10 October 2010

Apa dah jadi..????

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Salam semua...

(p/s :- aku tidak pandai untuk meluahkan dengan kata-kata. 
Apa yang cuba aku nyatakan disini, adalah apa yang aku rasa pada ketika ini.Maaf jika entry aku kali ni tak brapa nak best. sebab ayat lintang pukang)

Selalunya, after tgk melodi, aku terlelap sebentar depan tv. Tapi mcm mana hari ni tetiba aku leh tak ngantuk pulak. So, aku pun terus menonton berita 1.30pm (memandangkan aku tak sempat nak pegang newspaper lagi).  Tajuk utama berita tengahari ini -->
" Kaum Cina bukan pendatang tetapi rakyat Malaysia yang setia - Najib"
  Dengan seriusnya dia ( sorry yer, knp tiada beliau, tetiba hilang rasa hormat ) menyatakan kaum cina di negara ini bukan pendatang, tetapi rakyat M'sia yang setia.


Sedikit petikan dari surat khabar pada hari ini,--> 10.10.10
“Kata-kata hinaan dan sentimen negatif itu perlu dikikis,” kata Perdana Menteri ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di sini.

“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang. 

“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.
Najib berkata, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13.

Pendapat: Dimanakah sensitiviti PM terhadap org2 Melayu? Dan anda sebagai bangsa Melayu? Aku ambik  dan bagi satu contoh terdekat dengan aku time study dulu. Aku masih ingat lagi masa aku nak isi borang scholarship dr JPA. dlm ramai2 tu, ada juga yg non-bumi. Suatu ketika dulu yg aku tau biasiswa JPA hanya ditawarkan kepada anak-anak Bumiputera.  Tapi sekarang tidak lagi.  Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz mengumumkan kerajaan akan mengurangkan peratusan JPA kira-kira 56 peratus adalah untuk Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak manakala selebihnya adalah untuk bukan Bumiputera. Korang tak nampak ker? or buat2 tak nampak? Secara perlahan-lahan hak-hak keistimewaan yg kita ada selama ini kian terhakis. Lepas ni ternganga di bumi sendiri. 

Ayat terakhir,  "nak sangat kemenangan PRU 13."  Apa tu? Kadang-kadang, kita tak tau apa yang kita sendiri cakap. Sebab nak jaga hati bangsa lain, bangsa sendiri tergadai. Selepas kenyataan ini dikeluarkan, aku tak rasa yang anak2 muda sekarang akan setuju dengan dia. If dah pendatang tu, pendatang jugak la. SEJARAH TIDAK BOLEH DIUBAH....!!! tak kira la, korang tu generasi keberapa pun.  If dah pendatang, pendatang jugak.Tolong la sedar diri okeyy....!!!

If korang fikir balik, kenapa PRU 12 hari tu, kebanyakkan negeri dan kawasan dibawah pimpinan MCA, mahupun Gerakan kalah teruk? Tengok Penang sudah la. Apa dah jadi dengan Penang. Korang fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Muhasabah diri sendiri.
Aku bukan pembelot. Aku sekadar menyuarakan apa yg tgh bersarang dibenak fikiran aku. Orang lain, dengan cara tersendiri untuk memprotes sesuatu yang mereka rasakan tidak betul. Aku tetap aku. Aku hanya akan memilih parti yang aku rasakan layak memimpin negara ini. Bagi aku kebanyakkan orang yang berpolitik ni, bermuka-muka. Tetapi tak semua. Just sebahagian. Tapi 4 me, pemimpin yang menjadi Idol pada aku selain Rasulullah, off course mantan PM kita, Dr.M. Aku sangat sukakan cara beliau memberi ucapan yang nampak tenang dan tidak mengikut emosi malahan bicaranya menampakkan beliau seorang yg ilmuan. Penuh dengan pengalaman. Cara beliau berfikir, mengagumkan aku. Bukan macam sesetengah pihak, yang mana bercakap melulu. Menampakkan seseorang itu gila kuasa tahap gaban. (korang fikir la sendiri sapakah gerangan org itu)

nota dahi :- Sapa yang rasa-rasa diri tu tak daftar diri tuk mengundi, tolong2 la p daftar yer. Jangan dok gebang lebih sana sini, tp diri sendiri tak menjalankan tugas sebagai anak M'sia. Even 1 undi, ianya akan menentukan nasib kita dikemudian hari. Masih adakah lagi hak-hak keistimewaan org2 melayu, atau pemansuhan hak2 org melayu. Tgk satu isu ni cukup la. .

Reactions:

0 comments: