30 October 2010

Lambaian Kaabah

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua...(*_*)

Kali ni entry me tuk tatapan semua ada hubung kaitnya dengan musim haji Hari ni, my pakcik wat kenduri nak pergi Mekah. Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, minggu lepas, pakcik dapat perkhabaran yang mengembirakan, diorang boleh berlepas ke Mekah menunaikan rukun Islam yang ke-4. 


Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan

(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

 Alhamdulillah...

 Yang sangat-sangat me suka, kesemua anak arwah tok + wan, balik kampung dan berkumpul. Sangat best. (tiba-tiba teringat tok dan wan, Al-Fatihah) bila berkumpul kesemua seramai 11 adik beradik. Memang riuh rendah rumah peninggalan tok dan wan di mana didiami oleh pakcik sekeluarga. Tengah-tengah tak ramai orang, aku tetiba rasa sedih dan sayu sangat. Pakcik dah nak berangkat. My dad dah berangkat 2 minggu lepas. Now, pakcik pulak. Teringat masa mom dan dad berlepas 11 tahun lepas. Me kata pada diri me tak nak nangis bila mom berangkat. tapi last2 me kot yang paling teruk nangis. 

Kali ni pun sama juga. Time me duduk sesorang kat luar rumah pakcik tadi, bergenang jer air mata me. So, me decide 4hb ni, me akan cuti. Nak hantar pakcik g airport. If tak nak half day jer. Tapi , tak per la. Demi pakcik. Pakcik pun dah banyak berkorban dan bantu kami satu family sampai sekarang. Like my dad sendiri. 

Sedikit info berkaitan Haji..(^_^)

Rukun haji 6 perkara
a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib
 
Wajib Haji 7 Perkara:
a. Berniat ihram di Miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada (selamat tinggal)


Nota kaki:- Semoga my dad, pakcik dan makcik akan mendapat haji yang mabrur. Amin....(^_^)

Reactions:

0 comments: