26 April 2011

Info : Wisdom Teeth

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments


Hi All...
Info ni, me dapat dari my friend, dimana, dia juga seorang doktor gigi.... Thanks babe, for the info...& tips selepas operation....


Gigi geraham bongsu adalah sejenis gigi geraham iaitu gigi yang tumbuh di bahagian belakang rahang. Biasanya manusia mempunyai gigi geraham pertama, kedua dan ketiga. Gigi geraham bongsu adalah geraham yang ketiga. Sekiranya terdapat cukup ruang di dalam rahang dan susunannya baik, ianya akan tumbuh di belakang gigi geraham kedua. Masa pertumbuhan adalah sekitar usia seseorang lewat belasan tahun atau awal dua puluhan. Biasanya terdapat empat geraham bongsu iaitu di rahang bawah kanan dan kiri; dan rahang atas kanan dan kiri. 

GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK (IMPACTED WISDOM TEETH) 
Gigi terimpak adalah gigi yang gagal tumbuh sepenuhnya di tempat yang sepatutnya. Sering terjadi pada gigi geraham bongsu. Ini adalah disebabkan tidak cukup ruang di rahang kerana ketidakseimbangan saiz gigi dan rahang; atau disebabkan arah pertumbuhan gigi yang tidak betul. 

KLASIFIKASI GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK 
Doktor pergigian menggunakan istilah tertentu untuk menggambarkan kedudukan gigi geraham bogsu terimpak. 

1.                 Terimpak ke mesial                   
Kedudukan terimpak yang paling sering terjadi. Ini menggambarkan kedudukan gigi yang tercondong ke depan menghadap depan mulut. 

2.                 Terimpak vertical                   
Kedudukan gigi menegak seperti gigi lain di rahang tetapi kedudukannya rendah dari gigi lain. 

3.                 Terimpak horizontal                   
Permukaan mengunyah gigi geraham bongsu menghadap ke bahagian depan mulut dan kelihatan gigi terbaring hampir bersudut  tepat dengan gigi geraham kedua. 

4.                 Terimpak ke distal         
Gigi geraham bongsu tercondong menghadap ke belakang. Arahnya bertentangan dengan terimpak ke mesial. Selain daripada itu terdapat juga gigi geraham bongsu yang terimpak oleh tisu lembut iaitu gigi sudah melepasi tulang rahang tetapi sebahagian permukaannya ditutupi gusi, dan ada yang terimpak oleh tulang rahang di mana gigi masih terkandung di dalam tulang rahang. 

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMERLUKAN GIGI GERAHAM BONGSU DICABUT: 

I.         KEROSAKAN KEPADA GIGI BERSEBELAHAN 
Jarang berlaku tetapi tekanan oleh gigi geraham bongsu yang terimpak terhadap gigi geraham kedua bersebelahan, boleh menyebabkan akar gigi geraham kedua terhaus. Tindakan ini menyerupai tindakan terhadap akar gigi susu bilamana tekanan dari gigi kekal yang tumbuh di bawahnya menyebabkan akar gigi susu terhaus seterusnya menjadi longgar dan gugur apabila tiada akar lagi. 

KOMPLIKASI CABUTAN ATAU PEMBEDAHAN GERAHAM BONGSU. 
Pesakit dan doktor pergigian perlu berbincang tentang komplikasi prosedur dan menimbangkan samada prosedur lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan komplikasi. 
  
1.    Parestesia/ Rasa kebas berpanjangan 
         Ini boleh berlaku sekiranya akar gigi berhampiran dengan saraf di dalam tulang rahang. 
         Sekiranya prosedur menyebabkan saraf luka atau putus maka parestesia atau kebas boleh
        berlaku.

Reactions:

2 comments:

b a m b a m ' s said...

takot... gigi bongsu x tumbuh lagi..huhuhu

Fath_n!e$@ said...

aku pun mula2 takut gak..tp dh lepas 2 stage pertama, kira ok la...tp nervous gak nk tunggu minor operation...tp kan, if gg tumbuh ok, tak ganggu geraham ke2, ok la..tak yah wat pape...