01 February 2011

Vacation to Kuching Sarawak - Final Part

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua....
Salam 1 Malaysia...

Hari terakhir di Sarawak. Perjalanan kami semua bermula seawal 5.45 pagi. Me macam biasa, tido pukul 2.30pgi dan bangun pada jam 5.00pagi. memang terbaik la..Mata pun dah lebam2...hahahaha..padan muka me. Kenapa awal? Sebab flight kitaorang pukul 12.20p.m. So kami semua nak g shopping untuk kali terakhir di Pasar Sirikin. Pasar ni memang terkenal dengan barang-barang dari Indonesia. Tikar semua ada. Me tak ler shopping hebat.. biasa-biasa jer. lebih pada cari sourvinier tuk kengkawan lagi. tak cukup ma..... Tuk famili dah settle.

Perjalanan kami mengambil masa sejam untuk sampai. Kebetulan hujan pada pagi hari, menyebabkan sedikit lewat kami semua sampai. Alhamdulillah tak ramai lagi yang datang. Kami bertolak balik untuk ke airport dalam pukul 9.45 pagi. Target kami untuk sampai di airport awal kesampaian. Alhamdulillah masih awal dan perjalanan semua selamat. Risau juga takut2 flight terlepas... Parah2..hehehhe... Kami semua sampai di PIA dalam pukul 2.30ptg dengan selamat nya even traffic sedikit bergoyang2 di atas..hahahaha..Me seperti biasa, layan tidoq jer....hikhikhik...

So percutian me kali ni merupakan pembukaan yang baik bagi tahun 2011.. Selepas ini akan ada susulan lagi percutian. Tambahan pula me nyer passport akan due pada 2013, so kena pergi lagi. Orang kata biar berbaloi bila wat passport...Gunakan sepenuhnya.. Me nak gi umrah, tapi mom kata tunggu dulu. Next trip.. Bior mom n sister pergi dulu...Baikkkkkkk!!!!! InsyaAllah......

Pasni kumpul2 ongkos lagi dan simpan cuti bebanyak, kita p bercuti....wink..!!!!!


T.H.E.  E.N.D

Reactions:

0 comments: