14 July 2011

Insan yang bergelar LELAKI.....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua...
This morning tetiba aku ingin post kan entry ni...
Entry ni, bukan la bersikap untuk diskriminasi pada kaum lelaki, tapi...

Untuk pengetahuan korang, aku agak fobia dengan insan bergelar lelaki. Lelaki membuatkan aku takut untuk membuka pintu hati aku ni untuk golongan tersebut. Tapi tak bermakna aku pernah kecewa dengan lelaki. Kekadang terlalu banyak permasalahan dari pihak2 yang rapat dengan diri ni yang kadang-kadang menceritakan tentang masalah yang mereka hadapi. Aku menjadi tempat untuk mendengar masala mereka. Apa yang aku dapati, diri aku semakin lama, semakin fobia dengan kaum ini.

Tapi jangan salah sangka. Aku tak berminat terhadap perempuan pun. Bagi aku, kasih sayang yang dianugerahkan oleh-Nya kepada aku terlalu tinggi nilainya. Dan tidak semudah untuk aku berikan kepada lelaki diluar sana. Bukan aku bersikap terlalu memilih, cerewet dalam memilih atau bercakap soal jodoh, tapi aku terlalu berhati-hati dalam semua hal. Sakit wooo jika dikecewakan. Tak sanggup aku... Biar lah, kasih sayang yang masih suci ni, hanya sekali dan untuk seseorang yang betul-betul sayang & kasihkan aku. Hopefully....

Betul! Aku sukakan someone. Tapi aku dah decide utk tidak berharap pada dia lagi... Just ignore & forget about him.... Nak kata umur meningkat, itu mungkin akan memeningkan kepala kalau terlalu memikirkan pasal umur. For me, ok jer. Tak nak terlalu memikirkannya.... If ada, ada...seperti sebelum2 ni yang me katakan... Apa yang best, my famili memahami, dan tidak mendesak atau bertanya. Cuma orang-orang luar saja yang sibuk mengenai status aku. Cuma 1 2 kali jer mom tanya, tapi itu pun selepas mom pulang dari umrah.. Then sekarang ni dah senyap sendiri.

Lelaki.....oh lelaki....
Maaf yer pada golongan ini...Kalian telah membuatkan kaum hawa yang sorang ni, takut pada kalian.
Aku takut dibohongi, ditipu, dilukai....

Betul, perkahwinan perlu saling melengkapi bukan mencari yang lengkap, perfect. Sebab dalam dunia ni nobody perfect. Kita perlu menerima baik buruk pasangan kita. Kenapa dulu, bau kentut pun wangi, tapi lepas kawin, busuk semua nya..itu satu hal. Dan dalam sesebuah perkahwinan, mana ada yang tenang sj...Mesti ada pasang surutnya. It's normal. Betul... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hsbd n wife. Cuba bayangkan, ada yang berkahwin 10 tahun, 15 tahun, pun ada penceraian berlaku.  Betul! Itu takdir. tapi kenapa perlu salahkan takdir. Sepatutnya kita kena menerima semua keburukkan pasangan kita. Dan kepada pasangan, apabila dah berumah tangga, perlulah tau batas-batas pergaulan kalian dengan orang luar, baik lelaki, mahupun perempuan.

Tapi ada juga pasangan di mana, si isteri baik dari segala hal, jaga makan minum, didik anak sebaik mungkin, jaga pakaian semua, bekerjaya pulak tu, apa lagi yang tidak cukup. Si suami boleh juga ada fair diluar. Dan begitu juga sebaliknya... Apa lagi yang tak cukup di sesebuah perkahwinan itu sehingga sanggup masing2 menduakan pasangan masing2? Sekadar suka-suka ker? Hobi? Apa yang tidak cukup? Apa yang korang mahukan? Aku tak faham kenapa semua ni berlaku...tapi tolong la jangan salahkan takdir. Jangan kata ini semua soal jodoh. Ya Allah.... Allah itu Maha Adil. Hanya umat-Nya yang DIA sayang sahaja akan diuji sebegitu. Tapi macamana kita mengharungi dugaan tersebut, menangani masalah tersebut, semua itu terpulang pada kita.

Macam mana tu? Macam mana aku tak takut...Perkahwinan macam satu perjudian hidup. Kalau bermain dengan baik, fokus, InsyaAllah kita akan menang. tapi adalah disebaliknya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Aku terlalu memilih??? Yes!!! I admit that... Cuba bayangkan kalau orang yang kita tahu hikayat hidup dia datang melamar, takkan kita nak trima? itu bukan ker memilih? itu satu keadaan yang simple. lain2???

Apa yang aku boleh buat sekarang, aku akan berdoa kepada-Nya menemukan aku dengan seseorang yang boleh membawa aku ke jalan yang benar & diredhai oleh Allah, menjadi nakhoda dan imam dalam kehidupan aku serta saling melengkapi antara satu sama lain.....Aminnnn..Doakan yang terbaik buat diri ini.

Ya Allah, jauhkanlah perasaan takutku pada kaum ini Ya Allah....
Tak semua mereka seperti itu.
Mereka tak bersalah...
Hanya sebahagian kecil saja yang begitu....

Sekian......


Reactions:

0 comments: