08 July 2011

Nian Di Hati.....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua....
Selamat pagi.......
Salam bagi segala penghulu hari.....

Setiap pagi, setiap permulaan hari me, me tak nak ada sebarang kecacatan berlaku. Contohnya, mencemari telinga yang dikurniakan Allah dengan mendengar kutukan atau sebarang cakap-cakap belakang mengenai hal-hal orang lain. Sejujurnya, me bukan lah insan yang baik, yang tak pernah melakukan kesalahan mahupun dosa. Tetapi jauh sekali disudut hati me ni, nak berubah. Mengurangkan dosa2 yang sedia ada. Me pernah menghadiri kelas2 ilmu dan mendengar bahawa orang yang mendengar perihal orang lain, dosanya sama sj dengan orang yang bercakap @ mengutuk mengenai orang lain. 

Macam mana nak kata yer? Kiri kanan depan belakang semua sama. Nak tak nak, sedikit2 me terdengar juga. Macam mn tu? Macam mana me nak melarikan diri dari mendengar semua ini. Ya Allah, lindungilah hamba-Mu yang lemah ini. Aku tak nak lagi menambahkan dosa-dosa yang telah sedia ada.

Even time makan pun, ada saja gossip2 yang ditimbulkan. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Sehingga orang yang berada disitu tegur, kenapa diam? Sehingga aku berterus terang mengatakan --> pagi2 dah kutuk orang.... Si empunya diri --> bukan kutuk, tp ni realiti...... Me malas nk layan...Subhanallah...Masyaallah.... realiti2 macam ni la yg boleh menyebabkan seseorang itu senang-senang mendapat dosa. Kadang-kadang me dh mls nak tegur. Better diam dari berkata-kata......

Me berdoa supaya me dijauhkan dari semuanya....
Me tak nak menanggung dosa yang mudah sj dibuat....
Wallahualam.....

Reactions:

0 comments: