26 December 2010

Penutup 2010 - Part I

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam uolz....
Salam Tengahari.... Salam 1 Malaysia..::wink::..
Entry kali ni mungkin menjadi entry yang terakhir dan penutup bagi tahun 2010.  

Ia mungkin meliputi work in progress (WIP) sepanjang life me, meliputi work done not billed (WDNB) dimana azam2 tahun 2010 yang tidak sempat dilangsai kan...dan akan di carried forward kan ke tahun 2011. So ada la debt pada diri sendiri...hahahaha... Selain debt, cost2 ayaq mata, cost2 hati mahupun perasaaan..  
( per la yang me ngarut sesorang nih!!!! )

Ok, starting dengan perjalanan hidup me sepanjang tahun..since kecik sampai la dh besaq panjang nih... Me dulu tadika @ sungai petani. Dekat dengan rumah tok sebelah my dad. Arwah tok me siap belikan payung kecik tuk me lagi.Warna pelangi..Payung yg comel-comel. heheheh. Tak sama dengan member me sekarang ni dimana diorang tadika di tadika ABIM kat area playground-kedai mamak nun. So if nak cita pasal kawan-kawan tadika, me memang tak ingat sangat...Rupa pun me dah tak ingat..hahaha... Me start tadika masa umur 6 tahun. Tak macam sesetengah member me  yang dah g tadika time umur diorang 5 tahun. 

Then me masuk skool, standard 1-6 di Sek.Keb.Pmtg Bertam since 1992-1997. My MFF time ni tak lain dan tak bukan Aishah + Saidatul. Diorang kata me time darjah 1 sombong..hahahaha...aiman dah tau...Even sekarang pun, orang yang tak kenal me akan kata macam tu..hak3x. tapi yang kenal, tau la me macam mana..::wink::.. Me skolah arab / kelas agama di sek.arab pajak song..hurmm..kayuh2 basikal..makan aiskrim. merajuk dengan ustaz khairul. share2 air dengan ustazah. Gilir2 jadi iman tuk makmum perempuan.. Berbaris nak g masjid reramai. Dari masjid yang lama yang siap ada telaga ikan kaloi, sampai la masjid yang baru ni siap. Tapi sekarang dh tak baru la..(^_^)

Masuk competition hafalan. me and aisya menjadi pilihan. Tapi aisyah menang.sebab ayat2 dalam sembahyang tu, kitaorang memang sesama hafal..So ustazah suruh dia baca ayat tu. Tapi me dapat ayat yang baru. It's take time la nak kena hafal lak.  Even dalam kelas ustazah Soleheh pun, kitaorang akan fight sesama sendiri sapa yang dapat n habiskan hafalan depan ustazah. Tapi me kalah dengan aisyah..hukhuk..memang sedih juga. Tapi biasala..adat pertandingan. Me tak berapa ingat ayat2 tu. sebab me dapat ayat2 yang baru.. So me kesuntukkan masa nak hafal semua ayat2 yang baru dapat. 


If di SKPB lak, me selalu akan fight dengan member-member me yang lain dalam subject Math. Math subject feveret me. Giler punya suka. hahaha.... Sampai cikgu nazri pun tau. bergilir-gilir tempat pertama  math. Me selalu fight math dengan Mariam + Izamudin + Wan Noraini. Kira Math kitaorang memang power la. Bukan nak menunjuk okeyy..SubhanaAllah, minta dijauhi perasaan riak dan takbur ini. Tapi memang markah kitaorang ber 4 tak jauh. semua 90 ke atas. If tak  dapat yang pertama, memang sedih sangat. if salah satu pun, me akan marah diri sendiri. huh!!!! Tu Math la. Tapi subject paling liat sekali off course la BI. Me bodoh kot BI ni.. Kena marah dengan mom. hahaha...padan muka. Berbanding dengan my sister, dia lebih terror la. Tapi even bodo2 me pun, keputusan OK juga...Janji tak fail. 

Lepas habis darjah 6, me skool di SMKDHAB dr form 1-3. Form 4 kejap jer. Sementara nak dapat masuk skolah teknik. Cikgu feveret sudah tentulah cikgu kalsom...::wink::... even sampai sekarang pun, kitaorang still contact each other. Korang nak tau? cikgu kalsom memang garang. tapi dalam garang dia, dia baik. tapi tak kesah, janji best. If tak kena jalan itik time form 2 dulu, ntah per nak jadi skrg kan? hahaha..moment yang tak dpt nk dilupakan. Jalan itik beramai-ramai. Haa...!!!  Yang budak2 lelaki lagi best. Makan kuaci dengan kulit + air kosong..Hakz3.. padan muka korang. tu la. wat semak lagi kat belakang tu dengan kulit2 kuaci. Gurls gak yang nak kena sapu. Sekali kantoi. Muntah kuaci la korang....

 Time dah meningkat remaja skit ni la, macam2 berlaku yang melibatkan hati + perasaan ni. Member me dengan cara dia, tak payah le mention kan nama dia. Off course dia pun baca entry ni...hehehehe...GO TO HELL!!! hah..memang dasar "jejan" sengal. hello...macam la ko tu bagus sangat. Perasan hensem kot.!!!! For sure BFF me sedih time tu. giler tak sedih. hah! past is past. life must go on. Dan me pun tau, that guy already married. Dengan sapa? Me pun tak tau. Dan tak payah ambik tau.

Form 4-5, me skool di SMTTARP a.k.a TI Penang. korang tau kat mana? Area Masjid Negeri. Yang best nyer time form 4-5 ni, me tak dak kawan lelaki. Korang percaya x???? W'papepun, korang kena percaya bcos kelas me semua gurls. Main tidoq jer dlm kelas, tak dak la nak kontrol2 dah.. even dengan cikgu pun dah tak segan. cikgu depan, kami kat belakang tidoq...krruuuhhhh!!!! Sedar2 cikgu dah kuar kelas...kuikuikui..Tu la penangan nasik kawah. Tapi geng me MANTAPPPP!!! siap di gelar oleh cikgu md.rahman, GENG MAFIA..!!!wink! Bukan senang. Korang pernah masuk bilik GELAP? tak pernah kan? Me pernah. Nampak jer skema badut... Me dulu memang pangkah gila dengan PA2 semua ni...Diorang ni ampu jer lebih. Macam la baik sangat...hahaha. kitaorang nyer geng ni pun, even wat bising + langgar peraturan + kena denda itu ini, tapi kitaorang tetap maintain.


Cikgu pun suka. happening kotttt!!! Thank cikgu Md.Joe. Selalu jamu geng2 mafia ni makan free...Korang yang PA2, ada? hahaha...tak der kan? sbab hipo jer lebih,.  lepas kena denda cuci rumah cikgu sebab bising, kami semua diberi makan. wink!!!.. korang ada? telan air liur je la. Ayam balance2 kat DM tu, korang dapat? tak der kan? hahahaha...ktaorang siap angkut bakul naik bilik lagi. wat kenduri. Aiskrim hari sabtu..Korang dpt 2 ker? satu jer kan??? kitaorang 3 kot!!! memang terbaik la. Orang lain masuk bilik GELAP nangis2, kitaorang gelak...Nak wat per nangis, benda dah jadi. Redha jer la.  hikhik. balik dorm, siap bergelak tawa lagi kot. Memang terbaik la.!!! Itu time dalam hostelife..!!biasa la..


Tapi yang me puji pasal me, me tak suka lepak or singgah komtar. Rasa nya sepanjang me dok hostel, bila time balik ke hostel ramai yang singgah, tapi tidak me... Mom dah bekalkan byk makanan tuk me for dinner. Lagi pun tak perlu la nak singah2. Sepanjang stay TI Penang, bleh kirala dgn jari, berapa kali jer me kuar outing. Tu pun sebab ada farewell..If tak, tak kuar kot. Kira ber"outing" bila ada hal. bayang kan, mom me bagi RM50, duit tu leh bertahan 2 bulan. Mom nak tambah setiap kali balik cuti, me kata tak payah.dah cukup. Ye la...habuan tambang balik rumah..sekali pi balik ada la dlm RM10 jer. if 3 kali balik, baru RM30. tu pun lebih. Dok hostel smua dapat. 6 kali sehari makan. Cuma tambahan itu ini jer la. Tapi dk hostel, memang save byk la.


Lepas SPM, me masuk KMP. Time me, my BFF sampai sekarang Zila a.k.a adeq. Kitaorang roomate. katil sebelah2. Memang tiada rahsia la antara kitaorang..hehehe...Even dia disyaki demam denggi pun, me yang g jaga dia kt ospital. tapi dia ni memang pandai. tak leh challenge la dengan dia. PNGK time first sem kitaorang sama 3.64. Tapi bila masuk 2nd sem, dia nyer pointer 3.81. pergghh...! meletop. Me turun. 3.56 jer..hukhuhkuhk...menggong2 me..Zila yang best nyer, time tu ngah ptus cinta. Memang terbaik la pointer dia. Fuhhh!! sellut tol me kt dia. Ngah frust pun,pointer kencang...Fuhh!!!!


Lepas habis matrikulasi, me ingat tak nak stay blah utara dah. Tapi bila difikir2kan balik, ada baik nyer me stay dekat dengan famili. senang skit if der prob pape. Lagi pun kestabilan famili tak berapa nak baik ketika ini. Ada baiknya me stay kat blah utara jer. So me dapat UniUtaMa (Universiti Utara Malaysia), my first choice dalam senarai uni time apply UPU dulu. Alhamdulillah, me dapat. So memang kebanyakkan budak2 KMP, ada di UUM. Tak susah la..Yang time kt KMP tak berapa nak kenal n rapat, tp bila masuk UUm dah jadi geng. Contoh nyer mcm me n Hadi. hahaha...dulu time kt KMp mana pernah satu kuliah. Dia sama kelas + kuliah dengah angah a.k.a aslinda. tapi bila masuk uni, dah member rapat. Thanks Hadi. Selain Hadi, Zack, hani, gnie, yan, nurul, fana, zanna, dan banyak lagi.....Nak mention karang penuh lak entry me dengan nama2 orang...hehehe..


To be continued...!!!!!

Reactions:

0 comments: