20 September 2010

Istiqbal istimewa Musytari

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hye... aku sangat sukakan system suria. Planet2, bintang2.. Dulu time kt ostel, aku selalu bersidai kt koridor  bilik n dorm aku. Aku akan donggak ke langit. Aku sukakan ketenangan di awanan.. Tenang jer.. Kali ni aku nak kongsi lak pasal planet Musytari.

FYI, Musytari merupakan raja bagi segala planet, Musytari akan berada di posisi Istiqbal yang cukup istimewa pada tahun ini. Berdasarkan kiraan falak, Musytari kali ini akan berada pada kedudukan istiqbal pada 21 Sep 2010.

Apa dia Istiqbal?
  • Istiqbal merupakan satu istilah yang merujuk kepada satu kombinasi kedudukan matahari, bumi dan planet-planet di 'belakang' orbit Bumi (seperti Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune ). 
  • Apabila istiqbal berlaku, ketiga-tiga objek tersebut akan berada di dalam kedudukan garis lurus, dengan Bumi berada di tengah-tengah. 
  • Di dalam kes kali ini, Musytari, Bumi dan Matahari akan berada di dalam satu garis lurus. Ap ab ila Matahari terbenam ketika maghrib, Musytari akan terbit di ufuk timur. 
  • Selain dari itu, jarak di antara Bumi dan Musytari ketika itu juga adalah yang paling hampir, mak a planet tersebut akan dilihat lebih besar daripada biasa (tetapi tak lah sampai sebesar bulan!!!!
  •  Oleh itu, waktu istiqbal kali ini ialah waktu yang paling sesuai untuk mencerap planet Musytari.
Apa istimewanya istiqbal Musytari kali ini?
  • Musytari mengelilingi matahari setiap 12 tahun. Bumi pula setiap 365.25 hari. Oleh itu, Bumi bergerak lebih pantas di dalam orbitnya berbanding Musytari. Secara kiraannya, Bumi akan memintas Musytari setiap 398.9 hari. (Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Jupiter) 
  • Musytari pula mengorbit matahari di dalam satu pusingan berbentuk elips. Ini ber mak na, ada ketikanya ia berada paling jauh dari matahari (digelar sebagai aphelion) dan ada ketika paling hampir ( digelar perihelion ).  
  • Untuk kali ini, Musytari akan berada pada posisi perihelion pada Mac 2011. Maka tarikh ini amat hampir dengan tarikh istiqbalnya iaitu September 2010 ini. Maka, istiqbal kali ini, Musytari akan kelihatan agak besar berbanding fenomena istiqbal lain. 
  • Saya perhatikan juga maklumat yang dikira oleh perisian Skymap Pro 8, jarak istiqbal kali ini ialah 3.9540 Unit As tronomi (AU). Skala Unit As tronomi ber mak sud jarak purata Bumi ke Matahari, iaitu bersamaan 1 AU.  
  • Oleh itu ini bermaksud, istiqbal ini, Musytari berada 3.9540 AU dari Bumi. Kali terakhir ia berada hampir dekat dengan jarak ini ialah pada tahun 1963! Dan untuk menunggu ia berada pada jarak yang lebih dekat berbanding sekarang, kita kena menunggu sehingga tahun 2022.  Fenomena istiqbal lain berlaku pada jarak lebih dari 4 AU dari Bumi.
Bolehkah Musytari dapat dilihat dengan mata kasar?
  • Boleh. Malah kebanyakkan daripada waktunya di langit, ia merupakan objek ke-4 paling cerah, selepas Matahari, Bulan dan Zuhrah. Cuma kadangkala, Marikh akan memancarkan terang ketika ia berada di posisi istiqbalnya, itu pun bukan selalu.. 
  • Ia akan kelihatan seperti sebutir bintang yang amat cerah, memancar di ufuk timur sekitar waktu Isya.
 Bagaimana pula di dalam teleskop?
  • Menerusi teleskop, segala kehebatan "Raja Planet" ini akan terserlah. Diseb ab kan ia merupakan planet paling besar di dalam Sistem Suria, Musytari kelihatan amat besar di dalam teleskop.  
  • Ia akan kelihatan seperti sebuah objek bulat yang direntasi dengan garisan-garisan. Garisan ini merupakan jalur awan yang merentangi seluruh kawasan sfera Musytari. Bergantung kepada saiz teleskop, kita akan dapat lihat jaluran ini bukan lurus, tetapi berliuk-liuk dan kadang-kadang berbentuk pusaran. 
  • Selain daripada itu, 4 buah satelit utamanya, iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto akan kelihatan seperti butiran bintang cerah yang beratur sederet dan membentuk garisan lurus samada di kiri atau kanan daripada sfera bulatan Musytari itu. Pada waktu-waktu tertentu, kita berpeluang menyaksikan satelit-satelit ini merentasi di hadapan Musytari dan kadangkala menghasilkan bayang-bayang di atas lapisan awan planet tersebut!

Reactions:

0 comments: