17 March 2011

Amarah.......

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua....
Me just nak kongsi info yang bakal me post dlm entry kali ni, iaitu mengenai amarah @ marah...
Kenapa tetiba me leh nak post entry mcm ni? Semua nyer sebab 2 3 bulan yang sangat menjengkelkan...Yang sangat sengallll....yang sangat....errgghh!!!!!!!!! nothing to say...

Tapi bila dah lelama balik, me cuba memotivasikan diri me, cuba untuk think positif, cuba segala cara supaya me tak terlalu stress..igtkan segala-galanya telah berakhir, tapi sangkaan me tersangat meleset, like ekonomi meleset...opptttsss...So me dah tak leh nak pendam2, control2 semuanya...kena lepaskan..nak tak nak FB..me hnya insan biasa..terkadang akan ada kekhilafan yang tanpa disedari, terlepas even dalam dok menjaga kemarahan, kelantangan bersuara..mcm2 lagi... So, for the next tips, how to control me nyer kemarahan...hahahaha..jom layanzzz...

Apakah kemarahan adalah sesuatu yang tak dapat nak elak?
Kemarahan biasanya dihubungkan dengan perasaan diperlakukan tidak adil. Secara psikologi, kita marah kerana kita percaya bahawa orang lain telah melanggar etika untuk bersikap adil atau memperlakukan kita dengan tidak hormat. Etika bukan saja memainkan peranan sebagai punca kemarahan, tetapi juga bagaimana kita memilih untuk bertindak. kekadang ada juga yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk mencari kesalahan orang lain. Padahal, orang tersebut tidak tahu menahu akan hal "tersebut".

Lalu bagaimana caranya menangani kemarahan?
Ketika situasi membuat kita marah dan rasanya terasa ingin melepaskan kemarahan kita, ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Berhenti : Jangan melakukan reaksi apapun. Ambillah waktu untuk diam sesaat.
  2. Ambil nafas dalam-dalam; tenangkan diri kita sehingga kita boleh melihat situasinya dengan lebih jelas.
  3. Lihat dari berbagai cara pandang. Apa yang kita lihat bukanlah keseluruhan ceritanya. Lihatlah apakah ada penjelasan lain tentang apa yang membuat kita marah tadi.
  4. Bertanyalah pada diri sendiri dan Allah, “Respon seperti apa yang efektif untuk mengatasi situasi seperti ini?”
  5. Berdoa dan lepaskanlah pengampunan. Setiap kemarahan biasanya berpunca oleh rasa terluka kerena diperlakukan tidak adil atau diperbodohkan. Untuk itu kita perlu berdoa supaya Allah memberi keupayaan kepada kita supaya dapat mengampuni orang atau situasi yang telah membuat kita terluka.
  6. Bertindaklah dengan kasih dan bijaksana. Ketika kepala kita telah dingin, amarah kita telah reda, hadapilah orang atau situasi yang membuat kita marah dengan penuh kasih dan tindakan yang bijaksana.
Ingatlah, ketika kita membuat keputusan dalam kemarahan, biasanya hasil nya akan menjadi sesuatu yang lebih buruk. Jadi memberikanlah waktu untukreda sehingga kita dapat berfikiir secara tenang dan rasional dalam membuat keputusan serta  tindakan yang bijaksana.

Reactions:

0 comments: