01 February 2011

Vacation to Kuching Sarawak - Part III

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua....
Me teruskan penceritaan mengenai perjalanan me dan kengkawan sepanjang berada di Sarawak untuk hari yang ke3...

Seperi biasa, perjalanan kami semua bermula pada jam 8.30 pagi. Kami memilih destinasi untuk hari ketiga ini ke Santubung. Nak jumpa puteri Santubung....haks.. Sebelum tu, kami  sarap di Jalan Satok. Kedai ni tak seramai kedai semalam. Me memilih mee kolok dan ada juga yang makan nasi dan mee goreng. Selesai sarap, kami semua singgah sebentar di IKRAM Sarawak. Orang kata, dah alang-alang sampai, biar singgah sekejap. Seperti yang pernah Dato' Chong tunjuk melalui handphone dia dalam meeting last year, Ikram Sarawak set-up dia nyer Ximex Stall.. Hurmmm..kagum2x... Kitaorang stay kat sana dalam sejam.

Selepas Ikram Sarawak, kami pun memulakan perjalanan ke Santubung. Perjalanan mengambil masa 30-45 minit. Di Santubung, kami ke 2 tempat iaitu Damai Resort dan Sarawak Cultural Village.... Untuk masuk Damai Resort, kena bayar RM3.00 per person. Korang akan dapat sebotol mineral. kira ok la. Then untuk masuk Sarawak Cultural Village kena masuk RM60.00 sorang. Tapi Alhamdulillah kami masuk free sebab guna passport Sarawak..hehehe... Memang save kot situ.. Tapi if kena bayar pun, sangat berbaloi2... Di Cultural Village tu ada 7 buah rumah. Rumah Minang, Rumah Penan, Rumah Ulu, Rumah Melayu, Rumah Iban, Rumah Cina dan Rumah tak igt..hehehehe.... Ada show dari kebudayaan di sana. Memang terbaik la...
Di Damai Resort pula, pantai dan resort dia sangat cantik. Bersih sangat.. Time ni la me ambik peluang untuk release kan apa yang patut. FYI, me kan sukakan ketenangan dengan lautan yang membiru. Memang best. Rasa nk datang jer lagi. Resort dia memang sesuai tuk orang-orang gi honeymoon...wink..!! If me pun nak g sana...hahahaha..ooppptttss terlebih sudah.. Tapi serius memang best. Me suka tgk pantai dia. Jalan-jalan di gigi-gigi air..Ceewaaahh..tetiba lak nak menjiwang..adededeh..tak kata ler, memang burn kulit me. tau-tau je la bila dah dok tepi pantai nih..aduihhh..dah lo itam, burn lagi..struggle menterapikan diri balik..hahahaha...

Selepas seharian berada di Santubung, kami minta Pak Cik bakri drop kami semua di tempat sourvinier area waterfront. Lepas tu ka, kami semua berjalan balik ke hotel... Kira balik dalam kul 9.00 lebih. Memang pancit ar..Tapi memang best. Me memang tak kisah bab-bab kena jalan ni. Biasa la, cuci mata, cuci minda..cuci poket juga....

Seharian berjalan...Malam masa untuk packing barang... Esok pagi-pagi lagi kami semua dah nak check-out. perjalanan akan bermula pukul 5.45 pagi..

To be Continue Part IV (last day)

Reactions:

0 comments: