09 July 2011

Pertama Kali.....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua....
Hari ni me nak kongsi pengalaman pertama seumur hidup me atas muka bumi Allah ini...
Sure uols semua tertanya-tanya apa kebendanya budak sorang ni kan?
FYI, me baru pertama kali merasa buah kiwi....hahahahaha.....
Itu lah pertama kalinya..

Sebelum-sebelum ni, mom try paksa me suh makan n coba buah kiwi ni. Ntah macam mana, mom dok makan2 depan me, tetiba terasa lak nak minta sepotong....hurmmm!!!!!! yummy!!!!!!!! rugi ngok tak coba dari dolu..hahahaha..rugi2.. EVen dari kecik lagi mom dok bising2 kat me khasiat buah yang kaya dengan vitamin E ni..Me mcm biasa, wat deeekkkk jer..Masuk kanan kuar kiri....But now, tidak lagi... Setiap kali habis, me akan p cari lagi kat Tesco....

Jom, me nak kongsi skit pasal khasiat buah kiwi........
Buah kiwi merupakan buah mengandungi banyak khasiat. Ia mengandungi sumber yang paling mewah dengan vitamin E yang jarang boleh didapati daripada lain-lain jenis buah-buahan. Kandungan vitamin E di dalamnya 2 kali ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan buah avocado.

Vitamin E penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Sebiji buah kiwi juga mengandungi 17 kali lebih banyak Vitamin C berbanding epal, 2 kali lebih banyak dari oren dan lemon.

Vitamin C membantu mengelakkan batuk dan selsema serta meredakan ketegangan. Selain dari pada itu kiwi juga mengandungi magnesum, kalsium dan fosforas. Ia juga sumber serat yang terbaik. 

Erm, amacam? Tp me tau, uols semua mmg dah makan buah ni dari dulu kan? me jerrr terlambat merasai nikmat buah kiwi ni.....

Reactions:

0 comments: