikap dia. Satu saja, saya sangat kesian dengan orang macam ni. PR dia tak bagus.

Dan semalam (22/9/2011), saya dapat panggilan dari Mdm.A. Pada hari sebelum itu lagi saya dah tau, saya berada dipihak yang benar, dan dia dipihak yang salah. Semalam, dia kol kata dan menyatakan bahawa, dokumen tersebut ada dalam simpanan mereka, dengan tanpa bersalah. Tanpa memohon maaf, dan masih dengan suara yang ego + kerek. Tak pa la Puan A. Semoga anda bahagia dengan sikap kamu itu. Di mata saya, kamu kecik saja, walaupun pangkat kamu dan gaji kamu lebih besar dari saya.





Reactions:

3 comments:

Hafiz Blog's said...

Lepas ni Fath blehla tulis satu tajuk yang seaakn sama juga dengan tajuk yang ini..BAHASA jiwa bangsa..=) Cadangan je..

Fath_n!e$@ said...

InshaAllah...tapi saya kena tukar semua penulisan saya...hahaha...n3-n3 sebelum ni byk tunggang langgang..satg tulis tak serupa bikin pulak

Fath_n!e$@ said...

BTW, thanks for the suggestion