21 January 2010

Patutkah dan perlukah aku percaya pada L.E.L.A.K.I...

BY Fath_n!e$@ 2 comments

Salam...
Baru saja selesai menunaikan kewajipan kepada Ilahi..Alhamdulillah....Moga-moga hidup ni lebih diberkati dan disayangi serta dilimpahi dengan rezeki yang halal oleh Yang Maha Esa....Aminnn...

Terdetik seketika hati ni bila mengenangkan dan megimbasi kisah-kisah lampau aku sepanjang 24 tahun hidup dimuka bumi Allah ini... Tahun ini, aku bakal menginjak ke satu lagi anak tanga menuju ke 25 tahun. Terlalu banyak pengajaran, pangalaman, pembelajaran, kegembiraan, kesedihan, kesakitan, kepayahan serta keperitan yang telah aku lewati... Dan semua itu, menjadikan aku seorang yang lebih dewasa, tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan aku seharian....

Dalam usia aku sebegini, ramai kawan-kawan aku telah pun meniti fasa baru dalam hidup mereka...Ada yang sudah pun menjadi seorang ibu yang mithali kepada anak-anak kecil yang comel2x..bakal menjadi ibu, bakal menjadi isteri orang dan juga bakal menjadi tunangan orang. Aku??? NANTI DULU KOT.....=) Pernah satu ketika mak aku ada menanyakan aku.-->"kak cik nie dok p kenduri kawain kengkawan, diri sendiri bila nak kawin??" <--- hah..!!! soalan apakah ini? Tidakkkk...."muda lagi la makk...keje pun baru lagi..harta pun baru nak mencari..." jawab aku..hihi...Tapi jawapan yang sebenarnye yang cuba aku sembunyikan ---> Aku tidak percaya pada lelaki..!! Aku sedaya upaya menutup pintu hati aku untuk lelaki..Dengan apa yang penah aku alami, mungkin tidak untuk aku bergantung dan mengharapkan insan yang bernama LELAKI untuk muncul dalam hidup aku..Mungkin fobia. Mungkin tidak. Atau mungkin aku lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup..Atau dalam erti kata lain aku boleh hidup tanpa lelaki...Aku takut dan fobia akan lelaki yang kaki pukul, suka mengarah itu dan ini, sangat ringan tangan terhadap anak-anak,  apatah lagi kepada si isteri..mempergunakan segala kuasa vito yang ada pada diri mereka..arrgghh..Adakah semua lelaki di luar sana begitu? Tidak adakah lagi lelaki yang boleh membantu si isteri dikala si isteri kepenatan seharian turut bekeja membantu mencari rezeki, serta menjadi seorang pemimpin dan IMAM keluarga yang dihormati..??

Bukan yang tidak ada dan cuba menghimpit hati ini. Sudah 3 orang aku  'reject' luv mereka. Ada sesuatu yang menghalang diri aku dari menerima insan yang bernama lelaki. Persoalan yang sering bermain dibenak aku ---> adakah lelaki itu seperti 'dia'???<---- Semua ini ada hubung kaitnya dengan kisah lampau aku...sejarah mengajar erti kehidupan, supaya lebih menghargai setiap detik, lebih berhati-hati supaya sejarah tak mungkin berulang......

Hurmmmmm......

Kadang kala aku cemburukan orang di sekeliling aku. Kehidupan mereka tak seperti apa yang aku pernah alami dikala umur aku menjenggah 12 tahun..semua berubah sekelip mata..tiada lagi percutian setiap kali musim cuti persekolahan, tiada lagi makan diluar bersama-sama....yang hanya ada pada ketika itu, ketakutan....Ya Allah, tolonglah hamba Mu ini..terlalu berat sekali 'cubaan' yang telah Kau berikan..tak tertanggung rasanya untuk aku menghadapi semua itu..sampai pada satu2 ketika, mahu saja aku membuat keputusan untuk lari pada rumah. tapi, jika aku meneruskan juga niat aku, siapa yang mahu menjaga insan yang paling aku sayangi melebihi nyawa aku sendiri....

will be continue...
kan best if aku jumpa sumone yang boleh mendengar masalah aku ketika ini, yang aku boleh percayai dunia dan akhirat,yang boleh keep this secret hanya aku dan 'dia', yang boleh terima semua mslh aku, yg boleh memberi bahunya untuk aku melepaskan sedikit beban yang aku alami....aku kena tunggu sampai hati aku betul2 terbuka untuk lelaki.....

Reactions:

2 comments:

**PriNciPLe_AmZy** said...

Have a little faith on them dear ...

Kalau dah tak terbukak sedikit pintu hati tu camne nak tau,right???

Fath_n!e$@ said...

t bila dh bukak kang, sakit hati plak...mkn hati berulam jantung....buang ms jer