08 October 2010

Jangan Terlalu Susah Hati

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
 Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana 
lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat. 

Perbuatan ini Allah tidak suka. 
Kalau tertidur lain cerita.    

Jangan tidur selepas solat Subuh

nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat). 


Jangan makan tanpa membaca 
BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 


Jangan keluar rumah 
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa 
kerana mati boleh datang bila-bila masa. 

Jangan ego untuk meminta maaf 

pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..  



Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.  

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.  


Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.  



Jangan banyak ketawa. 
Nanti mati jiwa. 

Jangan biasakan berbohong, 

kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.  


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa

makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Reactions:

0 comments: