14 August 2011

Kuih raya pilihan

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua...
Selamat tengahari...korang dh bangun lom nih???aiyakkk..posa2 gak, jangan tidoq berlebihan naaa...makruh, penat jer posa t....

Ok la, skrg ni me ngah wat senarai jenis kuih raya dan barang yang nak kena beli yg me nak buat utk tahun ni.
Gi pun dah nk masuk minggu ke-3 kita berpuasa. Selalunya me akan plan kerja2 rumah sepanjang bulan posa ni. U ols dah bac kan n3 sebelum2 ni "Rangka-kerja". So, itu lah plan me sepanjang bulan ramadhan ni. 

Hurm, kuih yang menjadi pilihan me seperti tahun lepas, 1 biji kek coklat (my feveret, so wajib setiap tahun, tak pernah miss), conflake madu & Almond flake serta 1 resepi baru yang me dpt dr Pn. Akmar, iaitu biskut sarang semut. Baru nk cuba. Ntah jadi ntah tidak.tunggu dan datang ler rasa nanti k.....Jom me kongsi resepi2...


BISKUT SARANG SEMUT

Bahan :
350 gm tepung gandum + 100 gm tepung jagung
1 buku mentega (250 gm)
100 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
sedikit hiasan - manik atau apa-apa sesukahati anda

Cara :
1. Ayak kedua jenis tepung.
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar. Masukkan esen vanila.
3. Dah rata, masukkan tepung dan gaulrata adunan.
 ------------------------------------------------------------------------------------

Biskut Conflakes Madu

Bahan-bahan :
2 kotak kellogs conflakes
1 1/2 cawan madu
1 cawan butter
Sedikit gula - jika perlu
Sedikit bijan
Sedikit ceri
paper cup

Caranya :
  1. Panaskan butter.
  2. Masukkan madu dan gula.
  3. Kacau perlahan hingga gula larut.
  4. Masukkan conflakes ke dalam bekas.
  5. Kacau bahan-bahan yang dimasak ke dalam consflakes.
  6. Masukkan consflakes yang telah sebati ke dalam paper cup.
  7. Tabur bijan dan ceri ke atas consflakes.
  8. Bakar dalam masa 2-3 minit.

Selamat Mencuba yer....(",)

Reactions:

0 comments: