01 October 2010

Jika begitu takdirnya....

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments

Jika begitu takdirnya, aku pasrah....

Hanya aku dan DIA saja yang mengetahui apa yang diri ini pendamkan. Sesuatu kekusutan yang perlu dirungkaikan secara perlahan-lahan, agar ianya tidak terkoyak, terputus, mahupun menguris mana-mana pihak.

Hanya Dia yang lebih mengetahui kesudahan cerita ini. Mungkinkah esok akan menjadi episod yang terakhir? Atau mungkinkah akan ada kesinambungan penceritaan ini? Happy ending or sad ending.. Bukan aku penentunya. Aku hanya lah seorang pelakon yang mengikut skrip yang telah sediada.

Bila memikirkan hari esok, aku sedikit cuak. Perasaan aku di ketika ini bercampur baur. Ntah bagaimana nak men"describe"kan perasaan aku ketika ini. Hanya yang mampu aku lakukan, berdoa pada yang Esa. Memudahkan segalanya.. Pohonku pada-Nya, supaya aku ditetapkan hati dan imanku agar tidak goyah sehingga hari esok mahupun hari-hari mendatang...

Ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu.
 Aku insan yang hina lagi keldil.
Aku insan yang lemah...

Meskiku rapuh dalam langkah,
Kadang tak sedar kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu Ya Allah...
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya diri-Mu yang bertahta....

Reactions:

2 comments:

**PriNciPLe_AmZy** said...

apalah masalah hang ni fath.

Fath_n!e$@ said...

hurmm...susah nak xplain...hahaha..tak pasti samada hg dpt tangkap or not apa maksud aku.....tp ada sorg 2 yg tau, tau la.....hurmm.if hg baca yg post sebelum ni, mungkin hg dpt agak..tp tak pasti....