11 October 2010

Tragedi 10.10.10

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Petikan dari utusan Malaysia : Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu. Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Innalillah..Takziah pada semua keluarga yang terlibat dalam kemalangan ngeri ini. Semoga mereka semua ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Amin. Kepada keluarga mangsa, ini adalah dugaan yang besar bg kalian kerana kehilangan orang2 tersayang. Semoga kalian semua kuat dan tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t.

Salah satu sebab kenapa me tak berapa suka naik bas ni lah sebabnya. Pemandu bus yang membawa secara melulu + laju. Aku ingat lagi masa me ikut roomate me balik KL naik bus Jelita. Bayangkan kita org bertolak from Changlun kol 1pg. Then bus sempat lagi singgah di Mergong Alor Setar. Dalam kol 1.45pgi. Dalam kol 2pg lebih, bus tertolak straight ke KL. Seingat aku, dia berhenti di Sg. Perak jer. Then terus ke KL. On the way tu, dia dok bergayut dengan awek la, dengan itu, orang ini. Me memang byk2 beristighfar jer la sepanjang perjalanan tu. Bayangkan kitaorang sampai Pudu pukul 6.00pgi. 4 jam saja dari Changlun - KL...Fuhh.. Kebetulan me memang dok belakang driver, terasa dia punya kelajuan yang tahap cipan tu..Alhamdulillah, me selamat sampai ke destinasi.

Reactions:

0 comments: