20 April 2010

KHASIAT DAUN MISAI KUCHING.....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Nama pokok ini ialah Pokok misai kucing. Macam mana boleh diberikan nama tu mungkin dari bunganya yang banyak sesungut macam misai kucing. Nama saintifiknya ORthosiphon stamineus.Hidup subur di rumah saya ttp bila dialihkan dia mati.. jadi biarlah dia di situ. Selama hari ni saya buang shj daunnya bila merimbun, lepas ni bolehlah dikeringkan dan jadikan sebagai minuman teh daun misai kucing.   

Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, antiperadangan dan melawaskan air kencing.Ia juga boleh mengubati sakit buah pinggang yg belum sampai peringkat serius.Jika digunakan sebagai ubat batu karang resipinya adalah segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Untuk mengurangkan penyakit kencing manis,jemur segenggam dun misai kucing. Bila kering rebus dengan 3 gelas air sehingga jadi segelas. Minum beberapa kali sehingga habis. Boleh juga kisar akar dan batang pokok misai kucing dengan sedikit air. Tapis dan campur dengan air suam dan minum perlahan2.
Bagi merawat darah tinggi pula ambil 2-3 helai daum misai kucing dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan suam dan minum . Amalkan.
 
(BAGI ORANG YANG MENPUNYAI TEKANAN DARAH RENDAH TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MENGAMBILNYA) BERISIKO..........

Reactions:

0 comments: