20 February 2011

JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA…..

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments

Salam semua.....
Salam 1 Malaysia….

Kali ni me teringin sangat nak berkongsi dengan uols semua mengenai satu bahan dan buku ilmiah yang ditujukan khas kepada kaum sejenis me, iaitu kaum wanita. Buku ni merupakan terbitan Al-Hidayah Production yang ditulis oleh Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni.  Sejujurnya me tak habis lagi membaca buku ini. Tapi, even me tak habis lagi pembacaan, so far, me rasakan sangat menyentuh setiap baris didalamnya. Wanita diibaratkan seperti Emas, Kalung, Intan, Permata, Mutiara, Berlian, Yaqut, Nilam, Cincin, Manikam dan tidak ketinggalan Kristal.

FYI, me terjumpa buku ni masa on the way back from KL , last 2 weeks.. Time tu tgh meronda area Jln TAR.  Dah lama sangat me tak beli buku ilmiah. Magazine mengenai decoration smua ada la. Tapi bab-bab Islamic ni dah kurang membeli.  Me terpandang satu buku ini, dan tertarik dengan judulnya. Kebetulan me sangat serabut dengan life me time tu. Bila terpandang je buku tu, terus me beli. Jangan Bersedih… Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia…. Yeahh!!! I want to be the happier women in this world.

Buku ini sedikit sebanyak memberi keinsafan, dan kesedaran pada me dan juga pada para pembaca buku ini. Keteguran didalam bait-bait syair seperti kita berada didepannya. Bahkan, apabila memulakan pembacaan ini, kita tidak mempunyai waktu untuk berganjak even sesaat pun. Kita akan terus membaca dan membaca. Syair-syair terus mengalir, menyentuh hati dan fikiran serta menenangkan dan membangkitkan jiwa me.

Di setiap tajuk, terdapat nota kaki yang sangat member inspirasi kita semua. Membuatkan kita berfikir sejenak mengenai setiap tindakan kita sehari-hari…. Antaranya:-

  • Di sana ada suatu tempat di barisan terdepan, tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan kesempurnaan dalam setiap hal yang kita amalkan…..
  • Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati…
  • Bukan emas yang pertama yang mempercantikkan kita, melainkan yang mempercantikkan adalah akhlak kita, dan kekayaan kita adalah etika kita…
  • Semua orang baik yang memiliki istana mahupun yang memiliki rumah sederhana pasti menjalani kehidupannya.. Akan tetapi, siapakah yang benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup???
  • Apabila kesusahan dating menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit kita, Ucapkanlah  “LAA ILAHA ILLALLAH”

Reactions:

2 comments:

Anonymous said...

salam, mane nak beli buku ni ye?dh lame sy cari buku ni..2

Fath_n!e$@ said...

wslm....saya beli buku ni semasa di KL..di jalan TAR..kedai dia betul2 berhadapan dengan sogo..book store..dai dtg dlm 2 jenis cover. cover biasa dan hardcover...best, dapat dan bacalah..saya sgt2 recomend buku ni