28 July 2011

Mimpi....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Assalamualaikum semua…
Masa mula sy menaip entry kali ni, jam menunjukkan 11.33p.m. Malam ni sekejap jer on FB & YM sebab td ada keja kena settle. Blend cabai…(^_*). Bukan apa, stock cabai yg dah di blend dah nak habis, kebetulan esok malam ingat nak wat makan-makan skit kat ofis. Dan sy ingat nak masak spagetty utk diorang. So senang la bila dah der bahan-bahan mentah. Masak mmg fevered sy, tapi bergantung pada lapangan sy. Semenjak bekerja di company sekarang, keadaan dan kelapangan masa tu terhad sangat. Komitmen…isokay!!!!
Actually sy bukan la nak bercerita pasal masak-memasak nih. Saya nak berkongsi pengalaman sy mengenai mimpi. Kenapa tiba-tiba saya boleh terfikir mengenai mimpi? Musti persoalan itu timbulkan? Hurm, Dari semalam lagi sy nak post entry ni, tp masa tak mengizinkan. So hari ni sy melunaskan ‘hutang’ tersebut. Kebetulan semalam atau 2 hari lepas, one of my friend letak pd status FB dia mengenai mimpi patah gigi.
U ols pernah tak dengar kata-kata ini -à “orang tua-tua kata, kalau mimpi patah gigi (tak sure la gigi atas ke bawah)maknanya, ada orang yang terdekat a.k.a rapat dengan kita akan meninggalkan kita.” Dalam erti kata lain, meninggal dunia. Pernah x? Mesti pernah kan? Sy pernah terdengar, sebab tu sy boleh tau apa ‘org tua2’ kata…=p… Nuazubilla.. Minta simpang semua tu kan. Itu semua kerja Allah. Kita tidak tahu bila kita akan kembali pada-Nya. Bersedialah kita dengan bekalan secukupnya….
Nak percaya atau pun tak, sama banyak. Betul tak??? Apa yang mampu katakana dan berkongsi dengan u ols, sy pun pernah bermimpi patah gigi. Semua pulak tu. Last2 dalam mimpi tu sy mimpi sampai terjaga dari tido…Astagfirullahal’zim… Memang sy mengucap panjang. Mimpi tu sebenarnya sy tak ceritakan pada sesiapa pun. Kejadian ni jadi masa sy berada di university. 2nd year. Sebab saya tau, bila sy cerita, benda dan info yang sama akan sy dengari untuk kesekian kalinya. So, nak dijadikan cerita, selang beberapa minggu, hari Sabtu jam 10.30pg macam tu, saya dapat kol dari my sister mengatakan wan (sekarang dah arwah) nazak.
Then dalam saya dok bersiap2 untuk balik ke kampung iaitu di SP, sementara menunggu my friend utk tlg drive balik dr kelas, my sis kol skali lagi mengatakan wan sudah tiada, beliau telah kembali ke rahmatullah. Innalillah… semoga arwah wan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah….. Semasa o.t.w, saya teringat akan mimpi patah gigi saya… So, antara percaya atau tidak percaya, bila telah berlaku pada saya sendiri, %san utk percaya lebih berbanding tidak percaya….
Wallahua’lam…

Reactions:

0 comments: