11 February 2010

Menjelang Usia Anak Tujuh Tahun

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Apabila usia anak sampai hampir tujuh tahun, ajarkan padanya solat berjemaah. Malah ajaklah sentiasa bersolat bersama (berjemaah) dan ketika solat bersama, anak lelaki yang Azan dan Iqamah (Qamat). Kemudian satu peringatan keras kepada anaknya itu, apabila mencapai usia 10 tahun meninggalkan solat, pukulah pada bahagian belakangnya dengan pukulan yang sederhana, yang tidak sampai mencederakan.

Ketika anak lelaki berusia mendekati tujuh tahun ia tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuannya. Kecuali tempat dan selimut yang berlainan. Tetapi menjangkau usia 10 tahun anak lelaki dan perempuan haruslah terpisah tempat tidurnya. Dalam usia tersebut ajarilah mereka pengertian hadis-hadis yang sederhana yang berhubungan dengan amalan biasa sehari-hari dan tanamkan rasa cinta pada Rasulullah saw. dengan cara memberikan kisah-kisah teladan yang menggambarkan kasih sayangnya Rasulullah saw. pada umatnya dan jangan lupa kisahkan hal Israk dan Mikraj kerana di dalamnya sangat baik untuk pendidikan anak.

Nota: 
  •  Sebabnya dalam usia antara tujuh hingga sepuluh tahun daya tangkap pemikiran anak sangat tajam, ia akan memberikan kesan yang sukar dilupakan.
  • Ajaklah anak sesekali berekreasi (riadah) dan berolahraga. Cintailah anak-anak, tetapi janganlah keterlaluan dan jangan sampai ditonjolkan atau dimanjakan kerana boleh berakibat buruk pada pertumbuhan jiwa si anak iaitu anak tidak akan berusaha mengatasi suatu kegagalan kerana orang tuanya menjadi tempat bergantung dalam segala sesuatu.
  • Orang tua yang memanjakan anak sebenarnya merosak pertumbuhan IQ anak itu sendiri kerana akibat anak yang dimanjakan itu, ia akan mempunyai sifat , tidak memiliki kesungguhan berusaha dalam apa sahaja tugasnya, khasnya dalam bidang persekolahannya. Seterusnya akan menjadi malas dan tidak berminat untuk mengatasi kegagalan yang dialaminya. Maka kedudukan ibu bapa semestinya di tengah anatara manja dan tegas terhadap anak.
  • Sebaliknya jangan bersikap kasar terhadap anak dan apabila berjanji, berhati-hatilah, harus penuhi janji itu. Ini adalah cara mendidik anak agar mentaati janji yang diucapkannya kelak, apabila suatu masa nanti diminta janjinya oleh ibu bapa.
Nota: 
  1. Dalam pada itu, ibu bapa sekali sekala membuat janji tertentu pada anaknya dan menunaikannya, tepat dengan apa yang dijanjikannya, Inilah yang dinamakan pendidikan amali dirumah, mudah tetapi amat berkesan.
  2. Jika ada ramai anak sekalipun, janganlah membezakan antara satu sama lain,. Tetapi dalam memberi hadiah utamakan pada anak yang terkecil dahulu. Tujuannya atau matlamat didikan ini ialah agar abang-abangnya dan kakak-kakaknya itu akan terbiasa dan dapat menjaga adiknya, apabila ketiadaan kedua ibu bapanya kelak.
  3. Kemudian apabila anak akan tidur sebelah malam, cucilah terlebih dahulu wajah dan tangannya dengan menggunakan tuala dan sebaik-baiknya dengan air suam. Sambil diniatkan serta memohon pada Allah swt. dalam bentuk siratan didalam hati, agar anaknya itu akan sentiasa menjaga wuduk dan kebersihan jiwa raganya. Ini dilakukan oleh ibu sebelum usia anak tujuh tahun.
Demikianlah dakwah berwuduk dari ibu pada anaknya dengan cara menyapu-nyapu atau mengelap dengan air suam pada wajah dan anggota tubuhnya ( tangan dan kaki) sebelum menidurkan anaknya dengan siratan didalam hati, memanjatkan doa pada Allah swt.

Reactions:

0 comments: