08 January 2011

G.o.l.d

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua...

Napa me tetiba kasi tajuk pasal gold? hahaha..since last year, me terdedah dengan info2 mengenai emas ni. Tapibaru sekarang ni me nak kongsi skit mengenai galakan Dr.M mengenai emas.  Korang tau  x, duit kita sekarang ni (merujuk pada uang/duit/pitih electronic) sebenarnyer tak der nilai pun? Antara duit kertas dan emas, bila berlakunyer inflasi, mana yang akan effect teruk? Korang fikirlah sendiri..Korang lebih terror dari me.. Hurm..korang baca la dulu petikan berita 17/12/10 ni..Then korang pikir2 kan....

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas
 
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang ker ana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perd ana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin ker ana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar ker ana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simp ana n emas lebih terjamin ker ana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.
__._,_.___

Reactions:

0 comments: