12 March 2011

Hantaran

BY Fath_n!e$@ IN 4 comments


Hye semua….
Kali ni, me nak kongsi pendangan me mengenai HANTARAN…
Fuhhh…. tetiba kot!!!! Bukan apa, this year ramai rakan-rakan seangkatan me bakal menjenggah ke alam dan fasa baru alam kehidupan mereka…Iaitu bakal menjadi suami seseorang dan juga isteri seseorang. Congratulation to my dearest friend, Syazwani a.k.a wani-tas, Rushdina a.k.a Rush, Hidayah Muhammad, d.l.l…. I’m happy for all of you…. Tahniah sekali lagi…

Me xnak citer banyak-banyak mengenai mereka, tapi me nak citer pasal sesebuah perkahwinan itu. Mungkin me tak sesuai untuk berkata-kata secara berlebihan, memberi pendapat yang boleh di terima oleh uols semua, bcoz me lom kawin lagi…lalalala… Tapi me just nk share apa yang me rasa, apa yang me pikir mengenai sesebuah institusi perkahwinan. Mana-mana pendapat yg korg agree dgn me, ok, layan dan bg certain2 part yg uols xagree, leh la berkongsi dan perbetul kekhilafan me itu….Me bukanlah orang yang xpert utk berkata-kata….muahahaha….

For me, Sebelum seseorang itu mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo, me rasa mereka perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. It’s not easy bila dah berkahwin. Ini kerana selepas berkahwin tanggungjawab semakin banyak. For me, itu bukanlah satu bebanan pada setiap orang, tapi tanggungjawab, baik pada family sendiri, juga pada family in law. Dan apabila berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan insan yg kita cintai, malahan seluruh keluarganya. Itulah antara salah satu cara or way untuk mengharmonikan sesebuah perkahwinan itu. Tiada persengketaan…

B4 that, me nak kongsi pendapat mengenai wang hantaran yang ditetapkan ketika proses peminangan / pertunangan berlangsung oleh keluarga sebelah pihak perempuan. Tapi ada juga keluarga sebelah pihak lelaki yang mencadangkan berapa yang mereka hendak beri. Nowadays, apa yang me tgk, meletakkan wang hantaran tinggi adalah sebagai satu trend. Untuk apa? Berlumba-lumba? Untuk menunjuk-nunjuk? Adakah itu yang dituntut dalam Islam? Tidakkkkk okey…..Sekarang ni, susah untuk me jumpa yang wang hantaran mereka kurang dr RM10k. Ada, memang ada..tapi tak banyak. Bagi me, menjalankan apa yang wajib, itu sudah memadai. Wang hantaran bg sesebuah perkahwinan itu bukanlah untuk membebankan pihak lelaki… sepatutnya meringankan beban mereka. Kerana apa yang perlu difokuskan adalah SELEPAS berkahwin. Future okey!!!!..Jauh lagi perjalanan…dan banyak lagi perbelanjaan yang diperlukan dimasa hadapan.

Tapi, depends la, ada juga pihak lelaki yang dengan baik hati yg nak bagi wang hantaran RM20k. Ada, bukan xdak. Golongan artis dikecualikan dlm hal ini yer..mereka PF (public figure) tentu2 r nak lumba-lumba (dr pemerhatian me laa…) Tapi yang best nyer, member me mmg x nak terima RM20k…hurm, bagus2…Terpulang..Mungkin dia fikir untuk future, that the best way….. Kadang-kadang, ank x minta pun lebih-lebih, tapi parents lak lebih2…

Pesanan me pada parents semua, jangan la letak wang hantaran yang tinggi sangat yer…Bagi me RM10k tu pun dah cukup tinggi. Janganlah kita membebankan anak menantu kita. Ini kerana jauh lagi perjalanan hidup mereka. Banyak duit yang diperlukan di masa hadapan. Untuk membina sesebuah keluarga yang “complete” bukan lah mudah. Penyediaan keperluan seperti tempat tinggal, makan minum dan pakaian, semua itu keperluan. Dengan penambahan ahli keluarga, bertambah-tambah xpenses nye nanti.

Bab hantaran pula…. 11 berbalas 13..hurm, banyak nyer.. Time tunang dapat barang, time nikah pun dpt barang lagi…Bagi me cukup la takat 5-7, tepak sirih, Al-Quran, bekas cincin or apa2 utk proses membatalkan ayaq sembahyang, buah, dan kek. Cukup!!! Enough!! Perghh, simple kan..tapi itu me la. Ntah la, me rasa tak perlu kot banyak-banyak. Sebab apa ek? Sebab nantikan ada hari2 special yang leh dicelebrate sesame en.Suami. For example, birthday, anniversary, woman days, mother days, father days…Nanti kebuntuan idea nak bagi apa lak…hehehe…Ntah, tp seyes, me suka yang simple2 tak payah nak pikir itu ini. Hidup ni tak payah nk complicatedkan diri sendiri…muahahaha… Dan tak payah tunang2, tapi terus risik, then terus nikah..Easy kan???? Pedulikan apa tanggapan orang, bcos bukan diorang yang bawa kuar budget, tapi kita yang nak kena kuar budget..Nak mendirikan masjid ni, keja baik, so tak payah nk bersusah-susah. Islam itukan  mudah….Pembaziran bukanlah satu amalan yang baik….wink..

Reactions:

4 comments:

akma said...

Hantaran dikalangan 'rakyat biasa' yg banyak biasanya kerana hantaran duit tu bermaksud belanja kahwin. like me last time, half of my hantaran i sukarela gave it over to my mother for the kenduri n half of it, i spent for brg keperluan asas like brgn rumah etc.

That is why, actually tak salah perempuan n lelaki share duit hantaran, sbb normally the spending is for their future life juga.. :) esp. kalau lelaki tu 'blm' cukup duit n their relationship dah jatuh hukum wajib kahwin.. :)

One of the factor yg menaikkan nilai hantaran zaman sekarang ni is simply because higher cost of living. mana nak cari kenduri biasa yg less than 3,4k nowadays.. (we r talking about a very down to earth punya kenduri ni..) cubalah buat majlis yg paling simple, cthnya birthday mak ke.. tgk berapa belanjanya, then bayangkanlah pulak kenduri kahwin, berapa belanjanya...

unless kahwin kat pejabat kadi jelah (but still kena bayar upah tok kadi.. :)) blhlah jimat..

- my 2 cents thoughts... :)

Fath_n!e$@ said...

thank you so much for sharing the info n ur thoughts....pandangan dari yg berpengalaman....suka2x....fath agree part yg share bab duit hantaran..tak salah rasanya if berkongsi..last2 utk future diorg juga....

mdsaf_kyo said...

bagus la fath, jdlah sederhana sekadar mencukupi...pembaziran itu amalan syaitan...

setengah masa pulak bila hantaran yg tggi & majlis yg begitu meriah blh mengundang perasaan ingin menunjuk2...

cukuplah sekadar yg mmpu, jgn sampai membebankan mana2 pihak terutama ibubapa (kedua-dua pengantin...

baru2 ni saya ada gi kenduri kawin anak sepupu isteri saya...

respek diorg sbb buat sekecil2 majlis iaitu sekadar memberi makluman kepada saudara mara terdekat bahawa anak perempuan mereka telah bersuami... (itulah sunnahnya)

Fath_n!e$@ said...

en.saf, apa yang penting adalah selepas kawin..kehidupan yang jauh lagi untuk dilewati...kan?