22 September 2010

Alhamdulillah (~_~)

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Mungkin begini la kita sebenarnya.... RENUNG-RENUNGKANLAH...

Seringkali  kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.  Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita  dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah  kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk  kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?  

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang  terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang
manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are  what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi  Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari  jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.  Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?  Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah  itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang  tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah  menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang  lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah  masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik.  Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati me.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar  yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi  dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat  seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita  kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak  Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Di sini, bukan niat me nak mengajar. Bukan juga  nak menunjuk pandai. Tapi me hanya mengajak korang2 semua terutamanya diri  ME sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa  yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah  kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung  kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung  cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas  solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.  
Wallahu'alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah.  Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia  hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang  Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah  itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang  tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata     
CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ......"  
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, 

andai diri  tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, 

jika kasih tak  setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, 

andai diri tak  sekuat HAJAR
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, 
jika ada  keburukan pada dirimu.
 Sekadar pandangan ikhlas dari seorang hamba Allah yang tidak sempurna semuanya.

Reactions:

0 comments: