19 June 2010

My Journey - 11.06.2010 (Friday) - Part I

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hari ini, aku akan bertolak ke KLIA dengan flight MAS - MH 1137 dari Penang airport. Acctually, ni first time aku naek MAS punya flight, tapi dah banyak kali naek Air Asia. Percutian aku ini akan  menuju ke Jakarta-Bandung selama 5 hari 4 malam. 2 malam di Jakarta, dan 2 malam di Bandung. Nak kata xcted, tak jugak, awal-awal dulu jer sedikit teruja nak holiday lagi ke negara orang. tapi bila tiba waktu nyer, rasa biasa jer. Sebelum ni, if nak ke bercuti ke mana-mana jer, seminggu awal aku dah siap packing barang-barang aku. Kali ini lain skit, malam nak pergi tu baru terhegeh-hegeh cari beg, cari baju, cari itu, cari ini...hahaha..lawak seyyyy. Apa boleh buat, ada benda lain yang perlu disettlekan dahulu sebelum aku bercuti lama.

Semalam aku tido pukul 12 lebih, lepas settle packing barang. Pagi ni, aku kena bangun awal, sebab kena berkumpul di PERDA office pukul 4.30pagi dah nak kena bertolak ke airport Penang. Kalau orang lain, bila nak berjalan, tido diorang takkan nyenyak, tapi aku memang kali ni nyenyak gilos..hahaha..tak macam selalu, excited punya pasal, tido pun tak lena. Sob..sob... Aku bangun pukul 3.30pagi. Dan bertolak dari rumah pukul 4.00 pagi. Memandangkan pagi-pagi buta tak der kereta, jalan lenggang, perjalanan yang pada waktu pagi nyer mengambil masa 30 minit untuk sampai di PERDA telah menjadi pendek. dengan hanya 15 minit sudah sampai di perkarangan office PERDA. Aku dan mak menjadi peserta yang ke 3 dan 4 yang tiba awal. Dah biasa dah... tidak suka membuatkan orang tertunggu-tunggu, aku sentiasa awal dalam apa jua hal. Jumlah semua peserta percutian ini seramai 42 orang dengan terdapat 3 kumpulan dan 3 penerbangan yang berbeza. Aku di dalam kumpulan 1, di mana jumlah nyer seramai 25 orang.

Bertolak ke airport Penang pada pukul 5.15 pagi dan tiba di perkarangan airport pada pukul 6.10 pagi. Flight ke KLIA pada pukul 7.10 pagi. Sesudah memunggah barang-barang, kami semua para peserta terus ke KASTAM, untuk scan our bagasi, dan terus check-in. Sementara ketua rombongan mengambil tiket dan menyelesaikan procedure terakhir, kami yang lain terus menuju ke surau untuk sembahyang Subuh terlebih dahulu. Everything ok dan selamat. Tepat pukul 7.10pagi, kami semua fly. Penerbangan kami dari Penang ke KLIA hanya mengambil masa 40minit sahaja. Sepanjang penerbangan kami, kami disajikan dengan kacang masin yang sedap, dan jus + milo.Kami tiba di KLIA pada pukul 8.00pagi. Transit di KLIA dalam 60 minit. Keluar dari flight, terus ke imegresen tuk cop passport pula.

Flight seterusnya dari KLIA ke Airport Cengkareng, Jakarta pada pukul 9.20  pagi. Penerbangan ini mengambil masa 2 jam untuk sampai di Jakarta, sama juga lamanye semasa aku pergi ke Vietnam pada tahun 2008 dulu. My seat = 24F, tepi tingkap, like it.hehehehe......aku dok sebelah uncle from korea. His face like pembaca berita niteline tv3. hurmmm... Makanan sepanjang penerbangan sangat sedap. Aku ambik, nasi lemak, dia punya main menu. Then, air aku request semua.hehehe, dari air suam, jus oren, and coffee. Dan yang paling tak sangka, diorang beri ais krim Hagen Dazs. Pergghhh...cayalah...Memang kenyang giler r. tak sedar pun. Baru habis makan, sekali pilot, Kapten Zamri announced kata flight dah nak sampai ke Jakarta. Bagus-bagus. At least tak la menunggu lama dalam flight nih, Aku tiba di Airport Cengkareng pada pukul 10.20 pagi (waktu Jakarta) (11.20 pagi waktu Malaysia). Turun je dari tangga, sunyi giler aku tengok airport nih. Tak der orang sangat. Tak macam kat Malaysia.

Lepas dah berlama sangat dalam flight, terasa ingin membuang air kecil. Sampai jer kat airport, terus kitaorang semua menuju ke kamar kecil. Perghhh, toilet nye, leh ngendap lagi orang lain wat per..ish2....loglaq toi la.......siot jer....First and last aku g toilet kt situ. hehehehe...

Reactions:

0 comments: