08 June 2011

Info : Mengenali Sifat2 Allah....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam Semua....
2day, me nak kongsi skit sal info yang me dapat from tenet. Just for sharing dgn u ols...Sangat menarik minat me, so apa salahnya me kongsi dgn korang semua lak kan???
Jom kita baca nih.....

Tuhan itu Pengasih dan Penyayang dan Tidak ada Bandingan Kasih SayangNya dengan sesiapun di muka bumi dan di tujuh petala Langit.Mereka yang Mengenal Perkataan Rahman dan Raheem dengan erti kata bahasa terjemaahan tetapi tidak mengenali Erti Makna di sebalik Terjemaahan adalah bukti mereka belum mengenali SIFAT - SIFAT Allah SWT Yang Maha Mulia ini Ar Rahman dan Ar Raheem.Mengenal kedua -dua Sifat ini adalah Wajib jika tidak serupa kita membaca seperti se-ekor burung yang tidak kenal makna-nya, mereka yang telah mengenal maknanya dan Hikmah di sebalik Perkataan Sifat ini akan 24 jam menghayati SIfat Maha Penyanyang dan Pengasih dalam hidup nya dan setiap Tarikah dan hembusan Nafas.

Tetapi bila kita bahaskan pula sifat Pengasih dan Penyayang kepada makhluk-Nya, sekali lagi kita merasa kagum. Dia sangat kasih dan sayang terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya. Kasih sayang-Nya tiada batas dan hadnya. Kasih sayang Tuhan pula tanpa bersebab atau berkepentingan. Kalau seorang ibu mengasihi anaknya hatta nyawa sanggup dijadikan tebusan, namun kasih sayang Tuhan melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya. Kerana DIA lah yang menciptakan kita dan Menyanyagi Penciptaan Nya, dan Dia sentiasa mengharap mereka Kembali Ke Kampung halaman mereka iaitu Syurga yang pernah kita duduk sewaktu kita dalam Sulbi Nabi Adam AS.

Dia juga tidak pilih kasih. Manusia walau apa bangsa, bahasa, agama, warna kulit serta berbagai taraf kedudukannya di tengah masyarakat tetap mendapat kasih sayang Tuhan.Tetapi Dia amat Menyanyagi Mereka yang beriman dan Bertaqwa.

Banyak bukti yang menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya, antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:
�Dia yang menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan dan langit bagaikan binaan dan diturunkan danpada langit itu air (hujan) maka darinya dikeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu. Maka dengan sebab itu janganlah kamu mencipta sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahuinya. (Al Baqarah :22)

Firman lain yang bermaksud:
�Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang dan bintang yang bergerak amat berguna pada nelayan, Allah menurunkan dari langit hujan maka ia menghidupkan bumi yang mati dan dibiakkan di atasnya segala macam haiwan, dan dipindahkan angin dan awan di antara langit dan bumi, itu semua sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berakal.

Allah sangat kasih kepada hamba-Nya yang menurut perintah-Nya namun bagi yang terlanjur dan banyak melakukan dosa; Allah tetap memujuk agar tidak berputus asa dari kasih sayang-Nya.

Ini jelas dalam sebuah firman-Nya yang bermaksud:
�Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas ke atas din sendiri, janganlah kamu berputus asa dan kasih sayang Allah, sesungguhnya Allah boleh mengampuni dosa-dosa semua, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Mari kita lihat lagi kasih sayang Tuhan kepada kita.Sewaktu kita di uji dengan kesakitan Dialah yang menyembuhkannya. Sewaktu kita lapar dan kehausan, Dialah yang memberi makan dan minum. Sewaktu kita keseorangan, Dia kurniakan suami atau isteri serta anak-anak agar rasa terhibur. Sewaktu dilanda masalah, Dialah yang memberi jalan penyelesaiannya. Sewaktu kita berhajat kepada sesuatu, Dialah yang menunaikan hajat yang kita pinta itu. Kalaupun tidak semuanya dikabulkan tapi ada juga sebahagiannya yang telah dikabulkan. Kalau mahu dihitung terlalu banyak bukti menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada kita. Cukup sekadar beberapa contoh membuktikan begitulah kasih sayang Tuhan kepada hamba-hamba-Nya.

Murka Tuhan Berhikmah

Walaupun hebat kasih sayang Tuhan, namun Dia boleh murka kepada hamba-Nya. Tetapi kemurkaanNya berhikmah dan mengandungi pengajaran. Sebagai contoh apabila berlaku kemarau panjang di sesebuah tempat, musnahlah tanaman dan banyak haiwan yang mati; manusia juga merasai kesengsaraan akibat kekurangan makanan. Mengapa Allah biarkan manusia menderita, memusnahkan tanaman haiwan ternakan? Apakah Allah tidak kasih kepada makhluknya? Sebenarnya takdir yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah ingin menghukum kesalahan manusia di dunia supaya kita terlepas daripada hukuman-Nya di Akhirat yang maha dahsyat. Selain dari itu hikmah di sebalik musibah ialah agar manusia merasai betapa lemah dan dhaif hingga tidak berupaya berhadapan dengan kekuasaan Allah SWT. Ini menyedarkan kita sebagai hamba lebih baik menyerah saja kepada Allah SWT. Musibah juga bagi orang yang beriman ada dua maksud iaitu sebagai penghapusan dosa dan sebagai pengangkat darjat di sisi Allah bagi yang tidak berdosa.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
�Setelah seseorang itu tercatat namanya di Syurga dan dia tidak berupaya mencapainya melalui ibadah, maka Allah SWT mendatangkan ujian yang dengannya dia bersabar maka kekallah namanya sebagai ahli Syurga. (Riwayat At Tabrani)

Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya:
�Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri). (Riwayat Al Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
�Tiada seorang mukmin ditimpa kesakitan, kepayahan, penyakit, kesedihan hatta duri yang menusuk, kecuali dengan itu menghapuskan dosa-dosanya. (Riwayat Al Bukhan)

Sebab itu kalau manusia faham, dia akan tenang menghadapi ujian itu. Sebaliknya jika dia tidak faham maksud Tuhan, kemudian tidak sabar, maka dia berhadapan dengan dua kesusahan. Pertama kesusahan kerana ujian kemarau yang menimpa. Kedua, susah hati dan menderita dengan kesusahan tersebut.

Reactions:

0 comments: