31 March 2010

Khasiat Buah Delima

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Tahukah anda, delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. T ana man perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Didalamnya mempunyai beratus-ratus biji.
 
1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
 
3. Cara memanfaatkan Delima
  • Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari
  • Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.
  • Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari. 
  • Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.
Delima ubati sakit mata*
 
SELAIN pokok bunga atau sayuran, pokok buah-buahan turut dijadikan perhiasan di halaman rumah. Tidak kira pokok itu bersaiz besar ataupun kecil, ia tidak penting ker ana selain dapat mengeluarkan buah ia juga sesuai dijadikati tempat berteduh. Namun begltu, ada sesetengeh pokok buah-buahan turut mempunyai khasiat untuk kesihatan diri dan dapat digunakan merawat penyakit tertentu. 

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul M ana p, pokok DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut. Pokok itu yang dalam istilah botani dina mak an sebagai Punica granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.
 
“Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional,” kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini.
 
Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.>Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa, hari.
  
“Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” kata Tajuddin.
 
Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.

Reactions:

0 comments: