01 June 2011

Antara sifat orang yang munafik ialah...

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Maksud Hadis Nabi SAW: " Segeralah kamu dengan amalan amalan soleh, fitnah akan berlaku saperti sepotong malam yang kelam, pagi seorang lelaki (perempuan) itu menjadi mukmin  dan petangnya menjadi kafir, petangnya menjadi mukmin dan paginya menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan mata benda dari dunia".( HR Muslim)

Rasulullah SAW mengingatkan umat bahawa terdapat ramai umat Islam yang bertukar tukar di antara iman dan kufur dalam masa satu hari.Siang beriman malam bertukar menjadi kufur.Malam beriman tetapi siang pula bertukar menjadi kufur.Ini berlaku kerana mereka sanggup menukar Islam itu dengan kepentingan dunia saperti kepentingan politik, kuasa, pangkat, jawatan, harta benda dan sebagainya.Ramai orang yang tidak sedar kerana adakala kemunafiqan, kemurtadan dan kekafiran berlaku tanpa melahirkan tanda jelas.Minta Allah lindung kita dari perkara tersebut.

Keadaan dan suasana umat Islam hari ini sangat membimbangkan kerana telah berlaku apa yang di cerita dalam Hadis tersebut.Umat Islam bertukar menjadi munafiq atau kafir hanya dengan sekelip mata.Bahkan ini berlaku bukan sahaja kepada individu individu (orang awam),  berlaku juga kepada negara,harakah,ulama dan pejuang pejuang Islam.Samada di sedari atau tanpa sedar.Individu, harakah atau negara yang mengaku Islam tetapi berpegang dan mengamalkan sistem sistem sekular dan tahgut dalam perjuangan dan pentadbiran nya itu lah Munafiq.

Mereka yang mengaku Islam tetapi menolak untuk berkawan dengan orang mukmin sebalik nya berpaling dan berkawan rapat dengan orang kafir juga adalah munafiq saperti yang di firmankan Allah yang bermaksud:

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafiq bahawa:sesungguhnya disediakan untuk mereka azab yang pedih.Yaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang mukmin.Tidaklah patut mereka (orang munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya adalah milik Allah (yang diberikan kepada sesiapa yang di kehendaki Nya).Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintah Nya) di dalam kitab (al Quran), yaitu: apabila kamu mendengar ayat ayat keterangan Allah di ingkari dan di ejek ejek (oleh kaum kafir ), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memperkatakan soal lain.Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentu lah kamu serupa dengan mereka.Sesungguhnya Allah akan menghimpun sekalian orang munafiq dan orang kafir di dalam neraka Jahanam". (al Quran Surah al Nisa ayat 138 -140)

Wallahu'alam.

Reactions:

0 comments: