31 January 2011

Vacation to Kuching, Sarawak - Part II

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua....
Sorry sangat lambat nk post entry baru untuk part ke2 story pasal Sarawak nih...

For the 2nd day, perjalanan kitaorang bermula seawal 8.30 pagi, terus ke kedai makan area mana me tak pasti untuk sarap dulu. Me pepagi kureng skit nak sarap nih. Just minum jer. Yang lelain ada yang makan mee kolok, nasi lemak, satay, dsb... Selesai sarap, destinasi yang pertama adalah ke Taman Botanical, Semenggoh Wildlife Centre. Kat sini tarikannya sudah tentula orang utan. Sangat comel kottttt..... Best jer tengok diorang gayut2..hehe..Ni kali ke2 me tengok orang utan secara life. First time dekat BMLR...Yang di sini tak duduk dalam sangkar macam kt BMLR, tp memang habitat diorang.. Cuak gak..Takut diorang menganas kelaparan..hahaha..Nasib kitaorang baik sebab time kitaorang sampai, time bagi makan orang utan...
Bukan setakat orang utan jer, tapi pengunjung leh gak tengok2 boya..Ada galeri mengenai orang utan. Diorang pun ada sijil kelahiran..Tetiba jer me jumpa kembar BFF me kat Sarawak tu. Nama pun sama Roxenna (jgn marah babe..nanti kena jual).. Lahir tahun 2005...

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Jong's Crocodile Farm. Kat sini nak masuk kena bayar RM16 utk dewasa dan RM8 tuk kanak-kanak. Tapi utk org2 Sarawak, half price. Me ingatkan kecik jer tempat ni. Bpak besaq kot...Penat jugak ler berjalan-jalan. Sekali lagi nasib kitaorang baik. Sesampai jer tengah ada show feeding time. Huhuhu..gerun tengok boya-boya... Sedangkan boya-boya darat berkaki dua pun aku dah takut, ni tambah2 takut..Sekali ngapppp!!!! sapa nak jawab daaaa.. Nama jer crocodile farm, tapi ada ikan (alamak apantah nama, lupa lak) tapi besaq gila....like a mini zoo...semua ada.....
Lepas Jong's Crocodile Farm, kitaorang singgah di Kilang Pasu. Kat sini banyak pasu dan sourvenier.. Me tak beli pun pasu-pasu. Tapi beli beberapa sourvenier tuk budak-budak office jer.. Ada juga yang borong 2 3 pasu...hehehe..Harga berpatutuan...If me tak silap, kilang pasu ni area batu 4. Lepas Kilang Pasu, kami semua menjamu selera di kawasan Batu 7. Kat sini kami lunch dengan En.Kamaruddin, Manager Ikram Sarawak. First time me jumpa dia. Dulu dia geologist kt IU.. Tapi dpt offer yg lebih baik, so dia bertukar ke Ikram Sarawak... Kira lunch kami ditaja oleh En. Kamaruddin...

Selepas makan tengahari, kami berhenti menunaikan solat di Masjid Jamek. Kira Masjid negeri Sarawak la...Selepas menunaikan kewajipan pada Allah, perjalanan kami diteruskan ke Pusat Kraftangan Sarawak. Kat sini kita leh tgk cara-cara orang mencanting batik, wat ukiran, jahitan dan macam-macam.. Bila masuk tgk di R&D department, kagum aku dengan dia punya kesenian.. Ada batik 1 Malaysia dan brg2 perhiasan.. Tapi kt situ tak jual.. Just utk penyelidikan jer...Kat sini kami tak la stay lelama. Sebab diorang pun tutup dalam kul 5.00 petang. Lepas dah settle semua, kitaorang balik ke bandaraya Kuching. 
Pak cik Bakri (driver) drop kitaorang di Little India. Time to shopping.. Me dapat 4 pasang kain poa. Semua untuk isi rumah me. hahahaha..memang dok cari kain poa nih. Sebab blah2 sini tak dapat ler...Lepas membeli dan membelah, lepak jap area waterfront.. Tengok gelagat anak-anak muda mudi Sarawak dengan kawasan persekitaran yang bersih. FYI, Kuching adalah antara bandaraya yang terbersih di Malaysia. Cuba p tanya pakcik Google...

Untuk malam hari, aktiviti bebas.. Semua orang leh g memana. Me memilih untuk tidak ikut  dinner ke rumah En.Kamaruddin. Tapi me pegi jejalan sekitar bandaraya Kuching. Mula2 nak gi sesorang.. Tapi utk keselamatan me, me ajak Kak Ana (Pekerja Saramohostel) jejalan dengan me. Lagipun dia jarang kuar memalam. Even baru kenal, byk jugak yang me tau mengenai dia. Yang best nyer, me jalan-jalan sampai tak sedar hingga ke hujung jalan area little india nun di sana... Memang layan tengok suasana malam. Malam tu juga, Kak Ana bawa me singgah di Berambih Lodge. Dia punya hiasan dalaman sangat best. mcm dok kat rumah orang iban pun da gak...dengan buluh2 segala...hahahaha..(nanti me upload gmbr k).. Sekali jumpa mmber baru da..Mat saleh dr Melb.Australia..Mr Raus..hmm...
Jalan punya jalan, tetiba perut minta di isi. So lepak la kejap kt tepi sungai Sarawak tu.. Makan-makan then balik.. Sepanjang stay kt Sarawak, paling awl me tido pun kul 1pgi...hahahaha.....

To Be Continue for Part III
(Gambar akan diupload kemudian)....

Reactions:

0 comments: