26 January 2011

Terapi Minda & Perasaan di Kuching, Sarawak...- Part I

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments

Salam semua....(*_*)
Korang sihat??? Me Alhamdulillah, chat. Cuma kurang tidur lately ni. Mata mcm mata panda (like iklan tu)..Sembam maa.. Aduih....Semalam tidur 3 jam jer b4 bangun nak g kerja pulak. Semua gara-gara YE 2010. Biasa tido lewat bila esok cuti, tp tak biasa tido lewat bila esok kerja. takur menganggu gugat me nyer focus time bekerja. Lama tak lama sangat me tak mencoretkan sesuatu Busy, jangan ckp dan tny la. Since Dec 2010 till now, masih cbuk. Dlm kesibukkan me pergi bercuti. Planning 5 bulan yang lalu ma...September. Balik dr vacation, bertambah-tambah cbuk. Kejar dateline. Dah biasa..Gi pun b4 bercuti 2 hari, me dh settlekan beberapa perkara. So tak la orang kata me ni mengelat. Dulu masa jadi auditor, tunggu jer orang panggil tuk g audit. Sekarang diri sendiri kena audit. tapi tak per, me layan jer semua tu...Dah biasa. Apa yang penting, semua siap on time okey!!!! Tak dak istilah KIV / pending dlm kamus idup me.

Okey la, berbalik pada tujuan asal entry me kali ni. Sebelum ni, me dh janjikan nak write something pasal percutian me ke Kuching Sarawak. Korang layan jer k!!!!

19hb January 2011 ~ Rabu
Percutian me kali ni tanpa mom. Tapi me kali ni pergi dengan kenalan office dan kawan me. Termasuk me 11 orang semua nya. Sebelum me teruskan, me nk ucapkan terima kasih pd kawan me, Abg. Fid sebab tolong arrangekan trip ni. Maaf di atas semua kelakuan teman2 sepanjang keberadaan kita di sana selama 4 hari. Thanks...

Flight berlepas tepat kul 9.55 pg dr P.I.A (Penang International Airport) dan selamat sampai di Airport Kuching 10 minit awal, 11.45pgi. Me as a usual, naik flight tidoq..hahahha. Awl2 tu sembang dgn org sebelah, Untie May, dr Kuching. Dia datang Penang dan terus ke Sg. Petani. Melawat mmber katanya... Alhamdulillah, semuanya selamat dalam perjalanan.. Smooth jer. Bila nk dkt2 smpai, baru terasa goyang skit. tapi tak kesah la..Layan jer...

Kitaorang decide terus ke hotel, check-in dulu. Me stay dekat area town, betul dlm town dia. Senang nak g memana. Nama hotel yang me stay Saramo Hostel. Korang leh search jer if nak gi sana. Bagi me mmg tak kesah. Dok hotel mahal2 pun wat per. Just nk tido jer tuk beberapa jam. So rate Saramo Hostel dalam RM 45 (tuk single bed..Tp me dpt queen bed..haha..jgn marah yer) Memang saty kt Saramohostel ni, semua senang nk cr. Dekat dengan bank, shopping2 complexs, waterfront..dll..Perjalanan dr Airport ke Saramo sepatutnya ambil masa 15 minit, menjadi 30 minit. Uncle bawa makan angin maaa....

Me sampai Saramo dalam kul 1p.m. Sementara yang lelain berehat, me n abg.fid tgk2 tmpt yg menarik leh g kt Kuching nih. Sebelum tu, akak yang jaga Saramo Hostel ni namanya Kak Ana, dr Pontianak, Indonesia. Dalam kul 2.15p.m , me dan yang lain berkumpul tuk makan di Sambal Cafe (erk..lupa ler yg blkg dia tu). Yang besh nyer, kedai makan ni bukak 24 hrs.Perghh.if lapar2 leh cr makan kt sini. jalan tak sampai 5  minit pun.. 

Perjalanan me bermula kul 3.00p.m after lunch. Destinasi pertama untuk hari pertama adalah ke MUZIUM ETNOLOGI atau lebih dikenali sebagai muzeum negeri Sarawak. Dari sini me dpt mengenali adat, budaya, lifestyle org2 Sarawak. Di sekelilingnya ada Muzium Islam Sarawak dan bbrpa lagi muzium. Berdekatan muzium tu juga ada mcm mini zoo. tapi bukan zoo. Ada ikan, buaya dan kura-kura. Tidak besar kawasan dia. Biasa2 saja. 

Muzium Sarawak a.k.a Muzium Negeri
Selepas itu, me gerak ke Cat Muzium. Kagum sebentar me dengan kucing2 ni. Kucing pun ada muzium sendiri...hahahaha...Mula-mula me tgk bangunan Cat Muzium, me inagtkan masjid. Bentuk dan struktur bangunan dia macam masjid. View dari atas memang sangat cantik. Leh tgk Sarawak even tak secara keseluruhan. On the way balik hostel, kita orang singgah dulu di kedai Kek Lapis Zaharah, berdekatan dengan waterfront. kira dekat dengan hotel me..Waterfront dan Saramohostel terletak di seberang laut. 

Di kedai kek lapis zaharah ni, dia akan wat bila kita order. Jadi kek tu tak lama atau disimpan sebagai stok. Bila order, baru diorang buat. So kek tu tahan lebih lama. Sampai, kitaorang dijamu dengan kek lapis yang pelbagai.. Tak hingat...ahaha..tp serius sedap. Macam-macam nama ada, Kek Lapis Idola, sirip ikan, masam manis, tudung mawi. raindrop, honeydew, 1 Malaysia, choc cheese, dan byk lagi. Paling best time nak order....If tak silap me paling skit order dalam 5 biji. Me 9 biji jer...hahahahaha....

Penat sudah testing kek, skrg time tuk balik rehat. Malam nyer program, jalan-jalan cari makan di Waterfront. Dalam kul 8.30p.m kitaorang gerak gi Waterfront. Jalan dalam 15 minit jer..tak terasa penat pun. rilex jer.. Naik perahu tambang dlm 50sen sorang tuk keseberang sana. Sebelah sana makanan murah2 skit, dan byk pilihan berbanding sebelah waterfront. Punggung pun tak dan nak panas. kurang 10 minit sampai..hihi.. Lepas makan2, we decide terus balik Saramo, penat siang td tak hbs lagi. Sian pada yang kanak-kanak rebina. Non-stop. tapi diorang la yang paling meriah.... Makan semua macam sedap2. First time me rasa Mee kolok,. Mee kolok ni berasal dari Sarawak. Dia bersup. Cuma yang beza pada mee dia. mee diorang mcm maggi indo-mee..hehehe..harga mmg murah berbanding waterfront.


Destinasi hari pertama:- 
  • Muzium Etnologi - f.o.c
  • Cat Muzium - f.o.c
  • Kek Lapis Zaharah - bergantung pada order memasing
  • Waterfront - 50sen utk tambang perahu
 Estimate Cost :-
  • Ticket flight - RM 198.00 (2 way, time promosi)
  • Accomodation - RM 135.00 (3N include bfast)
  • Transportation - RM 70.00 (RM700/10 person for 4 days)
  • Food & refreshment - RM 150.00 (for 4days)
  • Total = RM553.00 
Okeylah my follower sekalian, setakat ni dulu entry kali ni..Tunggu untuk part II lak....
Bye..bye....


Sebelum itu, renungkanlah kata-kata ini....
"Menggemari Dunia itu, akan meletihkan penggemarnya di dunia dan akhirat...Sedangkan mengzuhudkan dunia itu, akan merehatkan tuannya di dunia dan akhirat..."









Reactions:

2 comments:

khairol said...

Aslm

mintak izin utk copy entri dan letakkan dalam web cutidickuhing.com

Fath_n!e$@ said...

wokeh en.khairol..tak dak masalah....